Kuala Lumpur 10 Bandar Paling Berbahaya - Mieza S Mieza S: Kuala Lumpur 10 Bandar Paling Berbahaya

Kuala Lumpur 10 Bandar Paling Berbahaya

June 22, 2013



Semalam hari Jumaat, pensyarah cakap Kuala Lumpur 10 Bandar Paling Berbahaya. Tidak dapat dinafikan, kecik agak terkejut dengan statement tu. Atas alasan apa pula Kuala Lumpur Bandar Paling Berbahaya? Memang kalau ikutkan dunia akhir zaman ni banyak  benda-benda zaman jahiliyah tu berulang tayang tapi dalam versi serba moden.


Namun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah tampil untuk membuat pengakuan penafian berkenaan statement tersebut. Kenyataan bahawa Kuala Lumpur 10 Bandar Paling Berbahaya adalah sama sekali TIDAK BENAR! 


Berikut di sertakan keratan berita dari BENAMA : 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan sebuah laman web yang menyenaraikan bandaraya Kuala Lumpur sebagai antara 10 bandar paling berbahaya di dunia.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan laman Facebook PDRM, dakwaan itu sama sekali tidak benar dan orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai maklumat itu seterusnya menyebarkan maklumat berkenaan.
"Orang ramai diminta supaya tidak semudahnya mempercayai dan menyebarkan maklumat yang tidak sahih daripada laman web tersebut tanpa merujuk terlebih dahulu daripada polis.
"Warga Malaysia juga haruslah menjadi penyebar maklumat yang bertanggungjawab dan beretika dengan memastikan sebarang maklumat yang diperoleh dan ingin dikongsi adalah daripada sumber yang rasmi," menurut kenyataan itu di sini Khamis.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan polis dari 2010 hingga 2012, PDRM berjaya mengurangkan indeks jenayah di Kuala Lumpur sebanyak 31.8 peratus dengan usaha berterusan dalam menangani isu jenayah di ibu kota.
Bernama


 Pengajaran nya kat sini, jangan sesuka hati menyampai kan sesuatu yang belum dibuktikan kesahihannya. Takut ada yang tersalah anggap dan secara tak langsung menimbulkan spekulasi :)



// Sumber : http://www.silenceblogz.com


No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.