Mengenali Sumbing Bibir dan Sumbing Lelangit

Mengenali Sumbing Bibir dan Sumbing Lelangit

harini mood rasa nak sharing tentang sumbing bibir dan sumbing lelangit. ikutkan aku adalah orang yang terpaling nak avoid isu ni sebab segan. segan sebab orang itu adalah aku. tapi aku dah dewasa dan lebih matang (tibahh~). aku macam dah tak heran apa, aku pun dah menjalani kehidupan seperti orang dewasa yang lain. 


Sumbing Bibir dan Sumbing Lelangit

Sumbing bibir (cheiloschisis) ialah rekahan pada bibir atas. manakala Sumbing Lelangit (palatoschisis) ialah rekahan pada garis tengah lelangit.


Bagaimanakah kecacatan boleh terjadi?

Mengenali Sumbing Bibir dan Sumbing Lelangit

Keadaan disebabkan oleh suatu rekahan (fisur) pada garis tengah lelangit akibat daripada kegagalan kedua-dua sisi bercantum semasa perkembangan janin pada usia 3 bulan dalam kandungan.


Penyebab terjadinya Sumbing? 

  • Tidak diketahui.
  • Keturunan (30% mempunyai ahli keluarga dengan kecacatan yang sama).
  • Keadaan sifat baka (dengan kecacatan kelahiran lain).
  • Agen keracunan ( ubat, jangkitan viral, racun yang dihasilkan oleh organisma hidup semasa mengandung).

Adakah perbezaan diantara kedua jenis sumbing?

Mengenali Sumbing Bibir dan Sumbing Lelangit

Sumbing bibir dan sumbing lelangit boleh terjadi secara berasingan atau kedua-duanya sekali.


Berapa kerapkah ia terjadi?

Sumbing bibir dan sumbing lelangit terjadi anggaran 1 dalam 1000 kelahiran. Sumbing lelangit sahaja anggaran 1 dalam 2000 kelahiran.


Apakah komplikasi sumbing bibir dan sumbing lelangit?

Masalah penyusuan
Bayi tidak menyusu secukupnya kerana pembentukan mulut yang tidak sempurna. Masalah bergantung pada keterukan sumbing. 
Penyelesaian: Menggalakkan penyusuan susu ibu secara langsung. Jika bayi tidak dapat berbuat demikian, beri perahan susu ibu atau susu formula dengan sudu.

Mereka menelan lebih udara semasa penyusuan, susu mudah masuk melalui hidung atau telinga dalam.
Penyelesaian : Dudukkan bayi secara menegak semasa dan selepas penyusuan. Sendawakan bayi selepas penyusuan.

Penyakit Telinga
Mudah mendapat jangkitan telinga dan pengumpulan air di bahagian telinga tengah. Memberi kesan pada pendengaran bayi. 
Penyelesaian: Air yang terkumpul ini perlu dikeluarkan menggunakan teknik “ear weaking” dan jangkitan dirawat sebaiknya.

Hilang pendengaran (gejala jangkitan telinga). 
Penyelesaian: Menghadiri temu janji untuk penilaian di klinik ENT.

Perkembangan Pertuturan
Otot lelangit bagi kanak-kanak sumbing lelangit, tidak berfungsi dengan sempurna. Jadi mereka mempunyai “hypernasal speech” dan pertuturan tidak fasih.
Kurang pendengaran juga menghalang perkembangan pertuturan. 
Penyelesaian: Sesi Terapi Pertuturan dan mengikuti ujian pendengaran secara berkala.

Pertumbuhan gigi
Kanak-kanak dengan kecacatan pada gusi atas/lelangit mempunyai bentuk gigi yang tidak normal atau tiada gigi. 
Penyelesaian: Jumpa Doktor Gigi pada umur muda atau sebelum gigi tumbuh. 
Penjagaan mulut yang baik. Rawatan Orthodontik (pembetulan terhadap gigi yang tidak betul).

Masalah kecantikan (Cosmetic problems)
Kesan rawatan yang tidak sempurna boleh menimbulkan ketidak puasan kepada pesakit.

Kesan Psikologi (Psychological impact)
Kombinasi banyak masalah yang melibatkan pertuturan, pendengaran, pergigian dan masalah kosmetik menyebabkan kurang keyakinan diri dan lain – lain kesan PSIKOLOGI.

Rawatan

Mengenali Sumbing Bibir dan Sumbing Lelangit

Melibatkan rawatan daripada berbagai disiplin termasuklah Pakar pembedahan plastik, Pakar Pembedahan Otolaryngologi (ENT), Doktor Gigi (dentist), Orthodontist (Pakar Pembentukan Gigi), Audiologist (Pakar Pendengaran dan Pakar Terapi Pertuturan) serta kakitangan kesihatan.

Pakar yang terlibat dalam proses rawatan sumbing adalah seperti:

  • Pakar pembedahan plastik
  • Pakar Pembedahan Otolaryngologi (ENT)
  • Doktor Gigi (dentist)
  • Orthodontist (Pakar Pembentukan Gigi)
  • Audiologist (Pakar Pendengaran dan Pakar Terapi Pertuturan)
  • Kakitangan kesihatan.

Rawatan yang terlibat pula adalah:

  • 1 – 3 bulan : Pembetulan bibir
  • 9 – 12 bulan : Pembetulan lelangit
  • 1 – 2 tahun : Penilaian pendengaran
  • 3 – 4 tahun : Penilaian pertuturan
  • 8 – 10 tahun : Ortondontik
  • 9 – 12 tahun : ‘Alveolar Bone Grafting’ (ABG)
  • 13 – 17 tahun : Rawatan susulan ortodontik
  • 18 tahun dan atas : Pembedahan rahang (jika perlu)
Jadual rawatan boleh berubah bergantung kepada individu. Yang penting perlu mendapatkan khidmat nasihat doktor terlebih dahulu.

Mengenali Sumbing Bibir dan Sumbing Lelangit

Pembedahan sumbing lelangit biasanya dilakukan di antara umur 3 bulan hingga satu tahun. Kemungkinan bone graft (pemindahan tisu tulang) akan dilakukan kemudian. Pembedahan pembetulan rahang (tulang mulut dan dagu) juga diperlukan apabila umur meningkat.


Rujukan:
Wikipedia
https://mysonoworld.com/
http://www.myhealth.gov.my/

Post a Comment

0 Comments