Teruntuk Anak Bonda; Ulangtahun Kelahiran 2

Teruntuk Anak Bonda; Ulangtahun Kelahiran 2

aku cakap dengan iwan nak masak laksa johor untuk mak, kalau mak datang rumah. sekali tu girl whatsapp iwan bertanya kan tentang hari lahir aisy. jadi mereka datang ke rumah hujung minggu lalu. 

kitorang sambut awal sikit dari hari sepatutnya; memandangkan tarikh sebenar jatuh pada hari biasa dan semua orang pula bekerja. 

yela. seorang anak yang baru menginjak ke angka 2; sebenarnya tak pernah peduli pun adakah hari lahirnya di sambut atau tidak. namun, jika suatu hari nanti ia dewasa. persoalan ini akan selalu bertanya - tanya di hati. 

Teruntuk Anak Bonda; Ulangtahun Kelahiran 2

raikan sahaja. walau bagaimana pun sambutannya. tidak perlu hadiah. cukup sekadar ia dirai. ikut lah macam mana. asalkan pada hari ia dirai, senyumnya sampai ke telinga. 

aku dah call mak awal - awal untuk mengesahkan; adakah mak makan laksa johor. mak okay je. dan 1 hari sebelum mak datang, mak bagitahu nak datang dengan makcik yang lain. kitorang okayy je, sebab memang masak banyak hehhee.


Teruntuk Anak Bonda; Ulangtahun Kelahiran 2



Sambut Hari Lahir 2 Tahun Anak Bonda

Teruntuk Anak Bonda; Ulangtahun Kelahiran 2

sambutan 1 tahun anak bonda dulu, kitorang sambut dekat genting highlands. syok je sejuk. anak bonda pun masa ni banyak tidur je. sekarang; masyaallah. aktif betul. nak ambil gambar pun kena grip dulu ya. kalau tidak, macam cacing kepanasan.

Teruntuk Anak Bonda; Ulangtahun Kelahiran 2

masa dekat genting dulu, sambut bertiga je. ada bonda, ada baba, ada anak bonda. kali ni sambutan hari lahir anak bonda, ada keluarga besar. ada nenek 3 orang, ada aunty 2 orang, dan bondababa. seronok anak bonda, semua orang melayankan perangai manja ngada ngada.



Masak Laksa Johor dan Cheesekut

Teruntuk Anak Bonda; Ulangtahun Kelahiran 2

ini kali kedua bonda masak laksa johor. kali pertama dulu, masa dekat rumah suria jaya. jemputannya ada dari keluarga baba dan bonda. rumah kecil. nasib baik para tetamu datang bergilir - gilir. diorang berjanji agaknya. 

cheesekut pula kali pertama; menjadi pula. aunty semua cakap sedap. cuma lapisan cheese agak nipislah bonda rasa. tiba - tiba dapat tempahan pula dari girl untuk majlis malam berinai. alamak ~

Teruntuk Anak Bonda; Ulangtahun Kelahiran 2
nampak gojes juga rupa bentuk cheesekut bonda HAHHAH



Hadiah Dari Nenek dan Aunty

alhamdulillah rezeki anak bonda. aunty belikan hotwheel set. lepastu nenek lily belikan lori. amboi ~ bonda je belum belikan apa - apa untuk anak bonda. hehehe. baba dah belikan anak bonda kereta kontrol walaupun bukan dia yang main hahahah. 

sebab anak bonda tolak kereta secara manual bukan guna alat kawalan jauh yang tersedia. 

Teruntuk Anak Bonda; Ulangtahun Kelahiran 2

masa aunty panggil anak bonda, bukan main eh. terus masukkan tangan dalam beg kertas. tapi aunty cakap kena salam dengan cium dulu baru dapat hadiah. 

anak bonda pun apa lagi. nak hadiah punya pasal. sanggup dia. 

banyak juga hotwheels nya. dapat je terus anak bonda minta buka kan bungkusan. tak sabar nak main dia. 

comel anak bonda. semua orang kena layan dia main kereta tu. 


Teruntuk Anak BondaBaba 

Teruntuk Anak Bonda; Ulangtahun Kelahiran 2

teruntuk anak bonda. 

sudah sampai anakanda ke angka dua.
sekejap sahaja rasa.
masa yang berlalu tak terasa.

bonda masih rindu. 
bau anakanda yang belum mandi penuh syahdu. 
ingin sekali rasa hati;
memeluk anakanda selamanya.

namun bonda sedar.
betapa.
anakanda akan tumbuh besar;
dan berjalan sendirian,
atau berteman,
tanpa bonda.


Anak Bonda, sayang.

Ingin sekali Bonda menikmati waktu kecilmu tiap waktu,
mendengar dan melihat kamu tumbuh,
perlahan-lahan.

Sebelum waktu membawa semuanya menjadi kenang-kenangan,
yang tak mungkin diulang - ulang.

Anak Bonda, sayang.

Selamat umur dua (2), anak Bonda.

Semoga menjadi apa pun nanti,
walau langkahmu panjang,
anakanda tak lupa jalan pulang —
dan Bonda akan selalu menunggumu.

Semoga hidup kan selalu menemukanmu
dengan hal-hal yang baik. 🤍

bondababa loveyouuusosomuch okay

🌿 Ruang Bicara

0 Comments