September 2014 - Mieza S

25 September 2014

Idea Baru Kemasukan Ke Ipta/Ipts

September 25, 2014 1
Idea Baru Kemasukan Ke Ipta/Ipts





Aku ada satu idea. Aku sebagai seorang pelajar yang pernah juga bekerja di beberapa buah kedai. JAdi aku mencadangkan agar kemasukan ke Universiti ipta/ipts hendaklah mengisi borang seperti masa mula mula hendak mengisi borang kemasukan bekerja. Contoh : "adakah anda pernah terlibat dengan jenayah?"


Kemudian meminta agar pengesahan dilakukan oleh bekas pengetua sekolah atau bekas majikan. Jadi, mungkin sedikit sebanyak mengurangkan kadar pelajar 'jenayah' dalam sesebuah institusi. Mungkin ~



Pengetua dan majikan pula hendaklah membuah sumpah janji atas pengesahan yang dilakukan. Amacam? Okay tak?


23 September 2014

BAHASA MELAYU BAHASA MUNDUR

September 23, 2014 0
BAHASA MELAYU BAHASA MUNDUR


Dalam era globalisasi ini, memungkin kan kita akan lebih untuk menguasai BAHASA INGGERIS dan membelakangkan BAHASA MELAYU itu sendiri. Tak dapat aku nafikan, BAHASA MELAYU BAHASA MUNDUR. Kenapa? Kau bangkang aku? Kenapa bila ada orang memperkecilkan BAHASA MELAYU,  bahasa kebangsaan, kau nak bangkang? Sedangkan kau sendiri bangga bila dapat bertutur BAHASA INGGERIS? Aku tak kata BAHASA INGGERIS tak layak dibangga, tapi kenapa perlu bangga dengan bahasa asing setelah kau membelakangkan BAHASA MELAYU? Bukan ke BAHASA MELAYU BAHSA MUNDUR tu adalah bahasa ibunda kau?


Kanak kanak yang baru nak dilentur buluhnya acapkali didedahkan dengan permainan aplikasi. Dapat kita lihat kebanyakan permainan yang terdapat pada tab, handphone mereka 100% BAHASA INGGERIS. Aku pun tak nafi, bila aku bukak playstore, aku tak daya nak install game MELAYU. Bukan tak best, tapi grafik yang sangat low. Aku bukan budak grafik. Tapi aku sebagai pengguna mengharapkan Grafik pada permainan tu superb.


Siapa kata DEVELOP GAME kat Malaysia low? Aku tak cakap. Malah aku sangat berbangga dengan pencapaian mereka. Mungkin mereka terlalu low profile. Atau mungkin mereka tak show off bakat bakat yang ada. Apa kena mengena GAME dengan BAHASA MELAYU pulak? Aku tau. Benda ni sangat berkait rapat. Kanak - kanak yang telah diperkenalkan GAME yang menggunakan BAHASA INGGERIS akan lebih fasih pada bahasa tersebut saat meningkat remaja. Berbalik kepada BAHASA MELAYU BAHASA MUNDUR, percaya lah. Pada WAWASAN 2020, perkataan acap kali yang sering diguna pada saat ini akan terus hilang ditelan zaman.


Sebagai contoh, 'mauduk' , 'kudapan' , dan banyak lagi. Jadi aku tak hairan kalau kertas BAHASA MELAYU UPSR, PMR dan SPM tak mendapat sambutan hangat. Sepanjang aku sekolah menengah, karangan paling tinggi aku dapat cuma A. nak dapat A+ tu memang susah. tapi aku tak pernah berhenti untuk membaca contoh contoh karangan. Aku tahu, semua yang aku buat tu sangat membosankan. Umpama membaca buku sejarah.


Jadi aku tak hairanlah, Bani Melayu itu sendiri yang akan mundur kerana tak pernah nak mengangkat BANGSANYA sendiri. Sebagai contoh, kau boleh tengok teknologi Jepun. Mereka berjaya memonopoli kejayaan dalam sektor teknologi. Tapi masih menggunakan BAHASA ibunda mereka. Adakah kita disini masih tetap akan BERBAHASA MELAYU saat sedang bangga merangkul teknologi? yang tu aku tak pasti. tapi untuk menampak kan kegagahan majlis, maka BAHASA INGGERIS lebh diutamakan.


