assalamualaikum. mood nak menulis semula perjalanan aku tu memang ambil masa yang lama. ingatan yang ingin dicurahkan dalam penulisan juga samar - samar terlupa. ketika entri ini ditulis, aku sedang alami kesamaran ingatan. aku siap sediakan draf lokasi perjalanan dan waktu keadaannya. bahagian isi pandai - pandailah aku goreng. hahhaa.
aku ke pulau pangkor atas sebuah 'desakan'. tiba~ taklah. emak yang ajak. aku kata boleh nak ikut, tapi kena belanja. kalau tak belanja tak dapatlah nak ikut. 1 hari sebelum mereka bergerak ke pulau pangkor, ayah dengan emak bersarapan di kedai mamak berdekatan rumah aku. sembang punya sembang, aku setuju nak ikut mereka kerana ayah akan payung semuanya. hehehe. ayah menghulurkan duit minyak dan tol. esok nya bertolak lah kami selepas subuh.
terasa seperti anak tak guna ya. sepatutnya aku yang memberi ayah dan emak duit, ini aku yang mengepaw duit ayah. kesian~
tarikh kami pergi pulau pangkor ialah pada 25disember2022. bergerak 2 kereta. konvoi yang tak berapa nak konvoi.
Warung Ketupat Yan
semenjak ayah main tiktok, ayah memang selalu into the scene. macam biasa lah emak yang akan menjadi mangsa ken mana - mana. selama aku memerhati ayah punya level tempat viral memang semuanya tempat sesuai bagi orang tua/ lama. sesuai dengan umur la. macam haritu perjalanan ke pulau pangkor, ayah ajak bersarapan di kuala selangor.
level tempat viral orang tua ni macam gerai/ warung/ orang jawa.
kalau level orang muda macam kafe hipster/ astetik.
*pandangan dan pendapat aku lah :D
waktu parking kereta, ada makcik yang berjiran dengan warung ni bagitahu. "cepat pergi sana nanti makanan habis". baik makcik.
nama kedai ni warung ketupat yan. aku tak tahu walaun manalah yang famouskan dekat tiktok. rezeki acik ni ramai orang singgah dan makanan licin setiap kali warung berjualan.
aku syak penyebab viral bukan sebab makanan tu terlalu sedap, tapi sebab 'ketupat' tu sendiri. orang malaysia ni kalau benda klasik/ lama mesti mereka macam beria tak pernah makan. jakun orang kata. kira macam rare nak mampos lah. kira macam ditahun 2023 nak jumpa ketupat yang di anyam secara manual ni satu dalam sejuta. bila jumpa tu perasaannya macam macam "wow amazing" gituh.
aku cakap awal - awal, entri kali ni memang kurang gambar. banyak gambar dari kamera orang. kamera aku sibuk merakam video yang entah bila aku nak edit dan post di tiktok. haish.
di warung ketupat yan, hanya nasi lemak yang layak mendapat pujian. jarang lah aku memberi pujian nasi lemak orang jawa. serious. tak manis langsung! sambal sedikit pedas. di selangor nak jumpa sambal nasi lemak yang tak manis sangat susah. entah berapa karung guni ditaburnya gula. aku tak pasti nasi lemak yang sudah siap dibungkus itu hasil dari tangan pemilik warung ketupat yan atau ada jiran tetangga yang menumpang rezeki disitu.
hidangan satu pinggan ada 2 ketul ketupat bersaiz besar. 2 ketul ketupat sudah memadai kenyang. pilihan lauk yang disediakan ialah rendang ayam dan kuah kacang. setahu aku, makcik yang cedok kuah tu akan tanya/ atau korang sendiri boleh bagi tahu makcik tu yang kau nak campur keduanya atau hanya nak salah satu. aku memang tak makan kuah kacang, jadi aku minta rendang ayam sahaja.
oh ya, aku macam tak perasan dekat mana nak basuh tangan. jadi aku makan ayam tu tak berapa nak bersih kerana penggunaan sudu garfu. orang terlalu ramai. masa sampai disini, terpaksa kami buat muka tembok duduk di sebelah orang yang hampir nak habis makan satapannya.
ada sepasang pakcik makcik yang sedang bersembang kedai kopi seolah kedai itu hanya mereka sahaja. walhal orang sedang beratur panjang. sabar jelah aku dengan mereka. ini bukan lagi warung sembang kedai kopi, kedai telah viral. ramai mereka yang datang dari pelosok jauh.
