Selamat Hari Raya 2023

 Selamat Hari Raya 2023

assalamualaikum korang. macam biasalah kan. setiap tahun akan ada entri hari raya. kalau nak baca raya - raya yang tahun lepas punya, boleh je. search dekat blog. ada button search kan? disebabkan tahun lepas dah beraya dekat kuantan (blah aku), tahun ni blah suami pula. tak sia - sia tahun lepas raya dekat kuantan. sebab tahun ni semua orang (majoriti) blah suami beraya di melaka. 


Raya 2023 Di Melaka

disebabkan raya hari sabtu, aku dan laki ku cuti lah awal sehari dan menuju melaka. cuma aku mengada sikit taknak duduk rumah kampung. bukan sebab tak selesa tidur melewah, tapi sebab kena pakai baju lengan panjang, tudung 24jam. silap - silap bau ketiak je sebab ketiak basah. melaka panas weh. bukan melaka jelah, rasanya semua negeri tengah alami panas yang tinggi.

selepas berlabuh dekat chalet, kitorang melepak dekat rumah kampung. lakiku kata nama kampung yang kitorang pergi tu kampung ramuan cina. selalu lupa. datanglah banyak kali tetaplah lupa. tanya jalan lagilah. macam tak pernah pergi dan tengok langsung. pelik kan? takpelah waze ada. tak sesat. 

Masak Lemang dan Potong Daging

Selamat Hari Raya 2023

aktiviti dipanas terik waktu itu ialah memotong daging didapur, sayur - sayuran dan membakar lemang. lemang tu lelaki yang buat. kengkonon cari kayu api, panaskan kayu nak buat bara. yang buat lemang nya sorang je. yang lain tu kengkonong lah buat sibuk. hahahhahaah gurau.

rasanya ini kali pertama aku ada pengalaman beraya di kampung sesambil bakar lemang. sebelum ni beli dah siap dan kurang sedap. aku pun taktahu lah lemang sedap tu rasa macam mana. bagi aku sedap kalau pulut tu lembut, cukup rasa, tak basi, tak kering sangat. hahaha. maklumlah tak tahu.

Selamat Hari Raya 2023
pakar lemang

yang 'membancuh' beras tu ayie. yang cari kayu dengan beli buluh tu angah dengan lakiku. yang lain tak ingat. tapi ada lah lagi yang buat kerja. cuma tak berapa nak ingat.

Selamat Hari Raya 2023

jadi perempuan kerja nya didapur. cuma sesekali aku mengelat pergi tengok orang bakar lemang. yang terpaling rajin didapur semestinya tukang masak, mia dan madi. aku tak, sebab aku banyak mengelat hahahha. ambil angin dekat luar. kipas tu hala ke aku, tapi angin dia melilau. 

pengalaman raya dekat sini best. umur pun macam baya - baya kita je. senang keep in touch la. sempat berbuka puasa disini. penuh rumah. kenyang aku. tak ada susah fikir nak makan dekat mana memandang banyak kedai tutup. seksa duduk melaka time raya ni. semua kedai tutup. 

lepas dah kenyang makan aku dan laki ku pun balik untuk berehat. mengosok baju, mandi, tengok tv, main game dan lain - lain.

Raya Sampai Muntah

Selamat Hari Raya 2023

betul lah tajuk tu. raya sampai muntah. hahahha. hari raya pertama beraya sampai malam. tapi rasanya aku dan laki ku balik awal dari yang lain. alasan nya sebab dah barai. 


Raya Pertama

tema baju hari raya 2023 kali ini ialah putih. aku dengar warna putih ni mula nak gangguan panik. risau. macam - macam yang ganggu fikiran aku. kejap - kejap susah tidur. kejap - kejap terlebih fikir. kejap - kejap nafas hilang. macam - macam lah. sakit hati aku. jiwanya terlalu kacau bilau dan tak tenteram. 

akhirnya warna putih dapat digayakan dengan baik pada hari raya pertama 2023. gambar aku pun helok. kamera semua orang pun semua cantik - cantik. semua orang boleh jadi tukang ambil gambar. 

Selamat Hari Raya 2023
keluarga belah suami

tahun lepas tak dapat beraya dengan mak ayah mertua, adik - adik ipar. tahun ni rezeki sebab semua orang ada. cuma athirah je yang tak ada pada hari raya tahun ni. semua cantik dan hensem di pagi hari raya ni. heee. 


