Bersama Team Media ke Perak

Bersama Team Media ke Perak

dah lama rasanya tak join mana - mana trip blogger akibat kekangan waktu dan kerja yang tak reti nak berpisah sementara. akhirnya setelah dipelawa kakak Paris, dapat juga aku mewujudkan waktu untuk program blogger. terima kasih kakak paris sebab pm tepi dan ingat dekat aku. heee. itupun masih berbagi - bagi disaat akhir tiba - tiba takde orang nak kerja. penat jelah buat jadual. hmm 

Taklimat Ringkas

Bersama Team Media ke Perak

program mula pukul 10 pagi. aku tercyduk sebab sampai lewat. nasib baik dah sarapan dulu dekat rumah, kalau tak. berlapar lah aku. sempat je sarapan dekat hotel tapi taktahu nak makan apa. hahhaa. aku ciduk - ciduk je apa yang ada. 

selepas semua blogger tiba, kami diberi taklimat dan berlepas ke perak. perjalanan mengambil masa 2 jam macam tu. 

Big Whale Cafe

Bersama Team Media ke Perak

destinasi pertama mestilah mengisi perut yang lapar. kalau lapar apa pun tak boleh. jadi big whale cafe merupakan persinggahan pertama. ini kali pertama aku ke perak daerah ini. sebelum ni aku sekadar singgah ipoh sahaja. mungkin lepas ni aku akan luaskan jajahan aku menakluk perak selepas keterujaan aku membaca kisah mus di iium tentang salasilah keluarga beliau. meremang je bulu roma. 

Bersama Team Media ke Perak
creamy soft shell crab pasta
seperti tipikal cafe yang lain, cafe ini menyajikan santapan menu barat. tidak semua cafe menghidangkan makanan sedap yang berbaloi dengan harga. yang ini aku sangat mengesyorkan engkorang untuk cuba hidangan yang terdapat di cafe ini. rasanya sangat berbaloi. sebab kan aku tak pandai sangat nak pilih yang mana, aku buat keputusan untuk membuat pesanan creamy soft shell crab pasta dengan harga rm18 beserta minuman latte rm9. 

Bersama Team Media ke Perak
the ducky berry
pilihan makanan 'pelik' yang terdapat di cafe ini ialah the ducky berry. ya itik ler. aku cuil sikit (eh tak, kakak paris tolong potongkan untuk aku. hahaah). rasanya sedap dan tidak ada bau sangat. kombinasi yang terdapat pada buah berry boleh menghilangkan loya tekak jika sekiranya engkorang bukan jenis yang tak biasa makan itik. 

pelik letak berry? pelik. dalam kepala otak aku dah ada rasa manis yang terhidang bersama itik ni. tapi lepas dah rasa, aku boleh kata sedap. berry tu tak manis sangat pun. terkombinasi dengan sempurna lah orang kata. 

Bersama Team Media ke Perak
sebahagian geng media BBSAP

yang suka lepak - lepak cafe boleh la datang sini. dekat kaki lima kedai ni ada ruangan yang boleh korang lepak lama. jangan risau, ada meja dan kerusi ya. 

Info Big Whale Cafe

alamat
No. 255 & 256, Jalan PPMP 3/4 Pusat Perniagaan,
Manjung Point Seksyen 3,
32040 Seri Manjung, Negeri Perak

waktu operasi
11 pagi - 7 malam

hubungi
05-612 4701


Hotel Ritz Garden

Bersama Team Media ke Perak

malam pertama kami masih di daerah manjung. hotel tempat kami bermimpi letaknya berdekatan dengan pasaraya billion. rata - rata penduduk daerah manjung sangat familiar dengan kawasan ini kan? disini lah tempat kami berehat, hotel ritz garden. cuma untuk satu malam sahaja. 

Bersama Team Media ke Perak

Bersama Team Media ke Perak

harga bagi bilik ini juga sangat murah, serendah rm98 di booking.com. komen aku, penghawa dingin berfungsi dengan baik, katil selesa (bantal pun banyak. hahahah), sarapan pun okay. cuma jangan berharap tv sangat. wifi pun laju je. memang kami betul - betul sempat rehat sebentar sebelum keluar semula untuk makan malam bersama Datuk Misbun.