ketika mereka bangun meninggalkan meja, masih terdapat air yang tidak habis separuh. lah, kalau mereka bangun sedikit awal dari tadi kan senang. boleh sambung menyembang dirumah. hahahhaa.
disebabkan aku tak ambil kuah kacang, aku cuba lah rasa kuah kacang dari adik aku. mak kaw, manis! ayah aku cakap ada sate disini. mula - mula sampai tadi tak ada pula tanda - tanda orang bakar sate. rupanya sate dah lama habis. agaknya sedap sangatlah kot?
kawasan parking kereta agak terhad ekoran warung itu merupakan warung kecil yang dibuka di depan rumah pemilik. untuk merasai pengalaman di warung ketupat yan, korang parking jelah kereta di mana - mana yang berdekatan.
review tak seberapa dari aku; makanan di warung ketupat yan tak memberansangkan. punca viral hanya kerana 'ketupat' sahaja. makanan lain seperti kuah kacang, rendang ayam jangan letak harapan tinggi. memang menyesal. setakat nak rasa buat pengalaman sebab pernah datang tempat viral, boleh lah cuba. cuma tak berapa nak berbaloi.
bagi mereka yang sukakan kuah kacang versi gula tumpah, boleh datang sini. kemungkinan berbaloi lah untuk kalian.
info warung ketupat yan
469, Jalan Permatang, Kampung Permatang, 45000 Kuala Selangor, Selangor
Naik Feri Dari Jeti Lumut
selepas habis makan, kami bergerak menuju ke jeti lumut. bergerak jam 8.50 pagi dan tiba di sana sekitar jam 10.45pagi. 2 jam juga perjalanan. jalan clear, tidak jammed langsung. lega.
perjalanan nak ke jeti melalui deretan kedai makan. terliur betul dengan lauk masak lemak. lapar ui.
tiket feri boleh dibeli di https://www.easybook.com. beli awal tiada masalah, pada hari kejadian boleh sahaja tunjukkan di telefon bimbit atau cetak dikertas. tiket perjalanan kami adalah jam 12tengahari. disebabkan masalah teknikal yang tiba - tiba terjadi (penghawa dingin rosak), 12.30macam tu baru feri bergerak ke jeti pulau pangkor. tiba di jeti pulau pangkor sekitar jam 12.55. perjalanan mengambil masa kira - kira 30 ke 45 minit sahaja.
tempat lepak di atas dek feri sudah ditutup. kesian. tak boleh lah kami semua nak acah acah titanic.
sampai di pulau pangkor, ayah meliar mencari pemilik kereta sewa yang dihubunginya. kami sudah tidak mempedulikannya lagi. kami juga sibuk. sibuk mencari makan. sempat lah membeli beberapa batang hotdog/ nugget bersama secawan air. buat alas perut sahaja. kami kongsi anak beranak.
Check in Hotel Pangkor Mutiara
mak dengan ayah hanya sewa motor. aku dan adik - adik naik kereta. bukan main payah ingin parking kereta. dibahu jalan kiri dan kanan dipenuhi motor. ayah kata jika ingin ke pulau pangkor dilain hari, sewa motor sahaja sudah memadai. bawa pasangan masing - masing. lagipun semua orang pun reti bawa motor. tiada lagi masalah memarkir kenderaan.
sebelum check in ayah ajak makan tengahari berdekatan dengan tempat jeti tadi. macam gerai. aku masih lagi dengan menu laksa. yang lain makan nasi ayam. mak memilih mihun sup. sup tawar T_T. pemilik gerai takut pelanggannya darah tinggi kot. lepas makan baru check in hotel.
hotel kami tidak sekali disebabkan ayah dah booking hotel untuk mereka lebih awal. aku pula lambat buat keputusan. ayah dan yang lain tinggal di apartment 'tinggal'. aku pula di hotel pangkor mutiara. ruangannya agak kecil dan selesa. tak sempat tidur semalam pun kerana aku membuat pertukaran bilik dengan mak dan ayah.
hotel bersih. mereka tiada iron tetapi boleh minta di kaunter. mereka akan bawa kita ke belakang dimana seterika ditempatkan. yang sebenarnya adalah tempat dimana staf seterika keperluan hotel seperti selimut, cadar dan lain lain. pengering rambut pun boleh minta jika ingin menggunakannya. disini tiada masalah untuk minum air sejuk/ panas kerana mereka menyediakan penapis air cuckoo atau coway (aku tak ingat). lif tidak disediakan. bilik penginapan di tingkat 1 dan juga di tingkat 2. paling penting hotel ini menyediakan wifi.
