Tangisan Yang Memecah Keramaian

Kisah Tangisan Yang Memecah Keramaian

 

saja aku nak kongsikan pengalaman aku bersalin tempoh hari. ada ke yang nak baca? hehehe. 


Ketuban Pecah

semuanya bermula pada 10 ogos 2024 diwaktu pagi. aku bersalaman tangan dengan suami kerana dia ingin pergi kerja. aku bersalaman dan kembali tidur ingin menyulam mimpi. entahlah, serasa tak selesa. basah tilam. rasa macam terbuang air kecil. aduhh ~ padahal baru malam tadi berniat nak pergi subang ada event makanan HAHAHAH. frust woo. 

aku pergi tandas dah check adakah betul aku terbuang air tanpa sedar kerana waktu tu sejuk atau ada air ketuban yang dah pecah? ternyata setelah disemak memang sah itulah air ketuban yang tak patut keluar. jangkaan aku bersalin ialah 24 ogos 2024. czer elektif pula bertarikh 19 ogos 2024 (kalau tak silap). entah dimana silapnya, air ketuban pecah awal. semua tergendala. 

nasib baik dah kemas beg tau. 7.13pagi aku call iwan dan bagitahu air ketuban pecah. kalut orang tu. terpaksa patah balik. nasib baik weekend tak banyak kereta. fuh. 

aku terpaksa tunggu dalam toilet sebab tak nak mengotori bilik tidur dengan air ketuban yang terus merembes keluar. beberapa minit kemudian, iwan pun sampai! masih lagi kalut. patut aku yang kalut. aduh hahaha. dia lah yang tolong sediakan baju untuk aku pakai dan angkatkan bag.


Sempat Singgah Mamak

aku lapar tau. aku suruh iwan singgah mamak untuk beli makanan. aku order milo ais dan kuih 3 biji. dalam kereta dalam keadaan sakit (rate 1/10), aku sempat sedut 2 3 kali air dan makan 2 biji kuih! hahaha. yang penting makan lah kan? 

aku ni buat rilek, iwan yang kalut hahaha. aku suruh dia rilek supaya aku kekal tenang. sebab aku takut aku tiba - tiba diserang ketakutan melampau. punyalah aku jaga pernafasan aku. ahhahaha


Daftar di PAC

Kisah Tangisan Yang Memecah Keramaian

sampai PAC (klinik pra kemasukan) di HTAR, klang. aku mendaftar nama dan terus ke kaunter. beberapa ujian telah dilakukan. antaranya pemeriksaan kesihatan ibu (sejarah kesihatan dan pemeriksaan fizik ibu). pemeriksaan janin juga dilakukan di PAC (pemeriksaan jantung bayi, kedudukan bayi), serta ujian makmal iaitu ujian darah dan air kencing. 

ternyata bayi aku masih songsang! tapi aku masih kekal bertenang. sebab aku dah bersedia mental dan emosi. aku dah bersedia untuk dibelah perut. rileklah. huhu. 

Kisah Tangisan Yang Memecah Keramaian

di PAC, jururawat minta aku tukar baju merah jambu. wohaaa dah boleh pakai baju merah jambu weyh. gila lah, tak percaya! dah lah noob nak pakai pad ikat tu. aku kepit jela weyh. hahaha janji dia duduk tengah tengah tak jatuh. 

disebabkan aku dah minum air milo ais dan kuih, aku tak dapat bersalin awal. kahkah. kalau aku tahu, aku tahan jela lapar tu. nak buat macammanalah. benda pun dah kenyang. jururawat tu membebel. membebel tanda sayang lah kan?

Kisah Tangisan Yang Memecah Keramaian

doktor check bukaan dah 2cm. tetap ya kena seluk walaupun memang sah aku czer. relakan jiwa jela. dengan asyik bertukar - tukar katil. ada misscommunication antara jururawat dan doktor untuk aku 'ke sana sini' pindah katil. tapi aku buat cool je la. sakit tu rate 2/10 je. aku okay okay. 

selepas check bukaan, jururawat terus masukkan saluran kencing (kateter urin) dan aku masih lagi konfius kenapa asyik kencing! hahaha. jururawat penat nak explain dekat aku, tu air ketuban. dia siap check beberapa kali kalau saluran kencing tu tercabut atau salah pasang. hahahaha. letih ah macam ni~ 

Kisah Tangisan Yang Memecah Keramaian

jururawat juga pakaikan gelang tangan yang mengandungi maklumat ibu seperti nama, id, tarikh lahir dan lain - lain. aku juga dicucuk branula untuk masukkan ubat apa entah lah lupa. 

jangkaan aku emergency czer walaupun tak lah emergency pun. hahaha pukul 2 petang. semua proses di PAC sehingga aku mendapatkan wad adalah sehingga jam 10pagi. 


Check in Wad

Kisah Tangisan Yang Memecah Keramaian

selepas dah selesai semua, aku diminta baring di katil. jururawat menolak katil tempat aku baring dan aku ditempatkan di ruangan menunggu sementara menunggu kekosongan wad. masih lagi aku panggil jururawat nak mengesahkan kenapa aku asyik buang air. HAHAHAH. jururawat tu mengomel, aku gelak jela. tapi kepuasan air tu setiap kali keluar memang macam kencing weyh. tapi kencing yang tak puas asyik nak kencing sahaja. letih ~ 

anggaran jam 11pagi, jururawat beritahu. katil aku dah siap. wahhh cepat betul. tak kena sidai alhamdulillah. tingkat 5, wad 5E. best weyh ada penghawa dingin. itu je aku nak. tak adalah aku berpanas. sepanjang aku mengandung, aku kepanasan tau. akhirnya! 

