Uitm, Kampus Segamat Diselubungi Misteri



Hai hai. Selamat (pagi + tengahari) . Korang dah lunch? Kecik dah. Pukul 9 lebih tadi. Hok aloh awal nye. Mana tak nya berkobar-kobar gila nak pergi discussion English dengan classmate kononnya. Punya lah beriya-iya bangun awal. Sampai sanggup lempar je mimpi indah dengan teetttt. Hhahhaa, rahsia rahsia. Tak leh tau. Maluu toq.


Berjalan lah kecik dengan Aida yang cemetot ke Library baru. Perjalanan agak jauh. Mengambil masa dalam 15 minit atau lebih *propa jap. Tapi berpeluh kod. Siap naik turun tangga. Alaaa rasa dia macam bawak kereta manual naik turun bukit. Mesti penat kan nak main gear. *acah macam reti je bawak keta  minah ni. Alaaa tak lama lagi ada la tu rezeki kecik nak blaja bawak kereta. Kan kan? 


Bukan tak boleh. Cuma tak ada masa. Sibuk dengan study. Nanti habis study bukan setakat kereta, nak belajar bawak kapal selam pun tak ada masalah kan? Okay entri kali ni banyak gambar. Maaf. Apa yang misteri sangat? Uitm Segamat ada hantu ke? Ouh tidak la. Mudah-mudahan dijauhkan. Insyaallah menda menda tu tak kacau kami kat sini. Kami kat sini semua datang dengan niat nak belajar. Bukan nak menggatal atau seumpama dengannya. 


Sebenarnya kecik memang tak ada idea langsung nak hupdate entri. Tapi bila dah jadi macam ni mood nak hupdate tu membuak buak macam dah tak ada hari esok je. Jadi kecik gagahkan jari jemari dengan lenggang lenggok gemah gemalai nya membuka laptop comel. Untuk berkongsi cerita tentang apa yang misteri sangat nye dekat Uitm Kampus Segamat ni.


Kemesterian Uitm Segamat ni mungkin dah lama berlaku. Cuma baru kali ini kecik dapat rasa kemesterian yang digembar gembur kan oleh para masyarakat setempat yang tidak dikenali. Oke jom terjah. *macam melodi pulak. -_-


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-














Apa yang tak kena dengan gambar yang cuma kecik tonjolkan pada entri kali ini? Nampak tak? Cuba korang perhati kan lagi sekali. Nampak tak? Sila tengok berkali kali apa yang misteri sangat dengan Uitm Kampus Segamat ni. 


APA? Dah nampak? Adoi lambatnya. Perasan tak sebesar besar Uitm Kampus Segamat ni kecik tak nampak sorang pun manusia kat laluan ni. Mana dorang pergi? Sunyi je jalan. Kiri kanan kosong. Depan belakang apatah lagi. Macam takut je. Nasib baik berdua. Kalau keseorangan? Tapi dalam perjalanan menuju ke kolej kecik keseorangan. Cik Aida pergi meneruskan perjalanan nye ke discussion. Kecik fed up nak jalan. 


Tempat dorang nak buat discussion tu bising. Nak pulak takut ramai orang. Tak selesa. tak ada air-cond macam kat library. Hahhaha. Opss, kecik lupa patut la. Harini hari Sabtu. Masing masing busy dengan aktiviti sendiri. Ada yang masih enak dibuai mimpi. Masih bertemankan selimut. Masih rasa kedinginan angin malam. Ye hari ni cuti. Semua orang  nak berehat sepuas puasnya. 


Termasuk kecik. Tapi kecik terlalu berkobar-kobar nak join discusion English yang pertama kali dianjurkan classmate. Sebab tu lah sampai jadi macam ni. Penyesalan yang tiada kesudahan. Nak nangis rasa. Sebab sanggup hancurkan mimpi indah tadi hanya dengan sekali deringan alarm phone. 


Mengharapkan mimpi tu akan terulang kembali. Dapat lah kecik tidur lena dengan air liur yang selalu keluar tanpa disedari. Rasa  kenyenyakkan tu dabel triple pulak. 



Eh - eh sesat pulak budak ni. Sempat lagi nak semak dalam entri? Ha marah marah. Kecik punya entri bukan u olls. Hahahhaa. Muka mintak penampar. Ambik gambar sendiri tanpa bantuan rakan sejawatan dan seumpamanya. Housemate semua ada aktiviti sejak sedari pagi. Kecik memang keseorangan sehinggalah entri ini sedang ditulis. 


Semalam pun sama. Ditinggalkan keseorangan tanpa belas kasihan. Ada sedikit rasa sedih dan kecewa. Kenapa diorang sanggup perlakukan macam tu kat kecik *jap. Nak drama kejap je. Oke dah. Diorang ada program apa tah. Penglibatan junior dengan senior. Nak berkenalan dan merapat kan silaturrahim kod. 


Jadi kesimpulannya kecik dah biasa sorang-sorang. Biarlah amik gambar pun sendiri. Janji tak kacau orang lain dah lah. Janji bahagia dapat hupdate entri merapu kat sini. :) Oke lah. Kecik rasa cukup lah tu. Dah rasa macam malas je nak menaip . walaupun ketamakkan nak penuhkan entri sampai dua tiga muka surat tu ada. Tapi, tak pe lah. bye ^_^

Post a Comment

6 Comments

  1. jmput follow blog saya http://nukilancintapurple.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. ITM dihatiku....teringat kenangan dulu.... SMK tu dulu kolej lelaki....sebelum jadi kolej pompuan.... dan sume siswa dudok kat kolej SR.....errrr....ade lagi ke kolej SMK dengan SR ni??? ke tuko name???

    ReplyDelete
  3. @D_08
    HHahhaa . masih wujud lagi. mungkin lepas ni ada lagi kolej baru. Masih dalam pembinaan mungkin. pengambilan pelajar Jun- Oktpber 2013 adalah paling ramai dalam sejarah. susah payah Mpp nak Handle kitorg time MSD . huhuuu

    ReplyDelete
  4. @Shakira Pathi Haah part 1 baru. huuu kenape ? kat situ jugak?

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.