alhamdulillah. dhi dah selamat ada anak. aku je belum lepas. hahahha. ni entri suka - suka bukan untuk bandingkan apa - apa ya. sekadar untuk aku mengenang dalam tempoh yang panjang dikemudian hari. aku memang jarang ingat tarikh penting melibatkan hal peribadi orang lain walaupun waktu itu aku ada chit chat dengan dhi.
lama juga aku ambil masa nak berjumpa dhi. setelah anaknya menginjak 4 bulan barulah aku berpeluang jumpa. itu pun sepanjang perjalanan menuju kerumah dhi, hujan lebat mencurah. sekejap gerimis sekejap lebat. ditakdirkan aku 'berjumpa' dengan kereta yang baru lepas kemalangan. aku anggarkan kereta tersebut laju dan menekal pedal minyak saat air bertakung. sudahnya kereta berpusing dan bumper pecah. namun waktu itu hanya aku yang melihat. dua adik aku langsung tak nampak kerana hujan sangatlah lebat. kira - kira aku membawa kereta hanya dalam kelajuan 30km/j - 50km/j.
tentang dhi, aku pernah abadikan disini famiesya, perempuan itu, pulau pinang. jemputlah baca jika berkelapangan.
Dhi Dah Jadi Ibu
Anak Soleh
Melayan Baby
buat anak soleh; zulfiqar. semoga menjadi anak soleh kebanggaan ibu ayah. semoga besar nanti menjadi pahlawan yang gagah perkasa. semoga menyantuni perempuan dengan tegas dan baik. semoga mampu mengemudi dunia mengikut acuan yang benar. semoga tumbuh membesar dengan sihat ya anak. semoga itu semoga ini. terima kasih juga buat ayah dan ibu zulfiqar kerana melahirkan dan membesarkan zulfiqar dengan kasih dan sayang melimpah. semoga ibu ayah zulfiqar sabar dalam kehidupan dalam mendidik anak.
4 Comments
insha Allah ...suatu hari nanti awak juga akan ada baby...bersabar apapun ada baby atau tidak...semua ini ada hikmah dan ujian daripada Allah SWT
ReplyDeleteskrg ni cuma mampu main dgn cucu2 saudara je la. dah tua pun abe kie...
ReplyDeleteawwwwww
ReplyDeleteinsyaallah...semoga giliran awak pulak lepas. jangan putus berdoa je...ok
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.