sebelum aku bercerita lebih panjang, aku nak mula kan mukadimah cerita bersalin aku tentang bagaimana persediaan yang telah aku buat. alhamdulillah sepanjang pregnant, aku tak alami hal - hal buruk. yang ini aku akan cerita di entri lain.
sepanjang pemeriksaan berlangsung, alhamdulillah bayi aku sihat sahaja. aku memilih klinik desa kerana klinik desa lebih aman dan nyaman dari kebisingan klinik kesihatan. hahaha. disebabkan aku adalah 'ibu' yang memiliki sumbing bibir dan beberapa jari kudung, doktor telah merujuk aku ke hospital tengku ampuan rahimah, klang.
Dirujuk di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
bila aku dirujuk ke sana, aku mengeluh. jauh woi. aku kan tinggal di shah alam. kenapa kena pergi klang? selepas aku bersalin, aku adalah orang paling bersyukur kerana telah di refer ke sana. alhamdulillah. tuhan mengatur jalan aku dengan begitu baik.
setiap kali scan baby, memang aku akan ke sana memandangkan peralatan klinik desa sangatlah terhad. memang tiada mesin scan. aku tiada masalah membuat pemeriksaan di sana. jujurnya sepanjang pemeriksaan disana, adalah lebih cepat dan selesa berbanding di klinik kesihatan seksyen 7 dan seksyen 19.
Bayi Sihat dan Berkembang dengan Baik
setelah melalui banyak 'pembacaan' di tiktok, aku dapati kelahiran bayi yang berjaya kali ini adalah bayi pelangi (baby rainbow). ia menggambarkan bayi yang lahir selepas kehilangan kehamilan sebelumnya; seperti keguguran, bayi meninggal dunia ketika lahir, atau kematian bayi. bayi pelangi ini dianggap sebagai simbol harapan dan keindahan selepas melalui ujian yang sukar, seperti pelangi yang muncul selepas ribut.
aku alami 2 kali keguguran pada tahun 2021 dan 2023. alhamdulillah, bayi aku kali ini survive dengan baik! cuma bila usia kandungan menginjak 29 minggu, doktor sahkan bayi aku songsang.
Bayi Songsang!
aku pun tak tahu bayi aku di posisi mana satu |
aku kekal tenang dan tetap diposisi. aku tak menangis. aku okay okay je. tak tahu nak kena rasa apa, sebab bayi aku sihat. doktor bagi aku masa sehingga 30 minggu (kalau tak silap) untuk pusingkan bayi ke posisi yang sepatutnya. doktor beritahu; tempoh untuk menginjak 30 minggu masih lama dan berkemungkinan bayi akan kembali ke posisi normal.
sepanjang masa menunggu tarikh pemeriksaan seterusnya, aku banyak membaca risiko untuk bayi dan diri sendiri jika aku melakukan externalcephalic version (ECV). akhirnya pada temujanji seterusnya, aku memilih untuk kekalkann keadaan bayi.
aku akan czer elektif! aku masih kekal tenang dan tetap diposisi. hahahhaa. aku keluar dari hospital, aku call kawan aku; cyra. tanya pendapat dia dengan pilihan yang aku buat. kedengaran positif sangat. aku minta dia nasihat tentang apa yang aku perlu buat. aku juga call sepupu aku; kak fatin untuk barang keperluan yang ringkas - ringkas sebagai persediaan sebelum bersalin.
Senarai Barang Keperluan Ibu Bersalin dan Bayi di Labour Room
jadi inilah antara barang keperluan yang diperlukan oleh ibu dan bayi. gambar adalah atas ehsan sepupu aku; kak fatin. hehehhe. aku memang tak dan (atau lupa terus nak ambil gambar barang sendiri).
beg 1: beg labour room (ibu dan bayi)
** dibawa terus ke labour room semasa bersalin
barangan ibu
- Dokumen Penting:
- Pakaian dan Keperluan:
- Barangan Kebersihan:
- Lain-lain:
- Kad pengenalan/MyKad.
- Buku rekod kehamilan/mother's card.
- Kad insurans (jika perlu).
- 1 helai kain batik atau sarung.
- 1 helai baju longgar yang mudah dibuka di bahagian depan (jika hospital benarkan)
- Stokin.
- Selipar/sandal.
- Tisu basah dan tisu kering.
- Pelembap bibir.
- Minyak urut/balm (jika perlu).
- Air mineral dengan straw.
- Snek tenaga ringan (contoh: kurma, coklat).
- Ubat yang dibekalkan jururawat (jika ada)
barangan bayi
- 1 set pakaian bayi
- Selimut/ Bedung (1 helai)
- Baju butang depan
- Sarung tangan dan kaki
- Lampin pakai buang (2/3 helai)
- Topi bayi
beg 2: Bag Ward Hospital (Selepas Bersalin)
** untuk keperluan ibu dan bayi selepas bersalin
- Pakaian
- Barangan kebersihan
- Lain - lain
- 2-3 pasang baju longgar dan selesa (mudah untuk menyusu).
- 2-3 helai kain batik atau seluar longgar.
- Tuala mandi dan tuala muka.
- Set mandian kecil (syampu, sabun, ubat gigi, berus gigi).
- Tuala wanita jenis maternity (3-5 helai).
- Pakaian dalam yang selesa (nursing bra dan panties).
- Minyak angin atau balm.
- Breast pad (jika perlu).
barangan bayi
- Pakaian
- Barangan kebersihan
- Selimut tambahan untuk cuaca sejuk
- 2-3 set pakaian bayi.
- 2-3 kain bedung.
- Tuala bayi.
- Lampin pakai buang (8-10 helai sehari).
- Tuala wanita jenis maternity (3-5 helai).
- Minyak telon atau minyak bayi (jika perlu).
Beg 3: Beg Tambahan (Peneman atau Keperluan Ekstra)
** Boleh ditinggalkan di kereta atau di tempat simpanan dan diambil jika perlu.
Barang untuk Peneman (Contoh: Suami):
- Baju ganti (1 set).
- Jaket atau sweater.
- Air minuman dan snek.
Barang Ekstra untuk Ibu dan Bayi:
- Power bank dan kabel pengecas.
- Bantal kecil tambahan (jika diperlukan).
- Keperluan tambahan seperti pam susu (jika perlu)
- Labelkan Beg dengan Jelas:
- Gunakan Beg Kecil Bertanda di Dalam Beg Besar:
- Pastikan Beg Mudah Dibawa:
- Contoh: “Labour Room”, “Ward Ibu”, dan “Ward Bayi”.
- Contoh: Letakkan semua lampin dalam beg kecil bertulis “Lampin Bayi”.
- Gunakan beg beroda atau beg galas yang ringan.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.