assalamualaikum. masa entri ini ditulis, memang sendawa aku masih fresh dengan cecair keju yang dimakan bersama ayam sebagai santapan makan malam kami. kami merujuk kepada kami laki bini dan tetamu undangan pada setiap kali hari sabtu dan ahad; dua orang adik aku. hahahha.
Serbuk Keju Jenama Erasya
walaupun aku tak dibayar oleh KFC, aku tetap abadikan beliau didalam entri kali ini. sebabnya dalam banyak - banyak cheese, cheese yang terpaling melekat ialah menu cheesy wedges. kan? selain dari itu, apatahlah. yang sebenarnya aku memang tak familiar dengan jenama erasya. namun lepas aku taip ianya digoogle, banyak jugak yang menjual.
ada diplatform shopee, lazada dan seangkatan dengannya. aku memang dah lama sangat nak beli tapi tertangguh - tangguh hahaha. maaf lah ye. terliur dengan iklan yang kak ekin post di instagram miliknya. disebabkan dalam minggu lepas macam tu, kak ekin ada buat promosi percuma postage. aku pun apa lagi, order la. nak jimat kan.
serbuk ni didatangkan dengan dua (2) pilihan perisa. spicy dan juga original. aku beli kedua - duanya. yang spicy aku bagi mak aku, jadi aku dapat rasa yang original sahaja. memang sebiji sama macam keju dekat kfc. harga pun lah murah. berbaloi ~
Info Produk
290g
rm20
simpan didalam suhu bilik/ chiller
Cara Penyediaan: (seeloknya gunakan garfu)
- masukkan air panas/ biasa (ikut suka)
- kacau sehingga sebati
- sedia untuk dinikmati
(tekstur serbuk bergantung kepada banyak mana air yang diletak)
Ayam Goreng Cicah Keju
ayam yang digoreng oleh suamiku |
aku sebagai pembantu dapur sahaja. hahaha. tolong bancuh serbuk keju dan sediakan pinggan untuk dua (2) orang kanak - kanak. sebenarnya ada nasi goreng, tapi tak payah lah tunjuk. sebab aku nak cerita pasal ayam cicah keju bukan nasi goreng kampung. korang okay je kan?
aku bancuh serbuk keju ni dengan air panas. noob nya sebab aku guna sudu. bijak pandai. nasib baik lah laki ku tolong kacau - kacau serbuk ni macam kacau telur tu. cepat lah dia sebati. nak tunggu aku, macam lama betul. nak pecahkan serbuk yang bergumpal tu. alah. padahal benda dah terpaling senang tu pun susah.
Serbuk Keju Erasya Memang Sedap!
ayam yang sudah siap digoreng |
aku makan ayam goreng ni cicah dengan keju. memang sama betul macam makan dekat kfc tu weyh. adik aku pun cakap sedap. menambah - nambah pula dia. laki aku pun sama, dia suka dan setuju bila aku cakap sama macam kfc. hahaha
tekstur serbuk keju yang dibancuh tu tak ada peraturan. kalau korang suka pekat, kurangkan air. kalau suka yang cair, lebihkan air. macamtu je. memang senang dan mudah. berlemak. smooth.
serbuk keju yang dah siap dibancuh sesuai untuk dicicah dengan ayam, pizza, jadi sos diatas roti dan sebagainya. nak bawa travel pun senang. asalkan ada air botol mineral dah cukup. sebab plastik pembungkusan serbuk keju ni jenis zip lock. senang kan? tak perlu nak bawa getah la apa lah. aku bagi 5/5. dengar cerita spicy lagi sedap?
kalau korang nak try boleh lah hubungi dengan ejen berkenaan.
Order Serbuk Keju Sedap Murah Ala KFC
kak ekin
018-2616887
1 Comments
memang sos keju kfc sedap kan! nak try beli lah yang ni pulak
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.