info hotel pangkor mutiara
No. 13, Jalan Pangkor Mutiara 1,Taman Pangkor Mutiara, Jalan Pasir Bogak, 32300, 32300 Pulau Pangkor, Perak
Pangkot Lot 10 Vacation Studio
malam tersebut aku 'tidur' di apartment pangkor lot 10 vacation studio. aku tak tahulah macammana ayah boleh berkenan dengan apartment ni. macam seram. apartment yang sunyi. kolam pun nan hado. air cuma separuh dan tidak dibersihkan. kolam agak licin kerana terdapat lumut yang menetap. di notis board apartment ini di penuhi dengan nilai maintenance tertunggak pemilik rumah masing - masing. kebanyakkan pemilik apartment ini adalah bangsa cina dan terselit seorang dua bangsa melayu.
memang sunyi. entah ada orang ke tidak. kami punya bilik di bahagian belakang. takut rasanya kerana sunyi dan gelap. lampu agak malap. kami pulang ke apartment selepas jam 12tengah malam. bermacam - macam yang bermain di fikiran. sebab itulah tak mampu tidur sampai ke pagi.
pertama kali masuk studio tu rasa sesak sangat. terasa studio yang ter 'kongkong'. sesak yang macam entahlah. ada vibe/ perasaan yang tidak selesa. di bilik air pula ada tulisan mandarin membuatkan aku bertambah tidak selesa untuk meneruskan mimpi.
dengan rasa terkepung nya. rasa gelap. malam tu aku cuma tidur - tidur ayam. selimut pun tidak mencukupi kerana saiznya yang kecil. penghawa dingin memang terbaik. yang lain memang tak okay bagi aku.
aku tak cadangkan korang menginap disini. cari lah yang lebih selesa supaya dapat tidur melepas lelah dengan baik dan aman.
malam tu selepas aku bersiap untuk tidur, laki ku dan mal (rakan ayuni) pergi ke ruangan tangga untuk menghisap rokok. mereka kata ketika sedang menghisap rokok, terdengar seperti ada yang memanggil/ derap kaki. dengan beranikan diri, mereka naik/ turun tangga untuk melihat siapa gerangganya. namun tiada sesiapa disitu. sepantas kilat mereka berlari masuk ke bilik semula. ini pengalaman diwaktu tengah malam.
pengalaman di waktu siang pula dialami oleh adik aku yang paling kecil. disebelah bilik kami ada 1 pintu yang dihias seperti mengalu - alukan kedatangan pelawat. mungkin tadika/ homestay juga. adik aku katakan pada siang hari, dia melihat ayah masuk ke bilik tersebut. namun sudah disahkan ayah tidak masuk kesitu. namun adik sungguh - sungguh bercerita yang memang ayah masuk kesitu. entahlah.
Lepak Petang di Pantai Pasir Bogak
disebabkan belum bertukar bilik lagi di siang hari, aku dan laki ku dapat lah merasa naik motor. ayah gunakan kereta untuk membawa budak - budak pergi mandi dipantai. apalagi; kami pun bersiar - siar di kawasan sekitar. sempat kami singgah karnival berdekatan pantai tersebut. merasa lah bakso yang tak berapa nak bakso. rupa bakso tersebut mirip bihun sup yang cuma ada tambahan bebola. jadi lah ia semangkok bakso. tak sedap. itu bihun sup yang diletakkan bebola daging bukan bakso!
tak melepaskan peluang, lakiku beli sehelai seluar pendek buat rendaman kaki di pantai bersama adik - adik.
Naik Bot Pisang di Pantai Pasir Bogak
di pantai, mak dan ayah sedang duduk berehat menikmati nasi lemak dan air panas. budak - budak pula sibuk bermain tanam - tanam pasir. aku macam biasa lah, tidak berminat dengan air pantai. main pasir pun tak bermiant. sudahlah masin, susah tukar baju, mata pedih, kaki sakit jika terpijak batu. memang tidak menarik langsung.
lakiku order air panas sementara ingin berendam di dalam air. lama juga menunggu dapat minum. pelanggan tidaklah ramai. cuma tidak cukup kakitangan dan memang servis nya sedikit perlahan.
tidak lama selepas itu, ayah offer budak - budak untuk naik bot pisang. yang paling kecil pun sibuk nak naik juga. ikutkan bot pisang ada aksi terbalikkan penumpang. akibat ada 2 kanak - kanak dibawah umur, bot pisang yang bawa mereka cuma memuat pusingan biasa sahaja. 2 kali pusingan. seronok budak - budak. pengalaman kali pertama mereka dengan bot pisang.
