BAHASA MELAYU BAHASA MUNDUR



Dalam era globalisasi ini, memungkin kan kita akan lebih untuk menguasai BAHASA INGGERIS dan membelakangkan BAHASA MELAYU itu sendiri. Tak dapat aku nafikan, BAHASA MELAYU BAHASA MUNDUR. Kenapa? Kau bangkang aku? Kenapa bila ada orang memperkecilkan BAHASA MELAYU,  bahasa kebangsaan, kau nak bangkang? Sedangkan kau sendiri bangga bila dapat bertutur BAHASA INGGERIS? Aku tak kata BAHASA INGGERIS tak layak dibangga, tapi kenapa perlu bangga dengan bahasa asing setelah kau membelakangkan BAHASA MELAYU? Bukan ke BAHASA MELAYU BAHSA MUNDUR tu adalah bahasa ibunda kau?


Kanak kanak yang baru nak dilentur buluhnya acapkali didedahkan dengan permainan aplikasi. Dapat kita lihat kebanyakan permainan yang terdapat pada tab, handphone mereka 100% BAHASA INGGERIS. Aku pun tak nafi, bila aku bukak playstore, aku tak daya nak install game MELAYU. Bukan tak best, tapi grafik yang sangat low. Aku bukan budak grafik. Tapi aku sebagai pengguna mengharapkan Grafik pada permainan tu superb.


Siapa kata DEVELOP GAME kat Malaysia low? Aku tak cakap. Malah aku sangat berbangga dengan pencapaian mereka. Mungkin mereka terlalu low profile. Atau mungkin mereka tak show off bakat bakat yang ada. Apa kena mengena GAME dengan BAHASA MELAYU pulak? Aku tau. Benda ni sangat berkait rapat. Kanak - kanak yang telah diperkenalkan GAME yang menggunakan BAHASA INGGERIS akan lebih fasih pada bahasa tersebut saat meningkat remaja. Berbalik kepada BAHASA MELAYU BAHASA MUNDUR, percaya lah. Pada WAWASAN 2020, perkataan acap kali yang sering diguna pada saat ini akan terus hilang ditelan zaman.


Sebagai contoh, 'mauduk' , 'kudapan' , dan banyak lagi. Jadi aku tak hairan kalau kertas BAHASA MELAYU UPSR, PMR dan SPM tak mendapat sambutan hangat. Sepanjang aku sekolah menengah, karangan paling tinggi aku dapat cuma A. nak dapat A+ tu memang susah. tapi aku tak pernah berhenti untuk membaca contoh contoh karangan. Aku tahu, semua yang aku buat tu sangat membosankan. Umpama membaca buku sejarah.


Jadi aku tak hairanlah, Bani Melayu itu sendiri yang akan mundur kerana tak pernah nak mengangkat BANGSANYA sendiri. Sebagai contoh, kau boleh tengok teknologi Jepun. Mereka berjaya memonopoli kejayaan dalam sektor teknologi. Tapi masih menggunakan BAHASA ibunda mereka. Adakah kita disini masih tetap akan BERBAHASA MELAYU saat sedang bangga merangkul teknologi? yang tu aku tak pasti. tapi untuk menampak kan kegagahan majlis, maka BAHASA INGGERIS lebh diutamakan.


Apakah aku cuma menghina BANI MELAYU? Tidak lah. Aku sedakar mengungkap serpihan fakta yang sudah lama tertimbus. Sengaja aku serakkan balik. Untuk difikirkan tentang kebaikannya. Anak - anak orang kaya lebih bersemangat bertutur dalam BAHASA INGGERIS. Bukan tak ada orang sebelah sebelah aku ni. Bila diah terbiasa sebut BAHASA INGGERIS, sampai nak sebut BAHASA MELAYU pun kaku. Kalau BANI MELAYU nak sebut perkataan inggeris, salah sikit orang sebelah rasa macam oh bodohnya kau. kamon lah. Benda simple tak reti sebut. Malu. Tapi pernah tak kau rasa malu bila orang sebelah sebelah kau, salah sebut BAHASA MELAYU. Dan aku tak rasa pun kau akan ada perasaan untuk fikir tentang kebodohan dia.


Bak kata BANI MELAYU, aku tak campur hal kau. Aku tak nak lah jaga tepi kain orang. Kan?? Seee. kau faham tak apa sebenarnya yang aku nak terangkan? Kata BANI MELAYU lagi, ala rilek lah. BAHASA MELAYU memang susah. nak dapat A pun payah. Aku pun cakap benda sama. Tapi sampai harini aku tak pernah berhenti membaca contoh contoh karangan dan contoh esei. Tapi apakah?? Apakah remaja lain yang sama seperti aku akan buat hal yang sama macam aku? Takkk. Aku dah tau dah. BANI MELAYU mempunyai peratusan membaca paling rendah. Apa lagi yang aku nak cakap?

MEMPERKASA
 BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS DIMARTABATKAN :)



SEKIAN, AKU CUMA HARAP ENTRI AKU KALI INI AKAN DIKETENGAHKAN OLEH BEBERAPA PIHAK TERMASUK MASYARAKAT TERUTAMA IBU BAPA.

Post a Comment

0 Comments