Pergi Klinik Dan Disahkan Doktor

 

Pergi Klinik Dan Disahkan Doktor

berikutan dari hal aku yang memanjang pening, aku akhirnya ke klinik swasta berhampiran untuk menyemak kadar kesihatan aku. aku ke klink aurora seksyen 13 shah alam. terletak berhadapan dengan aeon mall shah alam .


Klinik Aurora Seksyen 13 Shah Alam

aku suka pergi klinik ni sebab klinik ni adalah klinik 24jam. cuma kos dan harga rawatan bagi waktu tengah malam dan awal pagi agak mahal. aku tiba di klinik sekitar petang. mungkin dalam jam 4petang macam tu. masa aku sampai ada beberapa pesakit lain yang datang bersama anak mereka yang kurang sihat. kami duduk berjarak. 

aku picit loceng untuk memanggil jururawat bertugas. seorang wanita berbangsa melayu datang dan menyambut aku dengan senyuman manis. beliau meminta aku kad pengenalan dan meminta untuk aku duduk. dalam pada itu, tangannya tak henti 'menghempas kecil' keyboard komputer dan sesekali risau dengan aku. komputer sedang jammed. dipanggilnya seorang jururawat lain untuk menyelesaikan masalah komputer berkenaan. 

kad pengenalan berpindah milik. komputer di restart dan berlalu duduk di kerusi tersedia sambil dihadiahkan wajah kelat jururawat berbangsa india. huh. 

skrin telah kembali seperti sedia kala dan jururawat india telah memulangkan semula kad pengenalan aku. aku hanya perlu tunggu nama dipanggil. 


Pergi Klinik Dan Disahkan Doktor


Doktor Keluarkan Surat

setelah melakukan beberapa ujian 'otak', doktor mengesahkan aku normal. namun disebabkan pening aku tak kunjung hilang, doktor telah mengeluarkan surat untuk aku refer ke hospital kerajaan. hospital terdekat ialah hospital shah alam. 

Pergi Klinik Dan Disahkan Doktor

pada 15 ogos 2023, aku mengambil cuti untuk ke hospital kerajaan. prosesnya agak rumit dan aku hampir hilang sabar. mula - mula aku terus ke kaunter hasil dan mengambil nombor. di kaunter aku telah serahkan surat dan aku diminta untuk terus ke blok sebelah tingkat 5 (aku lupa nama jabatan). aku sampai kaunter hasil sekitar jam 8pagi dan nombor dipanggil sekitar 8.20pagi.
 
naik lah aku ke tingkat 5 blok sebelah. selain aku, ada lagi beberapa pesakit yang datang bersama surat masing - masing. aku meletakkan surat di kotak yang disediakan. aku mula menunggu nama dipanggil hampir sahaja 2jam. mengurut dada aku. setelah nama dipanggil oleh jururawat kaunter, aku diminta untuk pergi ke klinik seksyen 7 untuk menukar surat. 

aku hanya perlu berjalan kaki sekitar beberapa ratus kilometer untuk sampai ke klinik seksyen 7. nama aku dipanggil setelah hampir 2 jam hanya untuk mendapatkan arahan "puan boleh terus ke klinik bagi tujuan tukar surat ya. kerana surat puan datang dari klinik swasta. takut bayarannya agak mahal". masyaallah ~ kalau dari tadi dia baca surat aku dan minta tukar awal kan senang. 

sesampainya di klinik, aku terus berikan surat kepada jururawat bertugas. tak lama kemudian aku terima surat baru. kedua - dua surat berkenaan aku bawa ke kaunter hasil dan menunggu giliran sekali lagi untuk buat pembayaran. kemudian aku ke blok sebelah tingkat 5 dan menunggu giliran sekali lagi. sekitar jam 11 baru nama aku dipanggil. 


Aku Disahkan Normal

sama sama prosesnya di klinik swasta. aku melakukan beberapa ujian otak dan tambahan lain. sepertinya ditolak dari sisi terus jatuh ke bawah; kiri dan kanan. kepala aku pening bahagian dalam. mata aku normal. telinga aku normal. walaupun ada kala berdesing tak tentu hala. seumpamanya orang yang baru baik demam dan alami kepala pusing. 

syukur saja bukan sekeliling aku yang berpusing. jika ini terjadi, aku mungkin hanya akan terbaring dan tak mampu melakukan apa - apa. waktu ini makanan dah tak jadi rutin untuk aku. aku hanya makan bila perlu. makan apa adanya. kuantiti sedikit kadang tak mampu habiskan. tak lalu nak makan makanan kegemaran. aku lebih suka nasi kosong bersama sambal belacan yang dijadikan kuah dan lauk seperti ayam / ikan goreng / ikan masin. sudah cukup. membayangkan makanan kegemaran sahaja buat aku kembang tekak tak lalu. aku ambil masa yang agak lama untuk menghabiskan makanan dalam pinggan walaupun nasi aku tidak lah banyak mana. letih rasanya. 

selepas mengahbiskan beberapa ujian dan disahkan normal, doktor memberikan aku temujanji selepas 3 bulan untuk memantau keadaan aku. selain itu aku juga minta sijil sakit. alang - alang dah buang masa di hospital kan. 

Pergi Klinik Dan Disahkan Doktor

entah. tunggu lah lagi 3 bulan nanti. ni masih pening. hari - hari pening. mujur peningnya tak seteruk kali pertama pening. habis sekeliling aku berputar dan aku rasa seperti nak rebah. terpaksa jalan senget untuk kekal 'tegak' kan badan. kesian bukan? 

Post a Comment

2 Comments

  1. Moga diberikan kesembuhan yang terbaik

    ReplyDelete
  2. ada buat full blood test tak? ammi haritu pening sepanjang masa...solat pun tak boleh balance masa berdiri rasa nak tumbang..siap kadang2 terjongket sebelah kaki. buat blood test rupanya baca CA tu tinggi...ada cyst dalam ovari. mmg cyst boleh akibatkan darah kita jadi tak normal dan itulah penyebab pening berterusan. kalau ada duit extra cuba buat full blood test ye

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.