punyalah lama tak pernah jejak jom heboh. agaknya bertahun - tahun dulu lah kot, zaman jom heboh dekat stadium shah alam. lama kan?
disebabkan haritu pergi rumah terbuka makcik aku di area bsp21, alang - alang singgah sini. iwan lah mengada nak pergi. aku tak minat. HAHAH. membazir duit weyh. dengan ramai nya.
Pentas Utama
dari bsp21 ke putrajaya ni macam dekat pula. tak jammed pun. pelik ya jom heboh dekat putrajaya tenang je tak macam tempat lain. parking penuh tapi banyak je kosong kalau pandai cari. orang pun ramai tapi tak sesak. punya luas dataran parking kereta dekat sana.
kitorang parking berdekatan shell tak silap. nak jalan masuk karnival ni takde lah jauh mana tapi kena melintasi jalan juga. terus menuju ke pentas utama nak tengok siapa tengah perform. dari jauh nampak shiha zikir. dia comel juga eh walaupun cuma nampak dari jauh dekat skrin besar. lepas rekod tu takde nak tunggu lama, terus gerak pergi ke tempat makanan.
Makanan Mahal!
pilihan makanan memang banyak tapi semua macam lebih kurang dan jenis tipikal makanan yang dijual dekat festival. dalam banyak - banyak makanan yang dijual, paling terkejut tengok vietnam spring rolls 1 biji sampai rm5. padahal isinya sama macam kebanyakan dekat gerai biasa yang bukan festival. terbeliak mata aku. mahal gila!
walaupun aku baru balik dari openhouse, tetaplah juga membeli makanan sebab nak rasa. hehehe. entah lah apa yang dibeli sampai cecah rm80. buko tu memang nak beli sebab sejuk sedap tak manis sangat. cuma aku pilih biko mix tak silap. taktahu apa yang mix nya ; (ada buah nenas lebih, agar - agar penuh (jimat sikit) lepastu ada la seketul dua buah cherry kot yang guna dalam kuih tu). entahlah. cheestart buncit memang menyesal beli. nampak selera sebab dia lain dari yang lain kot? elok makan cheesetart biasa jelah lagi nyaman. popia bergedil tu biasa - biasa je. kerabu maggi masam nak mampos. adik aku kata dia nak order kerabu maggi biasa, tapi penjual cakap "dah habis. beli lah kerabu maggi seafood". macam kelakar kan? padahal kerabu maggi biasa tu kosong tak ada isi tapi boleh HABIS? HAHAH. dah lah tak sedap langsung! dia punya masam sampai ke otak weyh.
buko: rm15cheestart buncit: rm15 (pakej) - sebiji rm3popia bergedil: rm18 (pakej)kerabu maggi thai: rm15air chocolate: rm8teh tarik thai: rm8
mantap kan harga. hahaha. seram tengok. sebab tu aku tak suka pergi festival macam ni. orang ambil kesempatan. alasan barang naik harga hahaha. maleh aku. tapi tu lah, kemahuan aku sendiri yang nak pergi tempat macam ni kan?
Lepak Makan Tepi Jalan
duit pun dah habis, aku pun gerak lah ke kereta. sebab tak ada apa nak buat dah. nak tengok konsert pun macam tak berbaloi. hahaha. kitorang lepak tepi kereta duduk atas laluan pejalan kaki. nasib lah ya siapa yang lalu lalang tengok kitorang makan. nak chill - chill je.
dah kenyang tu, balik lah. pukul 12lebih juga lah gerak. nasib baik perjalanan balik tak jammed sangat. sampai rumah pun nak dekat pukul 1pagi hahaha. entah apa yang dibuatnya.
walaupun marah - marah dengan harga makanan mahal, tetaplah ambil gambar buat kenangan! hahahhahaa. yela, kalau tak, tak dapat update entri baru tau. tu jelah kot nak cakap. festival macam ni akan buat kau buang duit banyak gila dekat makanan yang tak berbaloi. kalau macam teringin sangat nak beli, beli jela. buat rasa - rasa. hehhee.
1 Comments
Masih meriah jom heboh. Harga makanan sekarang tak boleh nak komplen sebab tahu sekarang bahan masak dah mahal.
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.