dah lama aku tak kemaskini blog untuk cerita berkisar peribadi. niat menulis ada, mungkin kemalasan yang menyelubung diri lebih kuat dan tinggi untuk terus menulis. akhirnya blog terkubur dan bertepi. jadi hari ini aku nak share dengan korang.
alhamdulillah, ada rezeki lebih untuk aku beli tv baru. seperti yang korang pernah tahu, aku pernah menulis tentang rumah KITA. korang mesti dapat agak berapa sangatlah keluasan sqf rumah yang aku sewa. keluasan cuma 4++ sqf sahaja. agak kecil namun sesuai untuk aku dan suami yang cuma duduk berdua.
sebelum ini kami guna tv bersaiz 30 inci (mungkin). iwan beli tv terpakai melalui marketplace di facebook. dan tambahan android box versi lama. tv digantung dan agak tinggi juga. tak apa lah baru - baru nikah. heheh. kemudian, terjadilah hal yang tak diingini dan skrin tv telah pecah. selama beberapa minggu kami tidak dapat menonton tv. setiap hari selepas makan, akan masuk ke bilik dan main telefon sambil berborak dan tidur.
Hisense TV A6500H Series
4K Google TV A6500H Series. |
Banyak Modal Keluar Demi Sebuah TV
Arial TV Brand DIY
aku juga ada beli arial tv di DIY shop untuk mendapatkan capaian tv digital. merasalah kami menonton rancangan tv 1, tv 2, tv 3. dah lama sangat rasanya tak tengok rancangan macam zaman dulu dulu. kami beli yang outdoor punya memandangkan indoor punya tak tersedia di kedai.bukan beli yang jenis lama tu tau, tapi yang lebih kecil. iwan gantung di batang paip dalam kawasan bilik. masih dalam bilik. namun tetaplah paparannya cantik dan memuas hati.
fuh! banyak modal keluar demi sebuah tv.
2 Comments
belum pernah lagi beli benda mahal di shopee..takut
ReplyDeleteMenarik, sampai dengan Selamat. Tapi memang mahal lah kan budget untuk tv..Janji memuaskan hati, Cukuplahh.. Setakat ni pernah beli notebook je benda paling mahal kat Shopee..yang lain tu, belum ada keberanian 😅
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.