Tempat Viral Pulau Pinang - Hari Pertama - Mieza S Mieza S: Tempat Viral Pulau Pinang - Hari Pertama

Tempat Viral Pulau Pinang - Hari Pertama

March 12, 2019
Tempat Viral Pulau Pinang - Hari Pertama

percutian aku kali ini, dirancang oleh fadhilah beberapa bulan yang lepas. lama woi rancang. HAHAH. akhirnya jadi juga, alhamdulillah~ mungkin ini merupakan pengalaman pertama travel bersama kawan - kawan secara peribadi bukan disponsor. eh --

kali ini aku ke pulau pinang. ini merupakan entri peribadi. jadi sukahati aku nak tulis apa. kalau aku tak tulis secara terperinci untuk ke sesuatu tempat, kau google jela. tak payah komen cakap blog aku tak ada informasi. grr.

okay mari mulakan 'perjalanan' ke pulau pinang.

Perjalanan ke Pulau Pinang dari TBS

Tempat Viral Pulau Pinang - Hari Pertama

susun atur perjalanan aku diuruskan oleh fadhilah dan kawan - kawan. hahah aku tak buat apa pun. sekadar bagi cadangan/ pendapat jika dia memerlukan perkhidmatan aku. kami semua berkumpul di TBS (terminal bersepadu selatan). 

ternyata google map cuma membantu 50%. sepatutnya dia kena tulis semua perjalanan dari semua public transport. ini tidak, aku kena buat carian satu satu. dari point a ke b guna kenderaan 1, dari point a ke b guna kenderaan 2, dari point b ke c guna kenderaan 1. pedih rasa. 

ada banyak cara untuk ke terminal bersepadu selatan. samaada kau naik ktm, lrt atau klia transit. naik bas punboleh rasanya. tapi aku tak tahu. untuk aku yang datang dari shah alam, aku memilih pengangkutan menggunakan ktm. lebih cepat dan pendek. cuma nanti di kl sentral kena tukar laluan. 

Tempat Viral Pulau Pinang - Hari Pertama
dari kiri : aku, fadhilah, ainul, isna

aku tak kenal kawan fadhilah. dekat tbs tu baru berkenalan. aku rasa sehingga aku menulis entri ini, aku masih lupa nama diorang. hahahha. ainul. ha yela ainul. sebab nama dia ada dalam whatsapp. sorang lagi entah. nanti aku tanya fadhilah. 

tengok, beg aku paling besar. apebenda lah aku bawa tu. 

--

okay nama dorang ainul dan isna. 

harga tiket dari tbs (terminal bersepadu selatan) ke penang sentral (butterworth) dianggarkan dalam rm30 - rm40 mengikut jenis bas dan waktu. kami bertolak pada jam 11.30malam. sampai disana dalam jam 3.40pagi macam tu. pishang ah nak tunggu pagi. surau pun kunci. kitorang duduk la merempat kejap sementara nak tunggu subuh. 

lepas je subuh, aku dengan ainul sarapan di penang sentral. makan roti canai dan teh tarik (menu cliche di kedai mamak). fadhilah dengan isna taknak makan, sombong. hahahha. nak juga tunggu dekat transfer road tu ha. 

Tempat Viral Pulau Pinang - Hari Pertama

dari penang sentral ke tempat tujuan kami tu naik feri. feri ni harganya rm1.20 (sehala). jakun tak naik feri? tak kot. sebab aku dah besar. huhu. kalau dulu ye aku jakun sikit. sekarang dah okay. 

Tempat Viral Pulau Pinang - Hari Pertama

Tempat Viral Pulau Pinang - Hari Pertama

perjalanan di dalam feri nyaman. sebab cuaca masih pagi. angin tampar muka aku tanpa segan silu. waktu pagi ramai juga yang naik feri. kira penuh la feri tu untuk satu perjalanan. 

