assalamualaikum korang.
korang suka pakai lip ice? ada masa macam malas - malas nak pakai lipstik yang jenis matte sebab ambil masa nak cuci, jadi pendekatan untuk kekal cantik ialah pakai lip ice yang memberikan pilihan warna merah jambu lembut dibibir. ada masa pakai liptint.
Bibir Kering dan Berdarah
sebelum ni aku memang pakai lip ice bila bibir kering gila walhal dah togok air kosong melebihi 1 botol. mungkin cuaca yang terlalu panas dan kering menyebabkan bibir aku kering sampai merekah. aku pula jenis tak boleh tengok bibir kering. suka betul aku nak tarik dan terhasil lah luka dan berdarah kecil.
cara untuk atasi ialah oleskan sedikit lip ice/ lip balm yang tidak bewarna untuk mengekalkan kesihatan bibir supaya tidak kering dan merekah. baru - baru ni dalam akhir tahun lepas ada jualan murah. laju je aku ambil lip tint. konon macam nak elak bibir kering dan ada warna sikit. senang. malas nak cuci beria.
bila pakai cantik. tapi dia cepat kering dan menjadikan bibir aku kering. tak moist. eh sakit pula hati.
Mentholatum Lipcare
bestnya lip ice ni, kita sendiri boleh pilih nak nampak natural atau untuk majlis tertentu. actually, mentholatum ada macam - macam produk selain dari lip ice magic color.
Lip Ice Sesuai Untuk Semua Majlis
sebelum pakai lip ice |
semalam aku cuba lah lip ice ni. lah best weyh. aku kalau pakai lip ice rasa bibir tebal mula lah rasa menyesal beli. yela weyh, orang nak pakai lip ice yang ringan, bibir cantik, tak berlemuih. masa mula - mula aku oles lip ice magic color, bibir aku berubah warna merah jambu lembut. ada shining sikit. kalau kau senyum comel; nampak manis.
warna lipstik tu sebenarnya warna putih tau. tapi bila pakai dekat bibir, auto bibir jadi merah jambu. wahh. cantik!
1 lapis |
mula - mula aku pakai 1 lapis je. nak tengok okay ke tak bila pakai dekat bibir. nampak natural je. lawa tau. boleh la pakai kalau pergi sekolah. tapi jangan bawa pergi sekolah. hahahhaa. nanti kena rampas pengawas pula. pengawas ni pantang je tengok orang bersiap sikit. dia bawa barang terlarang takpo. gituuu ~
nak lawa, bersiap dekat rumah tau! pakai pergi pejabat pun okay. pakai 1 lapis je dah cukup. nampak natural dan bibir sihat.
4 lapis (banyak lapisan) |
kalau nak nampak merah jambu yang lebih gelap dan pekat, boleh oles lip ice magic color dengan beberapa lapisan. nampak lebih cantik. sesuai pergi ke majlis tertentu seperti majlis kenduri kahwin, dating dengan suami. hehehe.
jangan risau. 4 lapisan pun masih rasa ringan! itu lah yang best. bibir kekal cantik dan tak menyebabkan bibir berminyak yang teruk seperti sesetengah lip ice/ lip balm yang terdapat dipasaran.
Kelebihan Lip Ice Magic Color
banyak kelebihan lip ice magic color ni. nama pun magic color. lip ice akan berubah warna bila korang oles dibibir. auto jadi warna merah jambu yang cantik! kelembapan selama 10 jam tanpa gagal. pakai sekali je dah tahan lama. bibir akan nampak sihat sebab dah tak kering. mengurangkan kadar korang habiskan masa rosakkan bibir macam aku sebab suka tarik kulit kering dibibir dan hasilkan darah. pedih woi.
tidak melekit dan kekal ringan walaupun banyak lapisan diletakkan di bibir. auchh. dah tak perlu risau bibir berminyak. dari jauh dah nampak bibir korang bersinar dan lembut.
Kelebihan Lip Ice atau Lip Balm
melembab dan menghaluskan bibir
merawat bibir
melindungi bibir dari sinaran uv
mencerahkan bibir
membuat bibir sihat
info mentholatum lipcare
website: https://www.mentholatum.com.my/
instagram: https://www.instagram.com/mentholatumlipcaremy
2 Comments
Boleh beli dari drugstore ke?
ReplyDeleteya betul . boleh dapatkannya di mana - mana drugstore.
Deleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.