Apakah aku cuma menghina BANI MELAYU? Tidak lah. Aku sedakar mengungkap serpihan fakta yang sudah lama tertimbus. Sengaja aku serakkan balik. Untuk difikirkan tentang kebaikannya. Anak - anak orang kaya lebih bersemangat bertutur dalam BAHASA INGGERIS. Bukan tak ada orang sebelah sebelah aku ni. Bila diah terbiasa sebut BAHASA INGGERIS, sampai nak sebut BAHASA MELAYU pun kaku. Kalau BANI MELAYU nak sebut perkataan inggeris, salah sikit orang sebelah rasa macam oh bodohnya kau. kamon lah. Benda simple tak reti sebut. Malu. Tapi pernah tak kau rasa malu bila orang sebelah sebelah kau, salah sebut BAHASA MELAYU. Dan aku tak rasa pun kau akan ada perasaan untuk fikir tentang kebodohan dia.


Bak kata BANI MELAYU, aku tak campur hal kau. Aku tak nak lah jaga tepi kain orang. Kan?? Seee. kau faham tak apa sebenarnya yang aku nak terangkan? Kata BANI MELAYU lagi, ala rilek lah. BAHASA MELAYU memang susah. nak dapat A pun payah. Aku pun cakap benda sama. Tapi sampai harini aku tak pernah berhenti membaca contoh contoh karangan dan contoh esei. Tapi apakah?? Apakah remaja lain yang sama seperti aku akan buat hal yang sama macam aku? Takkk. Aku dah tau dah. BANI MELAYU mempunyai peratusan membaca paling rendah. Apa lagi yang aku nak cakap?

MEMPERKASA
 BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS DIMARTABATKAN :)



SEKIAN, AKU CUMA HARAP ENTRI AKU KALI INI AKAN DIKETENGAHKAN OLEH BEBERAPA PIHAK TERMASUK MASYARAKAT TERUTAMA IBU BAPA.

10 September 2014

WARNA

September 10, 2014 0
WARNA


WARNA,
Warna yang kau titikan pada sekeping kanvas,
Bukanlah bermakna,
Warna yang akan memberi warna paling indah,
Saat kau meniti pelangi.


WARNA,
Bukanlah yang paling indah,
Memberi kehidupan,
Saat kau kepayahan,
Bukanlah yang mampu memberi jalan.


WARNA,
Hanya secebis bahagia,
Yang bisa memberi kau senyum,
Warna asas, warna sekunder, warna tertier,
Dalam banyak banyak warna,
Aku pilih warna merah dan biru,
Dua warna yang datang dari warna asas,
Dan kesimpulannya,
Aku akan jumpa warna yang aku suka ,
UNGU !

08 September 2014

UNCLE JACK PAKAI CUKAI?

September 08, 2014 0
UNCLE JACK PAKAI CUKAI?






Malam yang tak berapa nak dingin, dengan keadaan bulan yang menampakkan tubuh dengan keadaan yang paling comel. Menyerlah kan keayuan dengan cahaya purnama terang menerangi alam, diam diam aku pasang niat nak makan aiskrim. Baru aku perasan. Ye baru je perasan tadi, walaupun benda di dah berapa bulan berlaku. Mungkin sebab keadaan 5sen yang orang anggap tak berharga. Apalah sangat 5 sen tu. Gua campak campak je. Cuma saat aku tengah hulur duit dekat cashier, cashier mintak 5 sen baru aku menggagau korek dalam 'wallet'. Demn! Aku lupa, aku dah campak tadi. Rezeki siapa jumpa. 5 sen yang tak pernah berharga.



Meh lah aku imbas kembali kenangan pertemuan aku dengan Uncle Jack. Aku start makan Uncle Jack waktu aku tengah menghayati rancangan tv dengan adik adik aku. Lepastu makcik aku datang bawak dua tiga plastik hulur kat aku. " Ja, amek lah tu. Makan dengan adik adik. Tadi cu pergi giant. Tengok orang beratur ramai sangat. Murah jugak rupanya Uncle Jack ni kan?" . Masa tu eksited batak tak pernah nampak Uncle Jack. Tu memang kira pertemuan perkenalan aku dengan Uncle Jack. Tak pernah pulak aku Google menanyakan siapa pemilik Uncle Jack ni. Melayu ke Cina ke India je. Janji murah sedap dah la.


