Pelembap Muka Terbaik Untuk Kulit Kering - Moisturizer Water Based Menjadikan Kulit Glowing, Sihat & Berseri

Pelembap Muka Terbaik Untuk Kulit Kering - Moisturizer Water Based Menjadikan Kulit Glowing, Sihat & Berseri

sebelum ni aku pernah kongsikan dengan korang berkenaan pencuci muka aloe vera terbaik. kali ini aku akan buat kesinambungan produk hansaegee iaitu moisturizer untuk kulit kering. pelembab muka ni penting tau. selain melembabkan muka, ia juga penting sebagai lapisan mekap. 


Kepentingan Memakai Moisturizer/ Pelembab Muka

Pelembap Muka Terbaik Untuk Kulit Kering - Moisturizer Water Based Menjadikan Kulit Glowing, Sihat & Berseri

moisturizer adalah sejenis pelembap muka di mana ia membantu mengelakkan kulit wajah daripada kering, merawat kulit, anti penuaan kulit, elakkan daripada dehidrasi pada kulit, dan seterusnya membuatkan kulit anda nampak lebih bersinar. moisturizer adalah rutin yang paling penting.

Antara fungsi - fungsi pelembab muka ialah: 
  • menutrisi kulit
  • mencegah masalah kulit
  • memelihara kulit kekal awet muda
  • kulit lebih berseri seri
  • membantu kulit berfungsi dengan baik

Punca Kulit Kering?
kulit kering berpunca dari kulit yang berminyak. minyak yang banyak akan terhasil dengan banyak jika kulit terlalu kering. oleh itu sangat penting untuk selalu dan kerap memakai pelembab muka dari mencegah jerawat dan kulit kusam. 

Pelembab apa yang sesuai untuk kulit kering?
adalah lebih baik jika kita memilih moisturizer yang sesuai dengan kulit muka iaitu moisturizer water based. kulit akan kekal lembab dan glowing sepanjang hari. pelembab yang sesuai bagi kulit kering mesti mengandungi bahan seperti glycerin yang berfungi melembabkan kulit.


Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream

hansaegee nature aqua whitening cream adalah sejenis pelembap water-based whitening cream. aqua whitening cream ni sangat unik kerana akan mengeluarkan titisan air selepas ia disapu dan dioles lembut di wajah. kulit akan glowing serta merta.


Pelembap Muka Terbaik Untuk Kulit Kering - Moisturizer Water Based Menjadikan Kulit Glowing, Sihat & Berseri
tekstur moisturizer water based ringan & cepat absorb


Pelembap Muka Terbaik Untuk Kulit Kering - Moisturizer Water Based Menjadikan Kulit Glowing, Sihat & Berseri
muncul titis air


Pelembap Muka Terbaik Untuk Kulit Kering - Moisturizer Water Based Menjadikan Kulit Glowing, Sihat & Berseri
meresap dengan cepat dan melembabkan kulit


Kandungan Nature Aqua Whitehing Cream

Pelembap Muka Terbaik Untuk Kulit Kering - Moisturizer Water Based Menjadikan Kulit Glowing, Sihat & Berseri

Camellia Japonica Seed Oil.

non-comedogenic; tidak menutup pori kulit dan tak menyebabkan jerawat. membaiki kulit wajah kemerahan disebabkan sunburn dan mengekalkan kelembapan sehingga ke dalam lapisan kulit.

Niacinamide

niacinamide turut dikenali sebagai Vitamin B3 atau nicotinamide. berfungsi sebagai mengurangi saiz pori dan membantu tona kulit menjadi lebih sekata. selain itu, ia turut berfungsi untuk memperbaharui dan merawat permukaan kulit daripada kering dan hilang kelembapan.

Glycerin
Mengembalikan kelembutan kulit yang kering dan menggelupas
Mengekalkan kadar penghidratan yang optimum pada kulit
Mencerahan kulit


Kelebihan Pelembab Muka Aqua Whitening Cream

Pelembap Muka Terbaik Untuk Kulit Kering - Moisturizer Water Based Menjadikan Kulit Glowing, Sihat & Berseri

  • sesuai digunakan untuk semua jenis kulit
  • melembab dan mencerah kulit
  • merawat kulit kering dan rosak sunburn
  • mengawal kulit berminyak
  • mudah meresap dan tidak melekit
water drop moisturizer
penghidratan yang sangat baik. titis air memberi kelembapan pada kulit dan tidak melekit. krim akan berubah menjadi titisan air selepas dioles di atas kulit. ia memberi kesan kelembapan yang tinggi pada kulit sepanjang hari.

pemutih dan penghidrat
kandungan niacinamide membolehkan krim ini  membantu memutih dan membaiki tona kulit yang tidak sekata.