Roti Canai Transfer Road

kami bersarapan di roti canai transfer road. oh lupa nak bagitahu. semua lokasi untuk travel kali ini, adalah dari senarai lokasi yang menjadi buah mulut orang dalam internet. feri berhenti di pangkalan raja tun uda. dari raja tun uda ketransfer road ni kami naik bas CAT (shutter bas). percuma ya. kalau tak tahu, boleh install apps moovit. senang dan pantas. 

Tempat Viral Pulau Pinang - Hari Pertama

kedai ni duduk kat tepi jalan. tapi ada lagi bahagian dia dekat jalan sebelah sana. kami duduk yang belah sana. macam lot kedai. isna, dhi dan ainul order roti canai ayam. aku pula order telur goyang. 

Tempat Viral Pulau Pinang - Hari Pertama

sumpah ni first time makan telur goyang. aku tak tahu telur goyang tu sebenarnya rasa dia macam mana. secara jujurnya aku tak reti. bagi aku so so jela rasa dia. orang lain tak tahu lah. tak habis pun aku makan. memang aku kenyang, tapi telur goyang ni memang tak sedap. sori. ayam kari tu not bad. ayam lembut. kalau datang sini, order roti canai je okay kot. 

lepas je makan, dengan heret batu dekat belakang. kami bergerak menunggu bas CAT semula untuk kembali ke pangkalan raja tun uda.

Chew Jetty

lokasi seterusnya ialah chew jetty. kami ke sini dengan hanya berjalan kaki sahaja. perjalanan dalam 300m - 400m sahaja. kau nak travel kan? jangan malas jalan kaki. kena rajin. panas takpe. bukan selalu kan? yang tak boleh kena panas boleh beli payung atau pakai topi. senang je solusi dia. 

Tempat Viral Pulau Pinang - Hari Pertama

masuk percuma guys. ada tabung tepi tu. kalau nak bagi sumbangan boleh dengan seikhlas hati. dekat sini ada jual barang juga. kiranya kawasan perumahan orang cina. boleh bergambar. dekat hujung ada tokong. kat situ pun boleh bergambar. jetty ni kecik je sebenarnya. 

Tempat Viral Pulau Pinang - Hari Pertama
air surut
walaupun beg besar, ia bukan satu halangan untuk aku bergambar ya. tak mungkin aku akan lepaskan peluang ni. bila tahun lagi entah aku akan datang sini. mungkin ini terakhir ? ah entah. 

Tempat Viral Pulau Pinang - Hari Pertama

walaupun gayat, aku masih tetap nak berdiri dekat situ. pada setiap kali aku nak berpaling ke belakang dan terpandang air yang bergerak. aku rasa aku macam nak jatuh. hahaha. dan setiap kali itulah aku akan berlari nak ke pangkal awalnya. 

Penang Street Art

perjalanan kami diteruskan ke penang street art. untuk ke sana, kami memilih untuk berjalan kaki lagi. dekat je. tak jauh mana pun. aku tak de gambar untuk dipublish disini untuk tatapan umum. aku akan kongsikan gambar aku selebihnya di instagram. jangan lupa follow ya. lepas dah penat berjalan dan bergambar sekitar sini, perjalanan diteruskan dengan memburu fruitmade. 

Fruitmade

fruitmade terletak di lebuh cannon, george town. ia adalah sebuah 'bar' kecil yang penuh dengan buah. fruitmade mempunyai pencuci mulut yang sangat sedap. ya sedap sebab menggunakan buah asli. ada fake ke? eh bukan. maksud aku, asli tak bercampur dengan benda lain 100% buah kot. sebab rasanya sangat sedap. 

Tempat Viral Pulau Pinang - Hari Pertama

aku order smoothies perisa apa tah. lupa. hahha. tapi sedap. guava? eh entah. serious duh lupa. peach kot? ha peach la berdasarkan gambar. hahahhaha. aiskrim pula kami order perisa mango. serious tak tipu. memang sedap.