Masa tengah kebulur tu makan la berjemaah. Rasa sorang sikit. Tak dapat dinafikan memang sedap. Tak rasa rugi pun. Cuma masalah pada yang buruk lantak atau pada yang suka makan saat kebuluran. Aku memang jamin tak kan cukup. Satu sekop je dia letak nasi. Tapi tak pe lah harga pun kena lah kan. Redha je dah la. Kau nak makan banyak kau buat sendiri. Tak de sapa suruh kau makan dekat situ kan? :D


Benda paling aku suka dekat Uncle Jack ni satu je. Aiskrim dia. Macam gam. Sedap. Mengenyangkan. Bagi aku lah. Tu pandangan aku. Kalau makan tengahari aku lahap aiskrim satu cawan dah boleh buat aku sendawa sampai petang. Believe me :). Sampai macam tu sekali kan penangan aiskrim Uncle Jack dekat aku. 



Harga aiskrim dalam kon lima puloh sen. Dalam cawan seringgit. Aku lebih gemar untuk memilih dalam cawan. Sebab sopan sikit aku makan. Kalau dalam kon, takut tumpah2. Tak kuasa den. Nanti comot comot pulak. Malu. *Mengaku tak reti makan aiskrim kon. Dulu aku bayar harga aiskrim tu memang seringgit. Tak lebih tak kurang. Dalam menu pun macam tu. So, semenjak menjak aku duduk jauh tapi dekat di hati dengan Uncle Jack ni, lagi kerap aku beli aiskrim. Tapi aku pelik. Kenapa aku kena bayar lebih??5 sen hanya untuk harga aiskrim. Sb aku tengah cerita pasal aiskrim


Satu penipuan? Tapi aku tetap fikir perkara positif. Dah naik harga. Biasa lah tu. Dah famoes. Lupa diri. Hahahha. Ayat tak leh blah. Setahu aku, waktu Uncle Jack berdiri dulu, memang tak ada pakai CUKAI. Tapi semenjak dah mencanak canak naik, eh tiba-tiba. Tiba-tiba je weyh. Tapi aku tak aggap benda tu cukai. Sebab tak ada notis apa pun. Aku pun beli lah aiskrim cup seringgit satu. Tapi aku kene bayar seringgit lima sen. Ala, apalah sangat lima sen. Campak campak je. Tak de siapapun peduli. Tah tah lima sen pun tak kenal. Adoi. Parah~


Aku perati je. Smua customer yang beratur depan aku. Kalau cashier pulangkan balance ada lima sen, mesti lima sen tu bersepah atas meja. kalau dah 100 orang? KELUARKAN kalculator cepat ! 100x0.05=lima ringgit. kalau sebulan? seratus lima puluh? Tak gitu. Wow ! lima sen je weyh. Lima sen yang aku campak campak tadi. 



Kadang kadang benda paling heaven bila lima sen yang aku tak pernah peduli pun siapa dia, masa aku nak bayar mesti aku tak payah susah susah nak carik, lima sen yang bersepah tah siapa punya aku recyle balik dekat cashier. Ala kecoh. Hahahaha.


Begitu lah drama yang berlaku kat aku. Masa ni aku tengah gelak gelak lagi. Positiv kata nya. Tiba tiba. Yang ni memang tiba-tiba.


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-












Apa benda ni doh? Maksudnya sia sia jela aku fikir positif tadi? Habis lima sen tadi? Dah tiga pat kali aku beli aiskrim baru nak naik notis? Eh tak kelakar tak kelakar. Memang tak kelakar. Harini aku berak. Minggu lepas aku kene bayar tandas tiga poh sen. Harini aku kena bayar lima ploh sen. Sampai minggu depan baru naik notis taik dikenakan cukai, kau rasa berbaloi tak? Aku ingat berak je kena bayar. Tak tahu pun taik pun kena cukai. TAK ADIL ! im the customer ! 

Lima sen pun berharga, walaupun aku buang - buang. Tak sopan. Dah berminggu minggu baru nak naik notis. Kenapa tak naik notis saat masa tu cukai akan dikenakan?






KOMEN YANG MURNI MURNI JE, 



Aku baru nak puji Uncle Jack bebas CUKAI. Tak sangka. Sangkaan aku meleset. Aku kecewa, Aku nak membawa diri. Bye. 


