UNCLE JACK PAKAI CUKAI? - Mieza S Mieza S: UNCLE JACK PAKAI CUKAI?

UNCLE JACK PAKAI CUKAI?

September 08, 2014






Malam yang tak berapa nak dingin, dengan keadaan bulan yang menampakkan tubuh dengan keadaan yang paling comel. Menyerlah kan keayuan dengan cahaya purnama terang menerangi alam, diam diam aku pasang niat nak makan aiskrim. Baru aku perasan. Ye baru je perasan tadi, walaupun benda di dah berapa bulan berlaku. Mungkin sebab keadaan 5sen yang orang anggap tak berharga. Apalah sangat 5 sen tu. Gua campak campak je. Cuma saat aku tengah hulur duit dekat cashier, cashier mintak 5 sen baru aku menggagau korek dalam 'wallet'. Demn! Aku lupa, aku dah campak tadi. Rezeki siapa jumpa. 5 sen yang tak pernah berharga.



Meh lah aku imbas kembali kenangan pertemuan aku dengan Uncle Jack. Aku start makan Uncle Jack waktu aku tengah menghayati rancangan tv dengan adik adik aku. Lepastu makcik aku datang bawak dua tiga plastik hulur kat aku. " Ja, amek lah tu. Makan dengan adik adik. Tadi cu pergi giant. Tengok orang beratur ramai sangat. Murah jugak rupanya Uncle Jack ni kan?" . Masa tu eksited batak tak pernah nampak Uncle Jack. Tu memang kira pertemuan perkenalan aku dengan Uncle Jack. Tak pernah pulak aku Google menanyakan siapa pemilik Uncle Jack ni. Melayu ke Cina ke India je. Janji murah sedap dah la.


Masa tengah kebulur tu makan la berjemaah. Rasa sorang sikit. Tak dapat dinafikan memang sedap. Tak rasa rugi pun. Cuma masalah pada yang buruk lantak atau pada yang suka makan saat kebuluran. Aku memang jamin tak kan cukup. Satu sekop je dia letak nasi. Tapi tak pe lah harga pun kena lah kan. Redha je dah la. Kau nak makan banyak kau buat sendiri. Tak de sapa suruh kau makan dekat situ kan? :D


Benda paling aku suka dekat Uncle Jack ni satu je. Aiskrim dia. Macam gam. Sedap. Mengenyangkan. Bagi aku lah. Tu pandangan aku. Kalau makan tengahari aku lahap aiskrim satu cawan dah boleh buat aku sendawa sampai petang. Believe me :). Sampai macam tu sekali kan penangan aiskrim Uncle Jack dekat aku. 



Harga aiskrim dalam kon lima puloh sen. Dalam cawan seringgit. Aku lebih gemar untuk memilih dalam cawan. Sebab sopan sikit aku makan. Kalau dalam kon, takut tumpah2. Tak kuasa den. Nanti comot comot pulak. Malu. *Mengaku tak reti makan aiskrim kon. Dulu aku bayar harga aiskrim tu memang seringgit. Tak lebih tak kurang. Dalam menu pun macam tu. So, semenjak menjak aku duduk jauh tapi dekat di hati dengan Uncle Jack ni, lagi kerap aku beli aiskrim. Tapi aku pelik. Kenapa aku kena bayar lebih??5 sen hanya untuk harga aiskrim. Sb aku tengah cerita pasal aiskrim


Satu penipuan? Tapi aku tetap fikir perkara positif. Dah naik harga. Biasa lah tu. Dah famoes. Lupa diri. Hahahha. Ayat tak leh blah. Setahu aku, waktu Uncle Jack berdiri dulu, memang tak ada pakai CUKAI. Tapi semenjak dah mencanak canak naik, eh tiba-tiba. Tiba-tiba je weyh. Tapi aku tak aggap benda tu cukai. Sebab tak ada notis apa pun. Aku pun beli lah aiskrim cup seringgit satu. Tapi aku kene bayar seringgit lima sen. Ala, apalah sangat lima sen. Campak campak je. Tak de siapapun peduli. Tah tah lima sen pun tak kenal. Adoi. Parah~


Aku perati je. Smua customer yang beratur depan aku. Kalau cashier pulangkan balance ada lima sen, mesti lima sen tu bersepah atas meja. kalau dah 100 orang? KELUARKAN kalculator cepat ! 100x0.05=lima ringgit. kalau sebulan? seratus lima puluh? Tak gitu. Wow ! lima sen je weyh. Lima sen yang aku campak campak tadi. 



Kadang kadang benda paling heaven bila lima sen yang aku tak pernah peduli pun siapa dia, masa aku nak bayar mesti aku tak payah susah susah nak carik, lima sen yang bersepah tah siapa punya aku recyle balik dekat cashier. Ala kecoh. Hahahaha.


Begitu lah drama yang berlaku kat aku. Masa ni aku tengah gelak gelak lagi. Positiv kata nya. Tiba tiba. Yang ni memang tiba-tiba.


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-












Apa benda ni doh? Maksudnya sia sia jela aku fikir positif tadi? Habis lima sen tadi? Dah tiga pat kali aku beli aiskrim baru nak naik notis? Eh tak kelakar tak kelakar. Memang tak kelakar. Harini aku berak. Minggu lepas aku kene bayar tandas tiga poh sen. Harini aku kena bayar lima ploh sen. Sampai minggu depan baru naik notis taik dikenakan cukai, kau rasa berbaloi tak? Aku ingat berak je kena bayar. Tak tahu pun taik pun kena cukai. TAK ADIL ! im the customer ! 

Lima sen pun berharga, walaupun aku buang - buang. Tak sopan. Dah berminggu minggu baru nak naik notis. Kenapa tak naik notis saat masa tu cukai akan dikenakan?






KOMEN YANG MURNI MURNI JE, 



Aku baru nak puji Uncle Jack bebas CUKAI. Tak sangka. Sangkaan aku meleset. Aku kecewa, Aku nak membawa diri. Bye. 


No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.