Tempat Viral Pulau Pinang - Hari Pertama

peringatan semua, kalau tak pandai makan buah naga jangan order. nanti tak habis. hahaha. aku tak tahu apa rasa buah naga. sebab aku memang tak pernah makan buah naga langsung! diorang membazir guys minum tak habis. hahahha ayukk.

70's Ice Ball

sebenarnya bila makan ais krim buah dan minum smoothie buah, kenyangnya berganda. tapi kenyang air jela. masa ni dah pukul 11 lebih rasanya. kami masih belum boleh check - in. katanya check - in jam 2.30. masa masih panjang. dan kami semua masih perlu  mengheret beban. hahha.

Tempat Viral Pulau Pinang - Hari Pertama

walaupun jam baru menunjukkan jam 11 nak masuk ke 12. teriknya seperti jam 2petang. serious guys. peluh - peluh belakang aku. yang penting, makeup masih on point. phewww ~ 

panas - panas macam ni makan benda sejuk memang seronok. jadi kami cari pula ice ball. ice ball ni berdekatan dengan street art dan fruitmade. jadi tak risau jauh. masih boleh pergi point a ke point b dengan hanya berjalan kaki sahaja. ni macam ais kepal yang dicurah perisa. ada macam - macam perisa yang boleh dipilih. 

geng travel aku kali ini memilih perisa 'abc' kot. im not sure. hahah. aku rasa sikit je benda alah ni. manis. aku tak reti nak gigit ais dia. hahhaha. tunggu cair lambat sangat duhh.

Restoran Kapitan

masa ni memang perut penuh dengan air weyh. tapi fikir nanti tak makan tengahari boleh mati. aku ni dah cepat lapar. jadi nak taknak kami berjalan kaki pula ke restoran kapitan. restoran tu terkenal dengan ayam tandori. ha memang aku pergi pulau pinang ni makan mamak je weyh. HAHAH. aku balik selangor aku taknak tengok mamak! 

Tempat Viral Pulau Pinang - Hari Pertama

menu yang jadi pilihan di sana ialah seperti dalam gambar. aku lupa nama specifik dia. tapi ada ayam tandori lah. sebab ayam tandori dia femes. sedap la. boleh la. tak menyesal beli. nasi ni order dua. sorang setengah. haha sebab banyak. aku lupa yang hari tu hari jumaat. lama betul kami lepak kedai. lupa semua lelaki nak solat jumaat. kah! 

kami pelanggan terakhir. sebab nak kejarkan sampai pukul 2. duduk punya duduk, sampai pinggan kena kutip. itu cara 'halau' paling halus. hahhahaha. 

Check - in Hotel Chennai

akhirnya, setelah sejam lebih di restoran kapitan. kami berangkat ke hotel chennai untuk check - in. aku betul - betul dah barai. beg berat. panas. mata tak larat. badan penat. lepas check - in nak kena keluar balik ni. memang jadual yang fadhilah buat full gila. cuma bijaknya dia aktiviti semua berakhir sebelum malam. hahhaa. jadi, malam ada banyak masa untuk lepas lelah. terima kasih dhi, hugs sikit ! 

Tempat Viral Pulau Pinang - Hari Pertama


Wonder Food Museum

aktiviti seterusnya ialah ke wonder food museum. ini memang tempat wajib setiap kali datang ke pulau pinang. kalau tak datang sini, rugi. hahhaa. aku tak tahu berapa minit dan saat kami berada dalam ni. tapi gambar memang banyak gila. aku terpaksa padam yang  mana tak berkenaan. lepastu aku gabungkan banyak gambar jadi satu sebab nak ruang letak dalam entri. 

jadi nikmatilah gambar - gambar di dalam muzium makanan ni. 

Tempat Viral Pulau Pinang - Hari Pertama

tiket untuk masuk ke muzium ini cuma rm10. kalau korang nak beli gambar yang diorang print, boleh beli dengan harga rm10 sahaja. murah kan? manalah tahu nak buat kenangan kan?

