Rindu SMK Seri Tanjong Part 1

Rindu SMK Seri Tanjong




Entah lah Tiba - tiba je rasa rindu membuak - buak tak terhahan nak menulis pasal sekolah. SMK Seri Tanjong Kuala Selangor. Rindu sangat. Aku rindu cikgu - cikgu dekat situ. Semua cikgu lama. Jadi dapat lah aku pengalaman menimba ilmu dengan orang lama. Macam zaman dulu. Pernah dengar ke nama SMK Seri Tajong ni?

Aku duduk Shah Alam. Tapi lepas UPSR aku terasa macam nak hidup berdikari. Jadi maklong aku yang banyak tolong selesaikan urusan aku (baca: memandangkan rumah dia memang dekat area Kuala Selangor). Sebab sebelum aku masuk sana, sepupu aku yang namanya Fatin Suhaimi dah masuk awal dulu. Jadi ada pengalaman sikit lah macam mana kan? Macam aku, duduk Shah Alam lepastu gedik nak sekolah Kuala Selangor. Kena turun naik Pejabat Daerah selesaikan hal tersebut. Tapi bukan aku yang susah. Aku ikut je. Hehehe.

Akhirnya aku pun berpeluang masuk sekolah ni. Sekolah ni bukan lah sekolah sains, atau MRSM. Biasa - biasa je. Tapi aku tetap nak rasa duduk asrama. Masa ni kelas pun aku tak dapat lagi. Aku tak ada kawan langsung. Aku sorang - sorang. Budak  - budak lain semua dah ber partner (baca: sebab kawan dari sekolah rendah).

Hampa~

Nama aku memang tak da ni. Lepastu maklong aku tolong masukkan aku dekat kelas Efisyen (baca: Kelas Rancangan Khas) untuk budak - budak yang dapat keputusan UPSR 5A, 4A. Aku rasa aku sorang je yang dapat 3A. Malu gila. Tapi diorang tak tahu pun berapa keputusan aku. Jadi buat tak tahu dah la.

Masuk dalam kelas semua pandang. Sebab aku paling lambat. Kelas ni ada 3 baris. Kanan, tengah dan kiri. Aku duduk tengah barisan belakang. Depan aku semua lelaki. Aku ada juga pandang perempuan - perempuan yang duduk barisan belah kiri. Tapi pandang jela. Nampak sombong dan bongkah (baca: Kahkahkah). Jadi aku ni pemalu. Aku pun ah lantak aku lah nak duduk mana pun. Masa ni hati aku berdegup laju. Sebab takut dan malu.

Masa tengah duduk ni, ada seorang perempuan panggil.

 "Awak, sini lah duduk dengan kitorang".

Aku pun mengenangkan tiada kawan, muka pecah. Maka bila ada manusia yang panggil aku dah cukup bertuah. Aku pun bangun duduk dengan diorang. Maka sesi perkenalan pertama. Mula tanya nama, duduk mana, sekolah mana, keputusan berapa (baca: alaa macam tak biasa kan?). Gedik sakai. Zaman - zaman buat biodata. Aku pun tersipu - sipu mintak biodata seorang demi seorang.

Jazeera Julaili
Nadia Natasya (baca: selalu silap panggil Nadia jadi Diana)
Diana Abdul Halim (baca: selalu silap panggil Diana jadi Nadia)
Nor Aqilah.
Ainor Rashidah
Ain (lupa nama sebab kenal dia sekejap je lepastu dia pindah)

Ni je rasanya. Kalau ada yang tak ditaip namanya, mungkin sebab aku tak pernah berinteraksi dengan mereka. Lepastu aku jadi rapat dengan diorang ni. Pergi mana - mana mesti sekali. Rehat sama - sama. Semua sama - sama lah. Paling masuk kepala dengan Jazeera. Sebab suka melayan aku. Yang lain - lain tu di pinggiran je. Nak tak nak dengar lawak aku yang tak jadi. Seronok kawan dengann diorang. Walaupun diorang semua dah berkawan sejak sekolah rendah, tapi diorang tak pinggirkan aku pun. Yela aku ni duduk jauh dari keluarga buat pertama kali kan. Terima kasih lah kalian sebab sayang dekat aku (baca: perasan kejap).

Diorang tak kedekut ilmu. Kalau aku tak faham diorang ajar. Tak de pun nak buat aku bayang - bayang malam. Kalau korang faham, zaman sekolah atau di universiti pelajar yang otak kurang cerdik dan tidak cantik/hensem kalau tak faham apa - apa diajukan pada lelaki/perempuan pandai mesti jawapannya "nanti kejap tunggu aku siapkan kerja aku." "Jap. Aku pun tak faham" "Kau tanya lah orang lain." kecuali orang yang tanya tu memang kawan dia. Kalau tak rapat jangan harap lah nak buang masa tolong. Betul atau tak, benda ni pengalaman individu. Mungkin aku je yang pernah rasa.

Kehulur - kehilir aku banyak dengan diorang. Aku tak pandang langsung  budak asrama. Sebab aku tak rapat. Okay sampai sini je cerita aku. Nanti aku sambung lagi. Part 2. Sekian ~

Post a Comment

2 Comments

  1. Join lah persatuan alumni SMKST kuala Selangor. 1 Julai ini ada perjumpaan hari raya.

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.