assalamualaikum korang.
nak cerita dengan korang, haritu aku pergi gold cost morib. setelah sekian lama tak jejak kaki ke sini. kali terakhir aku pergi ke sini entah tahun berapa bersama hari keluarga tempat kerja ayah aku. tak ingat lah menginap ke tidak. aku cuma ingat bayang - bayang aku pernah keluar daripada kereta dan kawasan lapang tempat letak kereta tu berdepan dengan bangunan apartment gold cost morib.
hanya itulah bayang - bayang yang muncul dalam gambaran kenangan difikiran aku. dengan jelas ~
Bertolak ke Gold Cost Morib
kau tengok lah muka sikecik yang dengan aku tu |
sebelum bertolak, aku dan suamiku menjemput emak dan adik - adik di rumah. kereta aku ni kecil macam kura - kura. jadi aku suruh lah adik aku yang kecil molek tu duduk dengan aku. yela, awal - awal masuk kereta dah bergaduh dulu dengan kakaknya yang duduk dibelakang.
dah tahu kereta tu tak berapa nak lori, nak baring lah nak julur kaki lah. kakaknya pula tak nak mengalah. kalau adiknya dapat baring, dia pun nak baring. tu aku ajak duduk depan. kebas pun kebas lah. janji diam tak sakitkan kepala otak aku. yang kecil ni memang manja. kalau aku suruh dia layan aku, dia layan je tak berkompromi. sebab nanti aku merajuk aku taknak layan dia. hahahhaa
aku cuma boleh bermanja dengan dia je. dengan kakaknya tak boleh. sebab nanti dia pula lah yang merajuk. sabar jelah aku dengan budak ni. kalau dah mengada sangat, aku lantakkan je. bayangkan kalau aku layan kucing lebih sikit dari dia, kejap lagi dia merajuk. tak duduk dalam bilik, dia cebik menangis depan aku. dah satu rumah nak kena dengar dia membebel pula. letih.
lama juga lah perjalanan nak ke sana. hanya dengan berpandukan waze sahaja. waze bawa kitorang melalui jalan dalam. lalu kampung - kampung. merasa lah melihat suasana kampung orang. jalan yang tak berapa nak elok. redah jela. janji sampai.
Gold Cost Morib; Kami Sampai
aku ada lah buat carian di google berkenaan harga tiket. semuanya harga tiket lama. tak ada yang terkini. ada yang cakap kalau bayar secara transfer lebih murah berbanding walk in. aku cuma takut tak cukup duit ja. memang duit sekadar ada, tak ada lebih. hahaha.
takut juga walkin, tiba - tiba. nak kau. penuh atau tiket habis. kalini datang memang main terjah. tak de masa nak fikir pilihan kedua andaikata dekat sini penuh atau tiket mahal. cadangnya nak bawa budak - budak ni lah pergi main air. nak berjimba lebih kurang. rasanya ini kali pertama adik aku 2 orang ni main water theme park.
sebelum ni aku macam pernah janji nak bawa diorang pergi bangi wonderland. konon nak ikut trip blogger. cuma masa tu aku tak available ada hal. terpaksalah tarik diri sebab nya ada program lain. tak silap mak mertua datang rumah kot. dah kebetulan budak 2 orang ni pun cuti sekolah, aku dengan mak lah yang cadangkan bawa diorang mandi manda dan berjimba bersuka ria.
Harga Tiket Gold Cost Morib
tiket untuk water theme parkisnin - khamiskanak - kanak (2 tahun dan ke bawah) = rm21dewasa (13 tahun dan ke atas) = rm30hujung minggu (jumaat - ahad/ cuti sekolah/ cuti umum)kanak - kanak (2 tahun dan ke bawah) = rm24dewasa (13 tahun dan ke atas) = rm38tiket night water theme parkkanak - kanak (2 tahun dan ke bawah) = rm11dewasa (13 tahun dan ke atas) = rm10(in house guest = add on rm10)O.K.Ukanak - kanak dan dewasa = rm15warga emas (60 tahun dan ke atas) = rm25Member Cardkanak - kanak (2 tahun dan ke bawah) = rm21dewasa (13 tahun dan ke atas) = rm30Promosi Untuk PelajarRabu = RM21
fuh. nasib baik lah cukup. hahahha. risau kena patah balik pergi mandi pantai je. bertambah gelap la adik adik aku. aku tak apa, aku pakai sunscreen. selamat lah sikit dari uv. aku teringat haritu aku gagau mandi kolam dan aku terlupa nak apply sunscreen.
ya allah rosak lah muka aku. berapa minggu entahlah muka aku macam menggelupas. ni sebab mandi kolam ke apa tah. oh aku ingat dah. percutian ke pulau pangkor lah penyebab muka aku rosak. aku bawa je suncreen. aku apply cuma tak re apply. sepanjang masa kan terik matahari dan panas. kering muka.