Selamat Hari Raya 2023

kelakar bila beratur panjang menunggu giliran. tengok orang beraya meminta maaf, kita sakan gelak membahan dekat belakang. bila sampai giliran kita, siap dapat tisu. nasib baik tak beria nangis. kalau tak susahlah nanti 24jam ada hingus. raya kali ni memang resdung aku tak mengganas sebab bagi aku peluang bergembira di hari raya. 

seronoknya dapat makan kuah lodeh dengan nasi impit. dekat entri selamat hari raya tahun 2022 aku ada cakap pasal sambal ikan bilis mama cikjue. aku dapat makan sikit sebab rumah ucu ialah rumah terakhir. jadi perut memang dah penuh sangat. kali ni dapat makan benda yang sama, ya allah nikmatnya. berair lah hidung aku pagi tu sebab pedas tapi sedap. kali ni dah tak teringat - ingat sebab dah lepas rasa puas. sambal ikan bilis dan nasi impit kuah lodeh. berbaloi makan awal. kalau hujung - hujung takut makan sikit dan kempunan makan tak puas. 

lupa nak cakap. lemang ayie buat sedap guys. lembut je makan. tak ubah macam rasa lemang. dia pro lemang. lagipun pandai masak. untung isteri beliau.  


Duit Raya

Selamat Hari Raya 2023

tahun ni macam rezeki lebih. adik - adik ipar bagi duit raya. makcik pakcik pun bagi duit raya. terasa macam baby pula eh tiba ~ 

semoga gina dan irsyad (dan juga pakcik makcik semua) dimurah rezeki didunia dan diakhirat. semoga semua urusan dipermudahkan. semoga itu semoga ini. 


lepas dah bersalaman, kitorang semua ke kubur bagi menziarahi kubur atuk/nenek dan juga kubur pak ude. semoga roh mereka dicucuri rahmat dari allah swt. semoga urusan mereka disana dipermudah. 

selesai berziarah, bergerak lah semua ke rumah yang pertama dan seterusnya. boleh lah tengok gambar dekat bawah. 

Selamat Hari Raya 2023

Selepas beraya disini (gambar atas), aku dan lakiku berjalan seiring bersama Ica. Eh tiba - tiba dia tanya "mana anak?" macam terpaku 5saat. Selalu makcik pakcik je tanya. Ni budak kecik. Kelakar betul. Tak terfikir apa langsung. 

Aku jawab, belum ada lagi. Iwan pula jawab ramai. Anak tekak, anak mata. Lepastu Kak Sofea pandang kitorang (mama Ica). Mesti Kak Sofea pun macam kenapalah Ica tanya soalan tu. 

Dirumah seterusnya aku borak dengan Ica. Rupanya 'anak' yang dia tanya tu adik aku. Ica pernah jumpa rasanya masa Kak Sofea datang beraya dekat rumah. First time ni kena interview dengan budak kecik. Terkesima jap. Hahahaha. Comel betul lah Ica ni. Banyak kitorang sembang. 

de best and cuties cousin

aku rasa macam banyak je rumah beraya cuma macam tak ada gambar pula nak letak. macam tak jumpa. kalau ada nanti aku kemaskini lah semula ya. semua rumah menyajikan makanan sedap. termakan itik dihari raya. tapi tak mematahkan semangat aku untuk makan dan makan lagi. rasa je semua. kalau rasa nak muntah tu, keluarkan jela muntah tu sambung makan. hahahha gitu. 

kan tadi aku cakap aku gerak awal. mungkin dalam maghrib macam tu aku dan laki ku dah tak join diorang. malam tu lapar. mencari lah makan sampai dekat tanjung minyak. aku taktahu tempat ni. aku tulis je. orang melaka tahu lah kot. lagipun tadi dah sahkan dengan laki ku. hahahhaha. aku tidur je dekat sebelah. sebab macam tak sihat pula tiba - tiba. 

Raya Kedua

Selamat Hari Raya 2023

raya kedua ni mencabar sikit. sebab makcik pakcik, cousin semua kaki tiktok. kena join lah meramaikan suasana dan buat - buat raso. walaupun kelihatan kerdil sebab semua cantik - cantik. hehhee. nampak lah macam into the scene. video tiktok boleh klik pautan @anamsr88 dan juga @anamsr88 . 

