Rumah K.I.T.A

Rumah K.I.T.A

assalamualaikum pembaca sekalian. sekarang tengah banyak bahan nak menulis. hahaha. sebab tu selalu update. kalau tidak, jangan harap lah ya. 

beberapa hari lepas baru selesaikan rumah untuk didiami selepas nikah. kami menyewa buat sementara ni. semoga lagi 3 4 tahun, ada rezeki rumah sendiri. insyaallah. 

Pencarian Rumah

cari rumah ni selepas kami decide untuk bernikah. proses pencarian cuma makan masa 2 bulan macam tu. hari - hari weyh cari. dekat tempat aku tinggal memang sangat susah nak cari rumah. macam  macam aplikasi aku guna. rumah flat dekat shah alam paling murah aku jumpa adalah dalam rm600. rumah totally kosong, tingkat paling atas (tiada lif), kejiranan melayu (kelebihan), parking kereta yang selalu penuh (mungkin kena main cop atau siapa lambat tak dapat), rumah agak kotor (macam nak kena keluarkan duit untuk repair semua), laluan tangga macam agak kotor. hahhaha. 

nak dapat tingkat paling bawah agak susah. sebab kebanyakkan rumah tingkat paling bawah adalah rumah yang memang tak kan disewakan. kiranya macam memang mereka tinggal disitu terus. pernah join untuk beli rumah, tapi tak lepas sebab gaji sikit. lepastu rumah tu bukan rumah baru pun (walaupun nampak macam baru). 

pernah ada niat nak beli rumah lelong, tapi aku rasa macam membazir. nak kena keluarkan duit yang banyak untuk build semula rumah. kena ada simpnan yang banyak. siap gaduh dengan partner. hahahhaha. jadi aku rasa, adalah lebih baik buat masa sekarang, kurangkan komitmen. duduk sahaja lah rumah sewa. insyallah simpan sikit - sikit lama - lama jadi bukit. 


Akhirnya Jumpa Juga

akhirnya setelah lama membuat pencarian rumah, aku kira rumah yang kami pilih berbaloi. dekat dengan tempat kerja dan dekat dengan highway. kedai pun banyak, masjid berdekatan. berbaloi sangat. setelah buat perbincangan, akhirnya kami berdua sepakat untuk booking. setelah bayaran dibuat, adalah dalam 2 bulan nak tunggu untuk masuk rumah. 

lagi seminggu nak masuk rumah, ejen maklumkan pada kami. rumah yang kami booking dah masuk penyewa. hmmm. masa ni aku rilek je takde nak rasa apa. taktahu lah kenapa. ejen kata, owner rumah tu pergi terima penyewa lain. padahal dia aware kami akan masuk rumah tu bulan 10. 

pasrah jela. ejen kami yang selesaikan masalah. dia cuba carikan rumah lain di blok yang sama. alhamdulillah, allah mudahkan urusan. rumah pun lebih besar dan puas hati. cuma kena tambah sikit duit. 


Rumah KITA

Rumah K.I.T.A

kalau cerita pasal rumah, memang aku lah yang paling kena marah. hhahha. aku akan cakap 'rumah kau'. nanti dia akan cakap 'rumah KITA lah!'. so sweet. dah jadi rumah kita dah. so minggu lepas, aku dan adik aku masukkan barang sikit - sikit. lepas tu basuh rumah. rumah dah bersih. cuma belum masukkan dapur. 

partner aku dah tinggal dan tidur sini beberapa hari. takpeeeee, nanti aku pun masuk sini juga. hahaha tapi lambet lagi. harap dia jaga rumah dengan baik la. okay lets tengok rumah. 

Rumah K.I.T.A
dapur dan ruang tamu

Rumah K.I.T.A
master bedroom

Rumah K.I.T.A
second bedroom

Rumah K.I.T.A
toilet masterbedroom

toilet sebenarnya ada 2. 1 di master bedroom (lebih besar), dan 1 lagi berdekatan dapur (kecil sedikit). tapi lupa lah nak ambil gambar. rasa seronok dan bahagia. tak sabar nak deco. kalau cerita pasal rumah je, mesti partner akan cakap "nanti kita deco rumah sama - sama eh yunk". 

doakan semua urusan kami dipermudahkan. 

Post a Comment

0 Comments