minum air kosong pun jarang. togok air manis je dekat sana.
total hangus untuk tiket sahaja ialah:
rm30 x 3 dewasa = rm90
rm15 x 1 oku = rm15
rm15 x 1 oku = rm15
rm21 x 2 kanak - kanak = rm42
= rm147
aku baru perasan lepas buat kira - kira ni. setahu aku, aku datang sini hari ahad tau. tapi dia charge aku dengan harga biasa/ normal yang hari isnin - khamis. hahahhahaha. aku salah ke? masa buat pembayaran, abang dekat kaunter tu siap bagitahu;
boleh bawa makanan dari luar. jarang berlaku ni. hahaha. selalu water theme park sangat melarang bawa makanan dari luar. seboleh - boleh management nak pengunjung beli makanan di dalam tempat tu.
mak memang dah siap - siap masak, bawa bekal. ada ayam sambal dan telur rebus dan air sirap untuk makan tengahari kitorang.
lepas buat bayaran untuk tiket, kitorang pergi bayar locker dan pelampung yang tidak berguna. locker tu untuk simpan beg. membazir je sewa locker sebab mak aku tak mandi. hanya melihat - lihat orang sahaja. kalau lah tahu dari awal, memang takde nya nak sewa locker. boleh minta mak aku jagakan.
harga sewa lockerdeposit = rm10sewaan = rm5total = rm10harga sewa pelampung tak bergunadeposit = rm10sewaan = rm10total = rm20
sajalah aku cakap pelampung tu tak berguna. aku ada tengok 1 blog ni tau. dia sewa pelampung dan nampak la dia guna pelampung bentuk 8. aku bayangkan laluan untuk pelampung dia ambil gambar tu adalah memang laluan pelampung yang airnya bergerak.
rupanya air dekat sana statik je tak bergerak. adik aku lah ni yang nak pelampung. sepatutnya aku buat tinjauan dulu kan sebelum terus sewa pelampung. rupanya aku bayar dan sewa pelampung hanya untuk tengok pelampung tu tersidai di kerusi tempat mak aku duduk. rm10 ringgi yang tak dapat dikembalikan semula.
memang lah ada gelongsor air. tapi tekanan berat manusia lagi kencang dari tekanan air yang ada dekat gelongsor tu. majoriti yang naik gelongsor semuanya kena tolak manual. kasihan mereka. aku lah yang paling gembira sebab aku bergerak turun gelongsor sangat laju disebabkan baju yang aku pakai tu licin. hampir je nak terkeluar daripada gelongsor yang terubuka sebab aku tak dapat mengawal kelajuan turun dari gelongsor tersebut.
Enjoy Naik Gelongsor
aku memang dah lama tak main waterpark. terasa macam seronok nya laif aku ketika itu. disebabkan aku pakai baju yang sesuai, aku dapat menghayati kelajuan gelongsor dengan baik berbanding orang lain. suara aku hampir jelah nak hilang.
walaupun gelongsor tu nan hado, tekanan air sangat perlahan, aku tetap dapat main gelongsor air dengan sempurna. suamiku, tolong bawa main water theme park sekali lagi. hahahhaha. paling best aku menjerit naik gelongsor panjang yang bertutup. abang yang jaga gelongsor tu gelak je tengok aku. mungkin dalam hati dia tengok aku ni macam beria je. padahal gelongsor kanak - kanak je pun.
tak ada video naik gelongsor atau main slide. sebab nya masa nak record video, handphone adik aku panas dan automatik teroff. dah terpaksa main slide je tak ada video. videonya ada sebab sempat tekan button tapi tak sempat nak turun. kelakar betul lah. jadi video tu video pendek yang tak sempat sampai bawah.
oh lupa. aku tak sempat nak join 'pesta buih'. pesta buih berjalan selepas beberapa minit aku buat pembayaran. nak kemas beg lagi, tak sempat lah nak lari. biar jelah dia.
bila dah mula panas, mak aku pun dah lapar. aku dan suamiku pergi lah ambil bakul bekal makanan. semua orang tengok kitorang masuk nak pergi ke kawasan yang ada kerusi meja. tempat tu hujung sekali dekat dengan gerai - gerai makanan.
agaknya pelik tengok orang bawa bakul. orang lain semua membeli dekat gerai. tak silap aku ada menu nasi ayam. ada juga menu - menu lain. adik aku sempat mengada - ngada sebab nak makan cotton candy punya pasal. geram aku.
selesai makan, aku ajak adik - adik aku mandi buat kali terakhir sebelum pergi mandi dan tukakr baju. suamiku awal - awal bagitahu dah tak mahu mandi. sejuk katanya. aku okay je. selepas dah siap mandi, aku dan adik - adik aku pergi mandi bersihkan diri dan tukar baju.