Bersama Team Media ke Perak

Info Hotel Ritz Garden

laman web
https://book.ritzgardenhotel.com/
http://www.ritzgardenhotelmanjung.com/


Hari Kedua di Perak

keesokan harinya, selepas bersarapan. kami berkemas mahu check out dan bertemu Datuk Misbun sekali lagi di dewan badminton manjung. boleh baca di entri ini https://kanvasdakwat.blogspot.com/2020/03/datuk-misbun-di-manjung-badminton-arena.html . team media berpeluang menemuramah Datuk selepas merasmikan acara Kejohanan Badminton Remaja Terbuka 2020. 

Bersama Team Media ke Perak


Berlepas ke Pangkor

Bersama Team Media ke Perak

selepas mengakhiri sesi temuramah, kami bergegas naik bas. takut terlepas feri. hahaha. kami semua akan ke pulau pangkor. ini cuma acara berjalan - jalan bersama rakan media. masing - masing seronok tak sabar nak shopping. tapi tulah, 2 hari 1 malam terlalu singkat untuk mengelilingi pulau tersebut. 

ada banyak tempat yang boleh diteroka. ada banyak tempat yang boleh dijelajah dan singgah. insyaallah lain kali lah pula dengan kawan - kawan kalau ada rezeki lebih. 

Bersama Team Media ke Perak

perjalanan dari jeti ke pulau pangkor cuma ambil masa lebih kurang dalam 30 minit sahaja. kami dijemput oleh sebuah van yang akan bawa kami ke tempat penginapan, coral bay resort! yuhooo. 

Bersama Team Media ke Perak

Coral Bay Resort Pulau Pangkor

Bersama Team Media ke Perak

di sinilah tempat istirehat kali kedua. kami dijamu makanan mewah dan kekenyangan puas hati. habis licin semua makanan. cuma tersisa sikit lah. berkali - kali juga kami semua memuji masakan chef di resort ini. sebab semua makanannya boleh tahan kena dengan citarasa kami.

Bersama Team Media ke Perak

Bersama Team Media ke Perak
ck duty free
kebetulan pasaraya ni baru je dibuka beberapa hari dan masih belum dirasmikan lagi pun. untungnya siapa yang menginap di coral bay resort, sekaligus dapat membeli belah tanpa perlu ke mana - mana.

Bersama Team Media ke Perak

ini kawasan kolam. dekat sini lah kitorang makan malam. sesiapa yang suka buat surprise atau makan malam romantis macam candy light dinner tu kan, boleh buat dekat sini. oh ya,  tak payah susah hati nak setup sebab pihak hotel yang akan setup untuk korang. 

Pilihan dan Harga Bilik

Bersama Team Media ke Perak

ada beberapa pilihan bilik yang disediakan. antaranya ialah superior, deluxe, pent house, apartment 2 bilik dan apartment 3 bilik. banyak tak? mesti lah banyak. kalau datang berjemaah macam nak buat family day sesuai sangat amik penthouse. boleh muat sekurang - kurangnya 20 orang macam tu. penthouse sangat luas dibahagian ruang tamu. boleh rujuk gambar dibawah. puas hati sangat. 

Bersama Team Media ke Perak
pent house

Bersama Team Media ke Perak

Bersama Team Media ke Perak

Bersama Team Media ke Perak


Harga Bilik
Harga Promosi bagi: Jumaat, Sabtu, cuti sekolah dan cuti umum
superior rm198
deluxe rm258
suite rm408
pent house  rm448
apartment 2bilik rm328
apartment 3bilik rm408

Bersama Team Media ke Perak


Makan Malam BBQ

Bersama Team Media ke Perak
makan malam

tengok lah betapa meriahnya makanan atas meja. memang bbq betul. segala jenis makanan ada. sampai tak larat nak makan. kenyang sampai esok ni. hahhahaha. malam tu masing - masing masuk awal sebab mengantuk kuasa dua. 