Selamat Hari Raya 2023Selamat Hari Raya 2023


Selamat Hari Raya 2023

Boleh dikatakan setiap kali nak keluar dari rumah, mesti kasut aku diculik. Dhia suspek utama. Hahahah. Berkenan betul dia dengan kasut aku. Mungkin sebab warna merah jambu lepastu ada tumit. Budak kecik kan suka kasut tumit tinggi. Macam aku dulu la zaman kecik - kecik. Rasa dah cantik dan bergaya betul waktu tu. 

Selamat Hari Raya 2023
rumah pakngah makngah

Selamat Hari Raya 2023
kedai mak ude

Selamat Hari Raya 2023
rumah cik miah

Selamat Hari Raya 2023
rumah makteh

rumah yang aku fikir rumah terakhir ni rumah terpaling meriah lah kot kan? ada bunga api besar yang boleh menerangi seluruh melaka. tak tahu berapa das tembak langit. hahaha. dengan makanan sedap tapi tak sempat rasanya. aaaaaaa. masa ni dah pukul 12pagi.  

extra dapat duit raya dari tuan rumah. meriah betul. seronok bapak budak mak budak kanak - kanak beratur nak ambil giliran duit raya. aku cakap dengan lakiku untuk balik. jadi pukul 12pagi tu terus lah bergerak ke shah alam. 


Bergerak Balik Shah Alam

rupanya habis raya kedua tu sampai 2 3 pagi kot diorang beraya. nasib baik lah dah balik. sepanjang perjalanan aku pejam mata. kepala pening. muntah cirit birit batuk. semua pakej dapat. demam macam nak tak nak je datang. nasib baik cepat sembuh. aku ni dah mula rasa takut panik. risau. 

memang raya tahun ni macam menempa penyakit lah kan. dengan panas terik nya. minum manis nya. 


Raya di Selangor

Selamat Hari Raya 2023

raya di selangor tak ada apa sangat. hari raya keberapa entah baru aku beraya dengan keluarga aku. tak macam raya pun, sebab tak pakai baju raya. hahahha. makan malam siap. lepastu balik rumah. esok nya beraya dekat kuala selangor untuk raya di rumah jazeera. mama nya dulu cikgu sekolah smk seri tanjong kuala selangor. mengajar subjek kemahiran hidup ekonomi rumah tangga masa tingkatan 1 kot? 

lama betul tak jumpa. last dekat kuala selangor tahun 2010 HAHAHHA. jazeera sekarang dah jadi doktor. apa yang dia cita - citakan masa sekolah dulu dah jadi kenyataan. aku pernah abadikan nama jazeera dalam blog aku di entri ini smkst dan kenangan zaman muda

jazeera masih kekal kurus dan bercakap dalam lenggok yang manis. suara nya masih sedap didengar dan masih teratur. kaki pidato dulu. 

Selamat Hari Raya 2023

lepastu esoknya lagi aku pergi beraya dekat meru. kengkonon lah nak beraya rumah makteh. tapi tulah. kena game hahaha. kelakar. call siap cakap otw. walhal orang tu ada dekat kuantan. dua - dua salah faham. bergambar depan rumah makteh jelah. semoga makteh dan keluarga cepat sihat dari demam. 

selain tu, aku ada juga ikut mak ayah aku beraya ni rumah atuk sedara di meru. selain tu beraya di rumah adik aku yang terletak berdekatan dengan rumah mak. 

Aku tak ada gambar raya dengan keluarga aku. Sebab vibe raya dah berlalu. 

itu sahaja untuk raya kali ini. terima kasih semua yang menceriakan dan menggemberikan sepanjang hari raya di tahun 2023. semoga berjumpa lagi kita di raya tahun hadapan. 

kepada semua pembaca blog kanvasdakwat, admin ingin meminta maaf zahir batin jika ada terkasar bahasa, perkataan yang mengguris, juga menghiris sepanjang berkecimpung dalam dunia blog dan juga penerbitan blog. 

Post a Comment

1 Comments

  1. salam.aidilfitri utk mieza sekeluarga... wahh meriah betul bla dpt berkumpul ramai2 ni👍👍👍

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.