aku suruh diorang semua masuk dalam toilet yang besar untuk muatkan 4 orang sekaligus. itu bukan bilik mandi tapi toilet. habis air dia keluar. hahahha. aku harap cuaca yang panas buatkan lantai dekat luar tu kering cepatlah.
pakai tuala pun cantik aku ni. hahahahhahahahahahahhaha |
aku kata dekat yuni, dia settlekan kakak fia. aku settlekan bibah. sudahnya bila dah masuk dalam toilet tu macam aku je yang settlekan semua orang. yuni kata kak fia dah besar, boleh buka baju sendiri. nak menunggu dia buka baju lambat weyh. elok lah aku yang buat. seronok yuni terlepas dari kerja. bila budak 2 orang tu dah settle, aku suruh diorang pergi dekat mak. tunggu kitorang dekat sana. aku pun mandi dan bersiap dengan yuni untuk kali pertama dalam toilet berdua.
Singgah Port Dickson
cuaca panas gila! |
semua dah bersiap. kitorang bergerak ke port dickson untuk mencuci mata dan makan petang. perjalanan mengambil masa selama sejam lebih. bawa kereta santai - santai. agak mencabar sebab cuaca sangat panas. aku sampai buka aircond yang paling kuat (nombor 4 atau 3 kot).
aku cakap awal - awal dekat suamiku. aku nak makan ABC panas - panas ni. tercapat juga hajat kecil. sementara menunggu makanan sampai, sempat lah beli pisang goreng dan juga beberapa batang nugget/ hotdog buat kunyah - kunyah.
semua makanan dah sejuk. tak ada yang panas. nasib baik laksa aku masih panas dan sedap. tak sia - sia aku pilih laksa. aku ni macam tak sedar diri tau. haritu aku makan laksa dekat pulau pangkor macam tak ada hari esok. balik je shah alam, aku muntah teruk dan tak sihat. hahhahaha. kali ni aku makan lagi laksa tanpa memikirkan aku akan muntah. nasib baik tak muntah. mungkin haritu aku makan laksa tanpa mengira waktu pagi, petang atau malam. semua aku bedal.
mak aku makan mihun sup. tak sedap langsung. sambal nya manis. mak aku tak habis pun. adik aku yang bibah tu pula kedekut taik hidung masin. mak aku minta sikit laksa, lepastu dia marah mak aku sebab dia nak makan laksa tu. mak aku merajuk dengan dia dan mak aku malas layan dia.
jadinya memang mak aku tak layan bibah sampai lah habis makan dan kitorang berangkat nak ke tempat letak kereta. sempat singgah dekat gerai untuk beli buah potong. masa ni lah bibah cakap "mak, aishah mintak maaf tau" (nama dia aishah. tapi suka panggil dia bibah. sebab dia okay je. hahah). mak aku buat bodoh. lepastu dia buat muka kesian, mak aku maafkan HAHAHAHHA.
tak jadi lah mak aku nak bantai dia dalam kereta sebab dia menjerit dekat tempat makan tadi. selamat kau bibah kalau tidak, habis lah kitorang kena dengar kau punya nangis macam tak ada hari esok.
gambar tanpa bibah |
bibah tak ada dalam gambar sebab semua orang taknak kawan dengan dia. padan muka. berlagak sangat. dah lah dekut taik idung masin. dia jalan laju betul dah duduk depan. masa ni dah beli buah. dia malas nak ambil gambar kot. hahah. biarlah dia. asyik muka dia je ada dalam gambar.
masa nak balik tu, mak baru teringat ada rumah pakcik dekat sekitar port dickson. mak call dan minta alamat. tapi pakcik aku tu tengah kerja lagi, dia cakap datang jela isterinya ada dirumah. kitorang pun pergi lah sana. guess what? kitorang siap parking tepi rumah. siap lepak depan rumah. siap berborak - borak. siap tekan loceng. siap ada kayu yang masih berasap tapi api dah mati. no one pun yang buka pintu. bravo! lepastu aku bising - bising cakap dekat mak aku. jom lah kita balik, pakcik pun lambat lagi nak sampai.
mak aku pun telefon pakcik aku dan bagitahu kitorang nak gerak balik. pakcik aku pun bagitahu dia memang dah nak balik tapi kerja banyak lagi. faham - faham jela. jam pun dah nak dekat pukul 7malam. takkan nak muka kayu duduk depan rumah orang waktu maghrib walaupun tahu memang takkan ada orang buka pintu. kah kah.
husnuzon jela. mungkin makcik aku tu pergi zumba, rumah kawan dia kot ~ memang takde orang dekat rumah kot.
sekian itu sahaja cerita aku.
1 Comments
pernah ke Morib kira2 10 thn lepas tp bkn ke Gold Coast sbb masa tu x de lagi benda ni.
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.