info pantai pasir bogak
21a, Jalan Pasir Bogak, 32300 Pulau Pangkor, Perak
Makan Malam di Seri Ilham Ikan Bakar
selepas bermandi manda, masing - masing pulang ke bilik penginapan untuk bersiap makan malam. berkumpul di restoran dalam jam 8.30malam. kalau korang nak tahu, nama restoran ini ada 3 nama berbeza. mak kata ilham tomyam. ayah pula bagi aku lokasi google map muslim seafood ikan bakar. yang aku jumpa seri ilham ikan bakar. aku syak, dia sengaja tukar nama lah kerana sering mendapat review yang teruk.
ketika kami sampai keadaan restoran agak full house. terpaksa tebalkan muka lagi sekali menunggu bersebelahan meja orang yang hampir nak habiskan makanan. kami order set tomyam pilihan B kot. pelayan kata kalau kami ambil set cepat sikit siap. dalam set tu ada tomyam, sayur kailan, ikan lagi apa entah. standard set yang ada dekat kedai tomyam yang lain. cuma kami upgrade air dan tambah telur dadar sahaja. dalam set tu ada memang dah siap ada 2 telur, kami tambah 1 jadilah 3.
sementara nak tunggu makanan sampai, ayah order sate beberapa cucuk untuk buat alas perut. 8.30malam order makanan, 9.20malam baru makanan sampai. itulah rasanya definisi 'cepat' kalau kami order makanan set. HAHAHAH. tomyam sampai paling akhir dimana nasi kami pun sudah tinggal beberapa suap. tomyam entah apa - apa. macam bancuh menggunakan kiub tomyam jenama maggi. adik aku lebih pandai masak tomyam. letak air dalam periuk dan tambahkan seketul dua kiub tomyam jenama maggi. tadaaaa. 2jam menunggu tomyam macam ni? terbaik!
ketika tomyam belum sampai, mak bertanyakan pada pelayan berkenaan tomyam kami. pelayan kata 'tomyam ada. sekejap ya'. pelayan yang ambil order di meja tu seperti sengaja memaling kan mata supaya tidak bertembung dengan sesiapa. malas buat kerja kot?
telur yang sepatutnya ada 2 didalam set + 1 set lagi itu gagal sampai diatas meja sebagai 3 set telur. yang di sampai cuma 2 set telur sahaja. aku rasa 2 set telur yang memang sedia ada di dalam set itu telah dimasak bersama sama dan diletakkan di atas pinggan mewakil 2 set telur? punya kedekut nak jimat. nasib lah tambah lagi 1 telur. kalau tak 2 telur yang memang sedia ada didalam set cuma ada sepinggan sahaja.
review di google kebanyakkannya memang setuju berkenaan servis yang sangat teruk. pelayan pun bersikap biadab kononya letih melayan pelanggan. menunggu makanan siap almost dalam 1 ke dua 2 jam juga. rasa makanan tak seberapa. alahai.
aku cadangkan korang jangan makan dekat sini. kalau nak makan juga, terpulang. jangan menyesal sudahlah.
Karoake MeowKTV
bila kenyang hati pun senang. kerana tiada aktiviti malam ini, aku cadangkan kami semua untuk karoke. kebetulan tempat karoke ini hanya bersebelahan hotel yang aku check in mula - mula.
bila masuk ke bilik karoke aku speechless. seumur hidup aku, itulah kali pertama aku karoke mengunakan aplikasi youtube. youtube yang dibuka di web browser ; google crome. macam kelakar kan? aku baca review di google. mereka kata mudah guna google kerana bukan semua lagu karoke ada di dalam sistem.
masalahnya kalau guna youtube, bukan semua lagu boleh di buat karoke. spoil betul walaupun bukan aku yang menyanyi. pelik - pelik je. kurangkan bajet rasanya. keje aku gelak je tak sudah. masih tak boleh terima hakikat kenapa karoke dia guna aplikasi youtube.
Sarapan Pagi di Pekan Pangkor
esok pagi nya, dengan rasa tak cukup tidur. kami semua turun ke pekan untuk bersarapan pagi. sekali lagi aku makan laksa tawar. sup - sup pun tawar. boleh lah dari tak ada kan? kenyang juga. ayah bawa kami bersiar - siar mengelilingi pulau pangkor.