07 September 2014

MENGEJAR

September 07, 2014 0
MENGEJAR


Saat aku menaip tiap baris tiap bait kata, aku sedar jiwa dan jasad aku bukan lah stabil seperti hari hari biasa yang aku lalui. Jiwa aku resah. Resah atas memikirkan sesuatu yang mustahil. Mustahil mungkin hanya bagi insan bergelar aku. Tak tahu mana lagi nak berkongsi kesedihan. Saat ini aku sangat memerlukan seseorang yang memahami untuk mendengar permasalahan aku secara nyata. Tapi siapa? Jadi aku putuskan untuk menulis sahaja. Mungkin emosi lebih stabil. Hanya hati yang akan berkata kata. Bukan aku menginginkan sesuatu yang sempurna. Cuma aku perlukan penghargaan atas sesuatu yang aku lakukan dalam hubungan.


Kenapa hati kita akan lebih mengejar sesuatu yang bukan atas kelayakan kita? Adakah kita akan dikira sebagai seorang yang mementingkan diri sendiri? Menanti jawapan pada yang membaca.



Saat aku mengejar,
Mungkin kau sedang berlari,
Menjauhi kita yang dulu,
Tentang apa kita dalam hubungan,
Hubungan yang telah lama kau lupa,
Telah kau tanam dalam diam,
Jauh disudut hati,
Hati yang tak pernah kau peduli,
Aku yang tak pernah kau kisah,
Tentang kita yang dulu,
Bahagia yang tekah lama dihitamkan,
Dengan kecewa yang tiba. 

04 September 2014

KAWAN BAIK

September 04, 2014 1
KAWAN BAIK




Sementara nak update emtri mengenai KAWAN BAIK ni, aku terbelek belek post sebelum ni kalau kalau ada post pasal KAWAN BAIK. Ternyata mungkin cuma imaginasi yang bermain diminda aku. Mungkin ada, tapi blog dolu dolu. Tak mampu aku nak selongkar satu satu. Jadi berbalik pada KAWAN BAIK.



KAWAN BAIK, ternyata boleh didefinisikan dengan pelbagai maksud. Aku rasa aku tak perlu nak menjelaskan satu persatu apa itu KAWAN BAIK. Ternyata tanpa KAWAN BAIK, tak mungkin lah kau akan mampu mengorak langkah kedepan. KAWAN BAIK ni walau pun selalu je bahan kita, jahat dengan kita tapi tanpa mereka hidup akan sunyi.



Blog tempat aku berkongsi. Tak suka baca boleh ignore. Ini tempat aku. Aku punya suka. Kau tak suka baca boleh tutup mata. Aku cuma nak kenalkan KAWAN BAIK aku. Aku anggap dia KAWAN BAIK. Tapi dia, aku tak tahu lah. Memang tak hingin tahu pun. *gelak jahat



Mula mula aku melangkah masuk KOLEJ KOMUNITI ni, dia diantara orang yang banyak borak dengan aku. Sekadar borak kosong. Borak benda inonsence. Dan tak sangka atas semua benda tu, harini kami rapat. Biasalah mula mula kan. Mana ada kawan. Tak kenal sesiapa. Atas keramahan dan tak kecomelan aku, aku datang dan ajak sembang. Dia pun tak sombong. Muka baik bha. Aku suka kawan dengan dia. Apa yang buat aku nak update entri pasal dia adalah sebab aku nak memperkenalkan KAWAN BAIK aku dekat semua orang. Aku nak orang tau siapa KAWAN BAIK aku.


Dia bukanlah orang yang teristimewa dan hebat untuk aku cerita semua pasal dia. Tapi sebab dia SEMPURNA menjadi KAWAN BAIK aku. Dan paling penting, dia mengingatkan aku pada seorang KAWAN BAIK juga waktu dizaman VOKASIONAL. Mengimbau kembali, perangai memang copy paste je. Tak banyak beza. Aku bukan nak cakap aku kawan dengan dia sebab dia mirip KAWAN BAIK aku. Tapi sebab aku bangga. Ada pelanduk dua serupa.



Dua dua ngam dan sekepala. Alhamdulillah. Tuhan tak pernah biar aku keseorangan.Saat aku melangkah.




