assalamualaikum rakyat jelata KD. weyh, betul lah. aku tak ada masa langsung nak menulis. aku lebih sibuk susun jadual balik kerja nak masak, mandi, makan, layan suami, tengok tv, scroll tiktok, tidur, bangun, pergi kerja. ulang sampai abang jamil meninggal.
entah. mungkin aku masih baru nak belajar terima jadual kehidupan selepas bergelar isteri. walaupun kalau ikutkan aku dah menjalani kehidupan sebagai isteri selama 7 bulan. sekejap je kan masa berlalu. macam baru semalam suami aku lafazkan akad, dan aku sedang goyang - goyang kerusi macam tak boleh duduk diam sementara nak menunggu "sah...".
Raya di Kuantan
disebabkkan dah 2 tahun tak dapat balik kampung mak, keluarga aku semuanya beraya di kuantan. kalau ikutkan, aku raya belah suami lah kan? tapi mak aku pujuk iwan, suruh raya di kuantan. lagipun orang belah sana belum ada yang pernah tengok suami aku. masa nikah dan majlis kahwin haritu, ada sedara yang tak ada.
atas ihsan suami, dapatlah aku berkumpul di kuantan bersama keluarga payah juga ya selepas kahwin ni. suami dan isteri. keduanya masih beribu dan berbapa. ibu dan bapa kita ada kampung masing - masing. kalau ikut logik, ketika raya mesti kita akan pulang berkumpul di kampung halaman rumah nenek atuk (belah ayah atau belah emak).
bila dah kawin ni, lagi - lagi bila isu raya giliran siapa. dua - dua mak ayah berharap, anak nya ada dikampung. mak ayah suami mengharapkan anaknya ada disisi. begitu juga mak ayah isteri. macam zaman solo. mak ayah balik kampung, mesti muka kita ada sekali. HAHAH. aku cakap dengan mak aku macam ni "kalau macam tu tak payah kahwin la. boleh follow rapat dekat belakang."
ni kejap lagi sambut raya haji, mesti aku kena menjawab lagi. letih. kang aku duduk rumah je kang. tak payah pergi mana mana. terasa macam belum jadi isteri dan terasa macam masih anak kecil yang perlu menyendeng - nyendeng ke mana hala mak ayah aku pergi. kalau tak pergi kena bebel sebakul. aduh pening. hahahha
Raya Terkejut
raya di kuantan tak berapa meriah. ingat kan semua ada disana, tapi sebabkan raya mengejut. ada yang tak boleh nak balik waktu itu juga. ada yang terpaksa menyiapkan tempahan dan sebagainya. dan setiap tahun pastinya, salam raya akan bermula jam 12 / 1 petang. HAHAH.
pagi tu walaupun semua orang dah bangun awal, lelaki akan menakluki bilik air untuk mandi berkejaran pergi sembahyang raya. perempuan pula, akan awal - awal nya menyiapkan hidangan dan sarapan untuk lelaki dan seisi rumah. termasuk juga menyiapkan anak kecil, mandi untuk diri sendiri dan mekap paling penting. sudahnya semua kelaut. hahahaa. namun salam raya tetap diteruskan dengan baju yang berpeluh.
kemudian akan habiskan masa dengan beraya rumah jiran terdekat.
aku bertolak ke kuantan pada bulan puasa. yang tiba - tiba kecoh di whatsapp mengatakan esok raya. baru ingat, esok nak berbuka bersama keluarga. sudahnya esok dah raya. selamatlah baju semua dah siap iron tak ada apa nak dikejarkan sangat. paling best tak payah pening nak iron baju orang lain hahahhaha. itu terpaling utama.
hari raya pertama dikuantan, tiada apa sangat aktivitinya. selepas salam raya, rehat sebentar. kemudian bersiar - siar di bandar kuantan habiskan masa yang ada. ke east cost mall, pantai teluk cempedak, makan mcd, hujan, dan pulang ke rumah nenek semula.
tengok lah perangai baby gajah ni hahah ,geram je aku |
aku beraya di kuantan selama 1 hari setengah sahaja. esoknya, selepas bersiap - siap. semua keluarga dirumah berangkat ke rumah paksu untuk makan - makan (rumah terbuka). selepas makan, ,aku dan suami aku bergerak ke melaka pula untuk beraya dikampung suami.
Raya di Melaka
raya di melaka ni, sama macam raya dikuantan. rakyatnya memang ramai. kalau menunggu / bersiap lama sampai kena sidai tu benda biasa. jadi rilek jela. hahaha. kalau macam keluarga blah mak aku, dorang macam maleh nak bergambar. mungkin sebab ramai anak kecik lagi. macam keluarga blah iwan, lambat tak lambat. gambar wajib ada. hahahaha. itu yang kita mahu.
aku tidur dekat rumah nenek blah mak iwan. tak payah la tanya dekat mana. yang penting melaka. hahaha. rumah paksu aku sendiri pun aku dah lupa, ini kan lagi makcik - makcik nenek iwan. aku ni susah nak mengingat nama tempat. nama orang pun kadang - kadang aku lupa.
aku baru teringat. aku tak ada gambar raya dengan keluarga blah nenek iwan, mak iwan, dan makcik makcik iwan. alahai.
Makan dan Makan
dekat melaka memang lepas makan, makan lagi. raya ketiga tu singgah rumah ucu sekejap. dapat makan nasi impit dengan kuah lontong. weyh sedap. sambal ikan bilis mama cikjue. aduh. haaha. aku teringat - ingat je sambal ikan bilis ni.
memang semua pandai masak. kenyang aku. dekat sini mengantuk - ngantuk aku. hahahha.
lepastu bergerak ke rumah nenek sedara. aku lupa nama nya. nek busu. nek busu ni ada 2. nek busu yang ni aku tak pernah jumpa. gambar nya ada dekat bawah.
nek busu lagi satu, aku dah pernah jumpa dua tiga kali kot. tapi nek busu apa tah panggilannya hahaha. aduh lupaaa. yang tu tak ada gambar sebab aku gerak awal. terus pergi rumah cousin iwan kot. jumpa cousin - cousin yang lain. lepak - lepak lepastu plan pergi berjimba.
tengok wayang dekat dataran pahlawan. rasanya la ~ ahahha. tak sangka terserempak dengan ayah dan mama dekat sana. kita semua tengok cerita yang sama, bezanya waktu cerita ditayangkan. mama dengan ayah tayangan bermula jam 10.50pm macam tu.
aku, iwan dan cousin yang lain. tayangan bermula jam 11pm. tengok cerita apa eh ah lupa. tak bergambar dengan tiket. aku sekarang maleh nak bergambar sebab 'kurus' dah. hahaha
ingatkan habis tengok wayang boleh la mengopi. rupanya banyak pulak kedai tutup. lepak mamak kena sidai. mamak ke india ke tak tahu la. tapi kedainya kotor dan sangat lambat. alih - alih jam 3.30 macam tu, iwan ajak gerak balik kuala lumpur.
3.30 pagi guys. hahaha. akan ada sambungannya nanti ~ tunggu jelah bila. hahaha
2 Comments
jemput singgah... bertuah lengkap bersama keluarga time hari raya :D.. https://ngobrolwae.blogspot.com/2022/06/earn-extra-using-social-media.html
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat meraikan hari raya bersama keluarga
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.