Kisah Tangisan Yang Memecah Keramaian

waktu semua orang makan tengahari aku melangok je sebab aku sedang 'berpuasa'. waktu melawat tiba dan iwan pun datang menemani aku. 

tup tap tup tap sekejap je pukul 2petang. waktu melawat pun dah habis. aku masih menunggu bilik OT kosong. sekitar jam 3petang aku diminta bersedia. aku menukar baju bewarna biru (jika tidak silap). diberi sejenis pil (untuk tahan sakit kot? lupa) bersama air 'masak'.


Dibawa Ke Bilik OT



'awak minum ni telan dengan ubat. rasa air kosong'. penipu HAHAHHA. nasib baik aku bersedia fizikal mental. bukan air kosong weyh. rasa dia macam 100plus dekat lidah aku. waktu katil aku ditolak, sempat lah aku muntah tengah jalan. memang aku kena muntah rasanya. ubat tu 'menggelikan' perut. bentuknya macam panadol sahaja. 

selepas itu aku terbaring dan pening lalat. aku masuk ke ruangan menunggu sebelum sampai ke bilik OT. bilik nya sejuk masyaallah. sejuk gilaaaa. ini bukan kali pertama aku masuk bilik OT. semua tentang ini aku dah bersedia awal. 

aku ditolak masuk ke bilik OT. terasa macam, eh macam pernah tengok. penat tau google bagaimana bilik OT itu. kemudian aku dipindahkan katil dibantu beberapa jururawat lelaki dan perempuan. malu tak malu aku diam jela eh. sebab baju tu ikat tali dekat belakang. tali pun macam dah tercabut. selepas itu, aku diminta lembutkan badan dan bertenang untuk doktor lakukan suntikan epidural. aku rasa aku memang dah bertenang dan lembutkan badan. tapi setiap kali jarum tu sentuh tulang belakang, aku tersentak sebab terkejut. haha. padan lah dengan jururawat/ doktor yang pegangkan badan aku tu. aku cubit tangan dia. hahahaha. padahal tak perlu pun. saja je HAHA. 

kemudian tangan aku didepangkan dan segala pelekat dilekatkan di badan untuk monitor segala bacaan yang perlu (aku pun tak tahu apa termnya). aku juga dipasangkan topeng oksigen. sebelum semuanya bermula, doktor bertanya dekat aku jika aku ada merasakan apa - apa sentuhan semasa doktor menyapu antiseptik. 

aku cakap aku rasa sentuhan tapi tak rasa sejuk/ panas pada bahagian itu. doktor minta aku angkat kaki untuk mengesahkan yang suntikan epidural tadi dah berkesan. selepas itu, aku lalok! 

aku teringin betul nak tengok lampu atas untuk tengok aktiviti doktor ke atas perut aku. aku siap pasang telinga sebab doktor atas kepala aku berbual sesama sendiri. alahai. hahaha aku ni gigil sejuk tau. dalam pukul 3lebih nak masuk pukul 4, aku dengar ada doktor bertanya macam ni "nak saya tolong tarik tak?". 

selepas tu, aku dapat rasa macam ada orang naik katil duduk atas aku dan katil tu bergoyang - goyang. agaknya doktor tu memang naik atas aku dan tolong bayi keluar kot? hahaha. 


Tangisan Pecah

pada 10 ogos 2024 | 4.03petang
kedengaran manis suara bayi menangis. haaa rindunya bunyi tu. kesian bayiku kena tarik ya. ehhehe. segala hiruk pikuk derap kaki, bunyi alatan mesin semuanya seakan terhenti. telinga aku hanya fokuskan pada suara bayi. 

tangisan yang memecah keramaian. 

dan makin lama makin sayup. kuat juga suaranya. alahai anak. bayi aku tidak dibawa berjumpa dengan aku pun. bayi terus dibawa ke wad masuk inkubator kot sebab bayi aku kekurangan oksigen sikit. doktor kata bayi terkejut sebab kena keluar awal. tak bersedia katanya~ hahaha. yang lucu lucu je. aku masih di bilik OT menahan gigil yang kuat dan bergetar. 

selepas itu, aku dibawa ke ruangan menunggu dan diminta untuk membuat sedikit regangan kaki bagi mengelakkan darah beku. punyalah aku try hard nak gerakkan kaki. aku cakap dengan jururawat tu, aku dah cuba gerakkan kaki. aku tak rasa kaki, tapi aku rasa katil bergerak. jururawat tu gelak. dia kata, kaki awak memang dah bergerak. hahaha. 

selepas semuanya selesai, aku ditolak ke wad dan berehat. aku diminta untuk berpuasa sehingga jam 6. aku berbaring dan berkali - kali tertidur. 

takla, yang aku geram dengan iwan ni kan. hahaha. dia 'cari' aku dekat bilik OT. guard/ doktor (tak pasti), dia kata aku dalam bilik OT. agaknya lama sangat dia tunggu, dia pergi turun hisap rokok. yadayada aku pun dah siap bersalin. dia tak ada dekat situ. nasib baik lah dia tak boleh masuk. memang kena tunggu luar. hahahaha

Post a Comment

0 Comments