Kota Belanda
perjalanan aku ke pulau pangkor kali ini merupakan kali kedua. yang pertama dulu dengan team media yang dikelola oleh Kak Paris. bacalah dekat entri ini; team media ke perak. kali ini bersama keluarga pula. lain vibe nya. dulu fully sponsor, makan kenyang, hotel mewah. bersama keluarga lebih kepada trip berjalan. lain sikitlah.
tak berapa nak model. kalau perlu, boleh la hubungi saya |
Masjid Seribu Selawat
seterusnya perjalanan ke tempat misteri. perjalanan ke sana melalui masjid seribu selawat. kami berhenti sebentar di bahu jalan untuk mengambil beberapa keping gambar masjid dan meneruskan perjalanan.
berhenti lagi di tepi jalan atas bukit. sebelum sampai sini, bertembung dengan sepasang lelaki perempuan. yang tinggal cuma lelaki sahaja bersama motornya. perempuan pula sedang menapak naik ke atas bukit sendirian. rupanya mereka baru sahaja tergolek. nasib baik lah kereta belakang mereka tu sempat break. kalau tidak, lenyek.
pengajaran dekat sini, nak naik bukit pastikan si kurus di belakang dan si berisi di depan. takpun, si berisi tu jalan lah kaki sekejap kalau tak nak motor tu terbalik.
Resort Teluk Dalam, Lokasi Penggambaran Senario The Movie
aku suka pergi tempat misteri. bukan nak cari entiti tapi aku suka tengok barang - barang yang orang tinggalkan. sebab aku terfikir barang - barang seperti katil, tilam, almari, telefon, televisyen, penghawa dingin dan lain lain tu bagaimana keadaannya saat ditinggalkan dan terkini. surat - surat, resit - resit bil - bil dan lain - lain.
destinasi seterusnya ialah resort teluk dalam lokasi penggambaran senario. pernah tengok filem beach boy? dekat sini lah mereka buat penggambaran. rata - rata komen di google pernah datang ke sini kerana menghadiri kursus.
di kawasan kaunter menyambut tetamu penuh dengan lambakan tilam yang dibakar. kesan - kesan besi spring penuh. serpihan dari bumbung memenuhi lantai. mungkin kesan kebakaran. aku ada buat carian di youtube. ada beberapa youtuber yang datang ke sini ketika lambakan tilam belum lagi dibakar. tidak tahu apa tujuannya tilam itu dibakar.
terdapat juga sebuah kerusi di tengah - tengah kawasan ini. dia satu - satunya. ada gaya seram. seperti ada sesuatu yang menghuninya. aku rasa orang yang pernah membuat paranormal sengaja meletakkan kerusi ini ditengah - tengah bagi menambah rasa gerun kononnya. aku rasa bila aku jejak kan kaki ke sini tidak ada bulu roma yang menegak.
biasalah kawasan ditinggal lama seperti ini ada jin menginap. itu memang tidak dinafi. kami semua selamat masuk ke sini dan keluar dengan baik. tiada hal yang aneh atau pelik terjadi selepas meninggalkan tempat ini meski pun ia telah ditinggalkan sejak tahun 2015.
kawasan kolam renang dahulu |
kawasan kolam renang juga telah ditumbuhi lalang. air hitam mungkin dari air hujan yang turun. ditambah dengan kesan lumut yang bertahun. agak menyeramkan. seperti kolam yang sangat dalam tidak berpenghujung.
kafeteria /restoran |
ini pula ruang restoran. gambar asal restoran ini sangat cantik di carian google, tapi sayangnya hal kewangan dan pengurusan yang gagal resort ini terpaksa ditutup. sedih juga.
kami tidak lama disini. sekadar meninjau dan mengenang kenangan ayah. ayah kata dulu dia pernah menghadiri kursus bersama rakan sekerjanya. kami beredar dan menuju destinasi seterusnya.
Pusat Pemprosesan Hasil Ikan dan Kilang Satay
membeli belah membawa balik buah tangan untuk rakan dan kenalan sudah menjadi kebiasaan jika menjadi pelancong atau bercuti di mana - mana. kami singgah di pusat pemprosesan hasil ikan. tiada aktiviti yang menarik. mereka berjualan ikan kering, ikan bilis. kami melihat - lihat dari cermin kaca diluar.
berjalan sikit ambil angin di laluan berbumbung. rasanya itu laluan ke jeti. entahlah.
seterusnya singgah di kedai jualan sate ikan. semua memborong. aku pesan dekat emak untuk beli ikan masin. seperti biasalah, aku minta emak masakkan ikan masin gulai nenas. sedapnya. namun sehingga ke hari ini aku masih lagi terbayang - bayang kerana emak belum masakkan lagi.