Pelembap Muka Terbaik Untuk Kulit Kering - Moisturizer Water Based Menjadikan Kulit Glowing, Sihat & Berseri
Aqua Whitening Cream Moisturizer untuk kulit kering yang terbaik
boleh melembabkan kulit sepanjang hari

ekstrak herba
8 jenis ekstrak herba di dalam krim akan meningkakan penembusan jauh ke dalam kulit. selain itu membaiki kulit yang kemerahan dan juga sunburn.

No harmful Ingredient
Aqua Cream ni bebas paraben, bebas alkohol, bebas sulfate sangat sesuai untuk kulit kering. kebanyakkan produk ada alkohol yang boleh rosak dan keringkan kulit. 

Cara Memakai Nature Aqua Whitening Cream

Pelembap Muka Terbaik Untuk Kulit Kering - Moisturizer Water Based Menjadikan Kulit Glowing, Sihat & Berseri

  1. mula - mula tu muka mestilah kena bersih / cuci muka dahulu
  2. keringkan muka
  3. calit nature aqua whitening cream ke muka dengan jumlah yang sekadarnya/ mencukupi
  4. sapu rata
  5. urut perlahan - lahan wajah
  6. titis air akan muncul selepas beberapa saat
  7. sapu perlahan  - lahan sehingga krim dan air tersejat ke wajah
  8. muka nampak glowing and moisturized


Bila Waktu Sesuai Memakai Moisturizer? 
Pakai moisturizer berapa kali sehari
kalau korang nak kan kulit yang glowing dan lebih sihat, perlulah memakai moisturizer  sekurang - kurangnya 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan juga sebelum tidur. selain itu, ada juga waktu - waktu yang sangat sesuai memakai pelembab muka. iaitu pada situasi berikut:
  • selepas mencuci muka kerana kulit muka masih lembab dan ini akan membantu penghidratan.
  • sebelum dan selepas penerbangan kerana kabin pesawat mengandungi udara kering. ia akan membantu membantu kulit sentiasa lembab.
  • selama breakout kerana kulit yang rosak tidak akan berubah baik jika dikekalkan dengan kering tanpa dilembabkan. oleh itu adalah lebih baik jika oleskan sedikit pelembab agar kulit sentiasa lembab dan terjaga.
  • ketika mekai mekap kerana ia akan menambah kesan glowing dan menjadi asas kepada kulit anda.
  • ketika tidak memakai mekap kerana pelembab menjadikan kulit muka kekal segar, terhidrat dan kekal naturan. 


Pengalaman Peribadi Selepas Penggunaan Natura Aqua Whitening Cream

Pelembap Muka Terbaik Untuk Kulit Kering - Moisturizer Water Based Menjadikan Kulit Glowing, Sihat & Berseri

semalam aku dan iwan telah menghadirkan diri ke majlis sambutan hari lahir adik ipar. seharian aku diluar rumah dan duduk tinggal beberapa jam dari 10 pagi sampai 7malam di sunway pyramid. penghawa dingin dekat tempat bowling dan restoran memang kuat gila. mengigil aku. 

sebelum aku keluar rumah aku apply nature aqua whitening cream. memang terbaik. mekap tak bercapuk walaupun dah lebih 5 jam aku pakai mekap. muka pun tak rasa kering dan lembab sepanjang masa. mekap aku tak hilang pun tau. selalu dah cair. hahahha

bahagian bibir aku yang kering pun tak nampak kusam. kulit nampak sekata. nature aqua whitening cream adalah pelembab muka terbaik untuk kulit kering dan kulit kusam. terbaik! korang pun boleh cuba untuk kesan yang lebih baik.


Pelembap Muka Terbaik Untuk Kulit Kering - Moisturizer Water Based Menjadikan Kulit Glowing, Sihat & Berseri

Brand : Hansaegee Nature
Website : www.hansaegee.com/shop
Instagram: https://www.instagram.com/hansaegeenature
Facebook : https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube : https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

Post a Comment

0 Comments