Makan Kenduri Rumah Erra Fazira

Makan Kenduri Rumah Erra Fazira

ya ya. aku pergi kenduri rumah erra fazirra. tapi jangan salah anggap ya korang. nama kawan aku memang erra fazirra, aku tak tipu. dia bukan artis, dia cuma kawan aku. 4 mei 2024 tu memang dari pagi sampai ke malam aku sibuk memenuhkan jadual aku.


Erra Fazira Jemput Kenduri

Makan Kenduri Rumah Erra Fazira

sampai sekarang aku masih curious, kenapa dia jemput aku. ni bukan majlis kahwin dia tau, ni majlis adik dia. hahahaa. orang dah jemput kita datang jela kan. lagipun pagi tu aku tak ada buat apa pun. aku pun macam dah lama tak bersua muka dengan erra. maklumlah rumah jauh. nak sampai tempat dia ni makan waktu 30 40 minit. nak jimat lalu highway guthrie dan standby touch n go lebih. hehehe. sesekali pergi rumah erra tiada masalah.


Kenapa Kena Jemput Aku?

aku tanya dia, "kenapa kau jemput aku? sedangkan ada kawan lain yang sekampung dengan kau (dan aku pun kenal), kau tak jemput pun?" jawapan erra simple je "entah. sebab aku nak jemput kau lah, kau kawan aku". hahahah menyirap je aku dengar jawapan dia ni. 

masa aku sampai ni, aku macam termanggu - manggu cari tuan rumah. sebabnya tak ada meja dekat depan yang orang panggil penyambut tetamu. rupanya pagi / siang tu majlis nikah. patutlah. tuan rumah duduk beri bunga telur/ goodies berhampiran pelamin. aku fikir masa aku datang tu, dah majlis kenduri. rupanya masih majlis nikah. hehehe. 

Makan Kenduri Rumah Erra Fazira

aku call erra, tapi sebab erra ni macam level artis. aku tanya dia "ada mana?". terus dia letak telefon. geram betul rasa. nasib baik aku nampak dia dalam rumah, bersalamanlah kami. lepastu aku teruslah makan isi perut dahulu. 

erra duduk semeja berborak dengan aku. tak banyak kami bualkan. awkard barangkali? hahahaha. sebab macam dah lama sangat weyh tak jumpa. tahu - tahu dah nak umur 30tahun HAHAHAH. gila lah. kisah erra ada sedikit aku tulis dalam blog, korang boleh lah cari nama erra


Makan Kenyang dan Pulang

borak pun da habis, makan pun dah siap. aku minta untuk beransur pulang. lagipun aku nak memenuhi jemputan open house cyra pula. kebetulan rumah mereka cuma berjarak sekitar 10km sahaja. mudah aku nak ke sana. 

Makan Kenduri Rumah Erra Fazira

terima kasih erra atas jemputannya. semoga pengantin berbahagia sampai syurga bersama pasangannya. semoga dipermudah urusan bahtera rumahtangga.  


aku pergi rumah erra bersama 2 ketul adik aku . masa aku nak pickup diorang dekat rumah mak, dah dengar sorang menangis. macam anjing dan kucing 2 ketul ni. nasib baik aku ni penyabar orangnya. terima kasih adik - adikku menemani kakakmu yang seorang ini. nanti kakak bawa jalan lagi ya. 

Makan Kenduri Rumah Erra Fazira

Post a Comment

0 Comments