Aku rasa ni je yang ada. Yang lain gambar satu kelas. Yang lain tu macam interframe lah pulak kan padahal aku cuma nak cerita pasal KAWAN BAIK aku je kod. Kau JANGAN kutuk dia walau macam mane pun dia. Sebab kau tak nampak hati dia, kalau kau bercakap pun kau cuma pandang dia sekarang. Bukan hati dia yang kau tak pernah nampak dan tak pernah kenal. Aku cuma nak cakap aku bangga sebab dia menjadikan aku sebagai sebahagian KAWAN dia juga. 



Banyak benda aku nak cakap pasal dia. 



  • Pertama, aku nak cakap, nama dia Akmal. Mula mula aku nampak dia, aku rasa macam berpeluang dapat KAWAN BARU dekat KKHL. Ternyata NAH! Tuhan makbulkan niat suci aku. Sampai saat aku menulis ni, aku belum pernah rasa bosan duduk dalam kelas berjam jam walaupun ramai anasir anasir jahat dalam kelas. *kejam betul istilah aku guna.

  • Kedua, dia baik. Kenapa aku cakap dia baik? Aku selalu usha dia dari jauh bila dia dengan kawan lelaki dia. Apa yang dia lalui sama macam aku lalui dengan kawan aku yang lain. Sanggup berkorban. walaupun pengorbanan bodoh sekalipun dia buat *cuma nak bagitau yang aku ni baik. Hahahah.
  • Ketiga, dia suka tolong kawan. Kenapa aku cakap dia suka tolong kawan? Sebab waktu aku susah, tak reti nak menyelesaikan masalah sesimple menaip formula excel, dia akan datang tunjukkan aku caranya walau pun aku nampak dia sendiri tengah serabut dengan kerja yang dia tengah buat. Tak semua orang boleh buat macam ni. Ramai aku jumpa, tak sanggup korban masa walau seminit unutk tolong kawan dalam situasi macam tu. Masing masing pentingkan diri sendiri nak siapkan dulu. Berbanding tolong kawan yang tengah susah.

  • Keempat, dia pendengar setia. Kenapa aku cakap dia pendengar setia? Memandangkan aku suka bercerita dan meluahkan perasaan dan masalah, tanpa ragu ragu, dia lah yang aku pilih untuk melunaskan segala tuntutan hati yang mendesak dalam derita. *cewah ayat macam nak kena lempang. Aku rasa dia memang tak akan pernah tutup telinga atau memekankan telinga saat aku menghamburkan segala masalah. Siap bagi pandangan lagi. Orang macam ni memang ramai. Tapi tak semua mampu nak simpan cerita kita. Tapi dia diantara penyimpan/ perahsia.

  • Kelima, dia penyimpan paling baik. Kenapa aku cakap macam tu sebab dia memang tak pernah nak cerita apa yang aku cerita dekat orang lain. Orang macam ni memang ramai. Tapi tak semua boleh dipercayai. Ramainya yang suka cakap baik. Tapi kat belakang bagitau orang A "weh, aku nak cerita pasal budak ni. Kau janji tau jangan cerita kat orang lain. Sebab aku dah janji dengan dia aku nak rahsia". Nampak tak?

  • Keenam, dia menepati janji. Kenapa aku cakap macam tu? Pernah aku nampak dia datang awal pagi untuk siapkan tugasan apa tah, Kawan yang sorang tu tak datang pun. Pity of you :( . Slama aku berkawan dengan dia, walaupun belum cukup setahun tapi belum pernah dia nak memungkir janji. 

  • Ketujuh, dia Selalu ada dengan aku. Kenapa aku cakap macam tu? Setiap kali aku ajak dia teman aku, pergi tandas ke, library ke payah aku nak dengar dia cakap "Malas lah". 


Aku rasa dah cukup banyak aku senaraikan kenapa aku cakap dia kAWAN BAIK aku. Sebenarnya banyak lagi. Tapi semua kebaikan tu cuma akan terjadi saat aku dengan dia. Bukan saat aku menaip. Sebab perasaan seorang kawan tu tak akan cukup sempurna kalau sorang je yang muncul. Keduanya kena saling melengkapi.






Sebelum aku mengakhiri perenggan, izinkan aku mengucapkan jutaan terima kasih pada KAWAN BAIK, Akmal yang sudi mengisi kekosongan kenangan dalam hidup aku. Sekurang kurangnya ada sesuatu yang aku simbah pada kanvas hidup aku. Tentang Kau, Tentang aku, Tentang Kita, Tentang Mereka, Tentang Hubungan, tentang Sahabat, Tentang Hidup, Tentang Kenangan.