tapi kenyataannya, aku cuma mengantuk masa makan. tak tahu lah berapa juta kali menguap. bila dah masuk bilik apa pun tak boleh. nak pukul 12 juga baru tidur. ke lebih. hahah entah lah. tak ingat. tapi tidur lambat juga. 

dekat sini wifi agak limited sebab kebetulan masa ni ramai sangat orang. jadi wifi dekat bilik sangat perlahan. jangan risau, korang boleh lepak dekat bawah, situ laju sikit. paling best duduk bilik sebab selesa sangat - sangat. aku rasa semua taknak keluar bilik nak melekat je. hahahha

 Pasir Bogak

Bersama Team Media ke Perak

Bersama Team Media ke Perak

Bersama Team Media ke Perak

selepas dibawa melawat sekitar coral bay resort, diorang semua turun ke pantai tengok matahari terbenam. aku je tercyduk. hahaha. tertidur kot. ke main telefon. entahla. tengok la lawaaa. diorang kongsi gambar dalam group pun macam, okay patut aku ikut sekali baru ada gambar tepi pantai. 

baru lah boleh update gambar beserta caption sedih - sedih. halah - halah dah rugi. dah tak boleh patah balik dah, aku redo je. 

 Laksa Mee Pangkor

Bersama Team Media ke Perak


orang kata dah sampai pulau pangkor kena rasa laksa mee pangkor. so ini lah dia rupa laksa mee pangkor. memang tak macam laksa penang. yang tak makan laksa tu boleh je makan mee ni. sebab memang tak sama langsung. rasa pun lain. 

Bersama Team Media ke Perak


Melawat Penyu

Bersama Team Media ke Perak

destinasi pertama di pulau pangkor ialah melawat penyu. aku sertakan sekali tulisan penuh sepanjang lawatan kami ke sana. 

rupanya jika datang ke tempat yang betul, ada banyak informasi yang boleh kita dapat melalui sesi lawatan yang diadakan. 

Mini Great Wall Garden - Foo Lin Kong Temple

Bersama Team Media ke Perak

selepas menghabiskan masa lebih kurang sejam setengah, kami dibawa pula melawat Foo Lin Kong temple. cuaca waktu tu sangat baik dan menyengat. baguslah tak hujan. kalau hujan susah juga nak bergambar. cuma terik mengigit kulit. demi sekeping gambar, redah jela kan? bila lah lagi nak sampai sini. kalau sampai pun belum tentu nak singgah.

aku tak naik sampai atas pun. cuma bergambar dari bawah sahaja. 

Bersama Team Media ke Perak

Bersama Team Media ke Perak

Bersama Team Media ke Perak

berdekatan foo lin kong temple juga terdapat sisa tembok kota belanda. rujuk gambar dibawah. 

Bersama Team Media ke Perak

fakta kota belanda
1670
  • dibina oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC)
  • tempat penyimpanan bijih timah yang diperolehi dari negeri Perak
  • rakyat tempatan membinasakan kota ini kerana tidak mempersetujui cara belanda mendapatkan bijih timah

1749
  • bina semula kota yang menempatkan 80 orang pegawai

1779
  • tidak lagi digunakan kerana menumpukan perdagangan rempah di indonesia
  • berhadapan dengan perang napoleon di eropah

1824
  • belanda dan inggeris secara rasmi membahagi wilayah penguasaan masing - masing melalui perjanjian inggeris-belanda 1824

1973
  • dibina semula oleh jabatan muzium dan diwartakan sebagai monumen lama

1997
  • kerajaan perak memajukan semula kawasan ini sebagai kawasan pelancongan
  • beberapa rumah limas tradisional telah dibina disini
sumber: wikipedia

Bersama Team Media ke Perak


Pulang Semula

Bersama Team Media ke Perak

dah habis pusing pulau pangkor sejauh yang sempat. hahahha. jomm balik. semoga ada ruang datang ke sini semula. 


*kredit beberapa gambar kepada fotografer; awin

Post a Comment

2 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.