KAWAN BAIK





Sementara nak update emtri mengenai KAWAN BAIK ni, aku terbelek belek post sebelum ni kalau kalau ada post pasal KAWAN BAIK. Ternyata mungkin cuma imaginasi yang bermain diminda aku. Mungkin ada, tapi blog dolu dolu. Tak mampu aku nak selongkar satu satu. Jadi berbalik pada KAWAN BAIK.



KAWAN BAIK, ternyata boleh didefinisikan dengan pelbagai maksud. Aku rasa aku tak perlu nak menjelaskan satu persatu apa itu KAWAN BAIK. Ternyata tanpa KAWAN BAIK, tak mungkin lah kau akan mampu mengorak langkah kedepan. KAWAN BAIK ni walau pun selalu je bahan kita, jahat dengan kita tapi tanpa mereka hidup akan sunyi.



Blog tempat aku berkongsi. Tak suka baca boleh ignore. Ini tempat aku. Aku punya suka. Kau tak suka baca boleh tutup mata. Aku cuma nak kenalkan KAWAN BAIK aku. Aku anggap dia KAWAN BAIK. Tapi dia, aku tak tahu lah. Memang tak hingin tahu pun. *gelak jahat



Mula mula aku melangkah masuk KOLEJ KOMUNITI ni, dia diantara orang yang banyak borak dengan aku. Sekadar borak kosong. Borak benda inonsence. Dan tak sangka atas semua benda tu, harini kami rapat. Biasalah mula mula kan. Mana ada kawan. Tak kenal sesiapa. Atas keramahan dan tak kecomelan aku, aku datang dan ajak sembang. Dia pun tak sombong. Muka baik bha. Aku suka kawan dengan dia. Apa yang buat aku nak update entri pasal dia adalah sebab aku nak memperkenalkan KAWAN BAIK aku dekat semua orang. Aku nak orang tau siapa KAWAN BAIK aku.


Dia bukanlah orang yang teristimewa dan hebat untuk aku cerita semua pasal dia. Tapi sebab dia SEMPURNA menjadi KAWAN BAIK aku. Dan paling penting, dia mengingatkan aku pada seorang KAWAN BAIK juga waktu dizaman VOKASIONAL. Mengimbau kembali, perangai memang copy paste je. Tak banyak beza. Aku bukan nak cakap aku kawan dengan dia sebab dia mirip KAWAN BAIK aku. Tapi sebab aku bangga. Ada pelanduk dua serupa.



Dua dua ngam dan sekepala. Alhamdulillah. Tuhan tak pernah biar aku keseorangan.Saat aku melangkah.




Aku rasa ni je yang ada. Yang lain gambar satu kelas. Yang lain tu macam interframe lah pulak kan padahal aku cuma nak cerita pasal KAWAN BAIK aku je kod. Kau JANGAN kutuk dia walau macam mane pun dia. Sebab kau tak nampak hati dia, kalau kau bercakap pun kau cuma pandang dia sekarang. Bukan hati dia yang kau tak pernah nampak dan tak pernah kenal. Aku cuma nak cakap aku bangga sebab dia menjadikan aku sebagai sebahagian KAWAN dia juga. 



Banyak benda aku nak cakap pasal dia. 



  • Pertama, aku nak cakap, nama dia Akmal. Mula mula aku nampak dia, aku rasa macam berpeluang dapat KAWAN BARU dekat KKHL. Ternyata NAH! Tuhan makbulkan niat suci aku. Sampai saat aku menulis ni, aku belum pernah rasa bosan duduk dalam kelas berjam jam walaupun ramai anasir anasir jahat dalam kelas. *kejam betul istilah aku guna.

  • Kedua, dia baik. Kenapa aku cakap dia baik? Aku selalu usha dia dari jauh bila dia dengan kawan lelaki dia. Apa yang dia lalui sama macam aku lalui dengan kawan aku yang lain. Sanggup berkorban. walaupun pengorbanan bodoh sekalipun dia buat *cuma nak bagitau yang aku ni baik. Hahahah.
  • Ketiga, dia suka tolong kawan. Kenapa aku cakap dia suka tolong kawan? Sebab waktu aku susah, tak reti nak menyelesaikan masalah sesimple menaip formula excel, dia akan datang tunjukkan aku caranya walau pun aku nampak dia sendiri tengah serabut dengan kerja yang dia tengah buat. Tak semua orang boleh buat macam ni. Ramai aku jumpa, tak sanggup korban masa walau seminit unutk tolong kawan dalam situasi macam tu. Masing masing pentingkan diri sendiri nak siapkan dulu. Berbanding tolong kawan yang tengah susah.

  • Keempat, dia pendengar setia. Kenapa aku cakap dia pendengar setia? Memandangkan aku suka bercerita dan meluahkan perasaan dan masalah, tanpa ragu ragu, dia lah yang aku pilih untuk melunaskan segala tuntutan hati yang mendesak dalam derita. *cewah ayat macam nak kena lempang. Aku rasa dia memang tak akan pernah tutup telinga atau memekankan telinga saat aku menghamburkan segala masalah. Siap bagi pandangan lagi. Orang macam ni memang ramai. Tapi tak semua mampu nak simpan cerita kita. Tapi dia diantara penyimpan/ perahsia.

  • Kelima, dia penyimpan paling baik. Kenapa aku cakap macam tu sebab dia memang tak pernah nak cerita apa yang aku cerita dekat orang lain. Orang macam ni memang ramai. Tapi tak semua boleh dipercayai. Ramainya yang suka cakap baik. Tapi kat belakang bagitau orang A "weh, aku nak cerita pasal budak ni. Kau janji tau jangan cerita kat orang lain. Sebab aku dah janji dengan dia aku nak rahsia". Nampak tak?

  • Keenam, dia menepati janji. Kenapa aku cakap macam tu? Pernah aku nampak dia datang awal pagi untuk siapkan tugasan apa tah, Kawan yang sorang tu tak datang pun. Pity of you :( . Slama aku berkawan dengan dia, walaupun belum cukup setahun tapi belum pernah dia nak memungkir janji. 

  • Ketujuh, dia Selalu ada dengan aku. Kenapa aku cakap macam tu? Setiap kali aku ajak dia teman aku, pergi tandas ke, library ke payah aku nak dengar dia cakap "Malas lah". 


Aku rasa dah cukup banyak aku senaraikan kenapa aku cakap dia kAWAN BAIK aku. Sebenarnya banyak lagi. Tapi semua kebaikan tu cuma akan terjadi saat aku dengan dia. Bukan saat aku menaip. Sebab perasaan seorang kawan tu tak akan cukup sempurna kalau sorang je yang muncul. Keduanya kena saling melengkapi.






Sebelum aku mengakhiri perenggan, izinkan aku mengucapkan jutaan terima kasih pada KAWAN BAIK, Akmal yang sudi mengisi kekosongan kenangan dalam hidup aku. Sekurang kurangnya ada sesuatu yang aku simbah pada kanvas hidup aku. Tentang Kau, Tentang aku, Tentang Kita, Tentang Mereka, Tentang Hubungan, tentang Sahabat, Tentang Hidup, Tentang Kenangan. 










Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.