Check Out Pangkor Lot 10 Vacation Studio
selesai membeli belah kami bergerak menuju ke bilik penginapan. aku dan laki ku bergerak awal dalam jam 10.30 macam tu kerana ingin seterika baju dan tudung. pukul 11.30pagi mereka semua dah ada di bawah. pelik juga. setahu aku checkout jam 12tengahari.
adik aku bagitahu, jam 11.25pagi macam tu, pemilik studio berkenaan datang dan meminta budak - budak keluar dengan kadar segera. katanya selepas ini ada tetamu lain pula ingin menginap di studio itu.
tapi apekebodohnya. mentang - mentang mereka semua budak. sukahati je pemilik studio berkenaan datang dan 'halau' mereka. aku tanya adik aku bagaimana nada tuan rumah berkenaan. katanya dia tidak marah tapi suaranya sedikit kuat dan keras meminta mereka semua keluar segera. ingin mengemas katanya.
Pulang Ke Rumah
tanpa melengahkan masa kami semua segera ke jeti pulau pangkor. walhal waktu naik feri masih jauh dan lama. mereka semua terlepas dari semakan tiket. berlelah sekejap lah dekat kerusi. terpaksa lah aku pergi semula dekat pintu masuk tadi untuk memastikan bagaimana cara tiket disemak. rupanya tiket akan dikoyak sejurus tiket disahkan waktunya. lah itu sahaja?
kalau yang membeli online bagaimana? mereka cuma memastikan waktu feri berlepas sesuai untuk penumpang masuk. jika feri berlepas jam 1petang, penumpang dibenarkan masuk jam 12.45tengahari. jadi tak salah lah kalau kami semua tadi 'merempuh' masuk kawasan tiket secara 'haram' hahahha.
Laman Tebu Aidil
kami mengambil kesempatan untuk singgah di laman tebu aidil. sekali lagi kawasan viral yang diketahui melalui tiktok oleh ayah. hahaha. see, kawasan orang tua. tak ada apa yang menarik. petang - petang begini memang tinggal sampah sahaja. kata laman tebu. sepatutnya air tebu yang paling dijaga kualitinya.
namun ia menjadi air tebu yang terpaling cair dan tidak sedap. jimat kot boleh buat beberapa cawan. sudah lah secawan besar tu rm6. tidak berbaloi langsung. menjadi tarikan instafamous/ influencer cuma di kawasan tebu untuk bergambar. seperti yang aku ambil ini. itu saja.
dikawasan sekitar dipenuhi dengan kawasan sawah padi yang sudah kering. cantik juga untuk bergambar. datang sini semata - mata ingin ambil gambar sahaja. makanan apa pun sudah tiada.
Warung Sinaran
makan malam kami di warung sinaran tanjung karang. singgah sini kerana perjalanan kami perlu menempuh jammed yang panjang. perut sudah berbunyi meminta untuk diisi. singgahlah kami di warung ini yang terletak betul - betul bersebelahan jalan besar. sunyi sahaja. tiada pelanggan lain.
menu yang disajikan ialah mee kari, nasi putih, telur masin asam pedas. pilihan asam pedasnya ialah ikan kembung, ikan pari, daging tetel, ikan bawal. itu sahaja rasanya.
inilah kali pertama aku puas hati dengan masakan asam pedas dari selangor. melaka sendiri gagal memberi aku kepuasan asam pedas clayport walaupun kedai terebut viral dan menjadi tarikan orang ramai. dengan masam overnya, dengan cairnya. entahlah.
disini harganya jauh lebih murah dan berbaloi. 1 set nasi rm10. kenyang juga. rata - rata memberikan review yang bagus di google. aku rasa mihun sup juga sedap, cuma tidak berkesempatan rasa. adik aku memilih mi kari sebagai juadah makan malam.
pilihan kali ini memang berbaloi. real mi kari. kuah pekat, banyak isi, murah! kenyang tak terhingga. cuma waktu malam agak banyak tetamu yang tidak diundang; sang nyamuk. sekejap sekejap mengigit. geram tau.
begitulah kenangan 2hari1malam di pulau pangkor tiba - tiba. semoga kita bertemu lagi pangkor. memberikan kenangan yang lain pula.
2 Comments
Wslm sedapnya ikan bakar
ReplyDeletethank you for the travel guide to melaka, boleh laa cari tempat baru untuk pergi bercuti
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.