Sambut Birthday Maira

Sambut Birthday Maira

ikutkan ini rumah terakhir pada hari sabtu. rumah pertama yang aku kunjungi ialah rumah erra, diikuti rumah cyra, kemudian rumah makcik dan jom heboh! meriahkan hari sabtu aku? hahahah jadual penuh kata orang. 

bila bergambar sebelah makcik sendiri, terasa macam aku lebih tua. buktinya makcik aku nampak macam sama usia dengan aku HAHAHAH. walhal kita mungkin beza 20 tahun? mungkin lah ~ 


Lambat Sampai

ikutkan macam aku lah orang terakhir yang sampai rumah makcik. mak cakap, makcik tunggu aku sebab nak potong kek memandangkan aku ada bawa 2 orang kanak - kanak. hahaha. aku ni dah la dari rumah cyra (puncak alam). aku nak kena pickup adik aku dekat shah alam dan iwan. dua - dua tu duduk tak sama tempat. dah macam aku punca pula. eiii. marahnya aku. 


Jammed Hampir Sejam Setengah

dekat highway apetu entahlah namanya kan. hahaha yang menghala ke putrajaya tu, masyallah. jammed yang teramat. memang stuck dekat situ. aku ni asyik memandang muka iwan takut dia baran. aku pun tengah baran, takut dia pun jadi baran. hahahah terbalik kereta (macam kuat sangat pula). hahahha

akhirnya sampai juga rumah makcik. sampai - sampai terus potong kek (lepas semua orang dah siap solat). 

maaf lah gambar maira tiada. hehehe. 

Sambut Birthday Maira


setiap kali ada majlis harijadi, mesti rasa eksited nak tempah kek cantik. hahahahah. tapi kan mahal? cuma tempah untuk majlis nikah sendiri je (time diri sendiri). tengok kek sepupu kecil ni macam kityut pula. dia punya kek lembut tau. ringan tapi sedap. tema mermaid lah tu agaknya. aku tak pasti. budak - budak ni bukan makan kek sangat pun, nak kek cantik aje. hahaha. yang makan orang dewasa. diorang sibuk main! 

adik aku yang syok main pun, boleh request nak tidur rumah makcik. tiba ~ nasib baik 2 orang anak makcik ni, bajunya sama saiz dengan 2 orang adik aku. so baju tiada masalah sangat. biarlah diorang tidur rumah sepupu. bila lagi kan? lagipun esoknya pun hari ahad, sekolah cuti. 


Makanan Banyak!

Sambut Birthday Maira

makanan memang banyak gila. dikhabarkan makcik aku mula memasak jam 6pagi iaitu selepas subuh sehinggalah tetamu pertama tiba yang aku pun tidak tahu siapa gerangannya. tak tahu nak mulakan dengan apa. disebabkan aku masih kenyang nasi; aku memilih laksa, dan mihun sup sebagai santapan pertama dirumah itu. padahal dua makanan tu berat tau. hahahhaa. dua ni makanan kesukaan aku. 

aku tak lama pun dekat rumah makcik. pukul 10 macam tu aku gerak ke jom heboh pula nak buang masa. hahahha. dating katanya. sebelum balik, macam biasalah. makcik bungkuskan lauk banyak gilaaaa. hahaha. 

untuk maira sepupu kecilku, 
semoga jadi anak solehah mama dan papa. 
semoga selalu jadi anak yang disenangi orang tua dan orang sekeliling.
semoga berjaya didunia dan akhirat maira. 
semoga jadi anak yang bijak ^_^ 

Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.