Tempat Viral Pulau Pinang - Hari Pertama
makanan gergasi

Tempat Viral Pulau Pinang - Hari Pertama
meja makan dengan tema masing - masing

Tempat Viral Pulau Pinang - Hari Pertama

Tempat Viral Pulau Pinang - Hari Pertama

Tempat Viral Pulau Pinang - Hari Pertama
travel buddies yang masuk air

Tempat Viral Pulau Pinang - Hari Pertama
patung

yeayyy. akhirnya dah habis dalam muzium. semua makanan palsu dalam ni kelihatan betul - betul nampak real. aku asik tekan je semua makanan. sebab nak pastikan tu tipu. hahha. ya ternyata palsu. penat - penat pun, bergambar sakan. perempuan kan ~ 


Hameed 'Pata' Special Mee (Mee Sotong)

Tempat Viral Pulau Pinang - Hari Pertama

lepas je habis bergambar, kami beransur ke hameed pata special mee. mee yang famous dekat kedai ni ialah mee sotong. not bad. untuk orang yang tak suka pedas, takpayah lah makan. hahaha, nak kata pedas macam samyam tu tidak. tapi, yelah pedas. merahnya mengancam oii. aku order mee sotong goreng. 

Tempat Viral Pulau Pinang - Hari Pertama

untuk aku cakap sedap tu tak la. biasa - biasa je rasa dia. untuk sepinggan dengan harga yang ditawarkan agak berbaloi. oh aku lupa, kau kena beratur panjang untuk menikmati mee sotong ni. lamaa tau. apa yang aku nampak, dia lebih mengutamakan kepada yang bungkus berbanding orang yang datang lebih awal dan beratur. bertabah lah ye. hahhaa



selepas kenyang makan, kami berjalan - jalan ke padang kota. tempat untuk beriadah. tak ada apa yang menarik. sekadar tempat bersantai - santai. padang kota ni sebelah dia pantai kot. tapi tak boleh turun, sebab ada tembok. sekadar nak tengok - tengok duduk kat tembok tu boleh la. 

ramai mat motor. sempat jugak aku pandang jeling - jeling. ternyata tak ada yang pandang aku semula. hahahhaa nampak gaya kena duduk satu level dengan retis ni, baru ada orang pandang. KAHKAH! 


Keistimewaan Hotel Chennai

apa yang menarik nya bila korang menginap dekat sini ialah ada jakuzi di rooftop. boleh lepak - lepak menikmati pemandangan malam. ada buaian dan kerusi meja disediakan. dibuka sehingga jam 1 pagi. menarik kan? tapi kami lepak sekejap je dekat situ. kebetulan maghrib sedang menghampiri. 


malam tu, kami tidur dengan nyenyak. ainul? tidur satu katil dia sorang. kesian isna ruang yang minimum. fadhilah beruntung sebab dapat tidur dengan aku. aku tidur sopan. HAHHAHA. weyh korang, entri ini adalah hari pertama. aku akan sambung menulis untuk hari kedua dan ketiga pada entri seterusnya. harap tak bosan menunggu dan baca. terima kasih ya.

bajet kewangan 3hari2 malam di pulau pinang
tiket bas pergi dan balik + hotel 3hari2malam + tiket feri + grab + wonder food museum + tiket bukit bendera ( + tiket gallery bees)  = rm230

bajet hari pertama (makan sahaja)
transfer road ; roti goyang + teh o ais + roti banjir = rm14
fruitmade ; aiskrim + smoothies = rm9
restoran kapitan ; nasi + ayam tandori = rm10
hameed pata special mee ; mee sotong + teh o ais limau  = rm7
total : rm40

untuk bajet hari kedua dan ketiga beserta total, tunggu di entri seterusnya ya? okay aku chau dulu. bbye

hari pertama di pulau pinang
hari kedua di pulau pinang
hari ketiga di pulau pinang

2 comments:

  1. Seronok juga backpackers. Tapi ai tak mampu nak galas beg ke hulu hilir. Patah bahu kecil molek ai ni. Huhuhu

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.