Cameron Highlands X Ipoh

 

Cameron Highlands X Ipoh

Percutian Tidak Dirancang

Cameron Highlands X Ipoh


assalamualaikum guys. harini aku tak mahu sambung cerita yang tergendala tu. aku nak cerita dengan korang berkenaan percutian tidak dirancang! aku ingat lagi, masa tu hari sabtu bertarikh 26november2022. dekat entri ni penat lah nak taip nama 'kaknoi', aku straight forward jela nama noi. senang. 

masa tu hari sabtu yang aman. aku duduk ralit scroll tiktok, instagram danlainlain. noi ni ada chat aku dekat tiktok. dia tanya macam ni "ahad isnin awak buat apa?"

lepastu bersambung pula dekat handphone yang nombor kerja. dia buat - buat tanya kali kedua; "kalau noi nak pergi cameron nak ikut tak?" (masa ni dalam pukul 10.45pagi lah). aku pun tanya "bila dengan siapa". noi jawab "petang ni ke? awak, saya , nisyah. hahahahhahaha. laki awak pun boleh je nak ikut"

dalam masa yang sama, cousin kesayangan iwan; ayie tengan oncall dengan iwan. memang kerja diorang ni saling mengganggu antara satu sama lain. rindu kot? entah ~ aku dengar macam diorang ada sebut PD (port dickson). aku tengah fikir macammana nak satukan diorang. maksudnya macammana nak pergi bercuti; aku bawa noi dan nisya. iwan bawa; ayie dan madi. hahaha. yela dorang bukan saling kenal pun. macam takut ada yang tak selesa nanti jadi tak best pula kan? 

aku pun tanya lah noi, boleh tak cousin iwan ikut? noi jawab "boleh. tapi kereta tak muat". okay selesai~ noi create group whatsapp "melakau" tapi bila share nama penginapan macam dekat cameron. auto tukar nama group 'jenjalan'. selamat sikit kan? hahahaha. itu pun masih lagi "eh nak gerak harini ke esok eh? eh nak settle kucing dulu. eh eh" hahhaa. macam confirm tak confirm je nak pergi. 

dalam masa yang sama, aku tengah fikir macammana nak beramah mesra denga nisya. nisya tu staf baru. aku reti 'bercakap' dengan dia dalam whatsapp je. depan - depan macam 'ha dia taknak kawan aku. takut la nak cakap' . gitu lah pemikiran aku sejak dahulu kala. 

oh lupa nak bagitahu, sebenarnya ini percutian kedua bersama rakan ofis. yang pertama di melaka.  boleh baca dekat pautan ini; melaka bersama noi dan shida.

Menginap di Kea Garden Mini Chalet

Cameron Highlands X Ipoh

sebenarnya semua orang macam tak puas hati pasal 'mini chalet' tu HAHAH. diorang expect bila sampai sana nak baring dekat hotel, lunjur kaki sambil balut badan dengan tuala sambil tengok tv melepas lelah. hahahaha maaf semua. ternyata 'mini chalet' ni memang sangat mini.

hanya bersaiz tilam queen, sebuah tv berapa inci entah bersama remote, dua botol kecil air mineral buat raso - raso, dan 2 helai tuala buat mandi - manda. boleh la dari takda. tempat letak kasut pun ada; ikut lah nombor bilik korang. kalau tak nak letak dalam almari kasut pun boleh. heret jelah kasut tu pergi masuk bilik kecil korang. sebelah 'bilik' tu ada disediakan almari dan juga kunci mangga kalau korang nak letak barang seperti baju dan sebagainya. macam aku, aku angkut je semua dalam 'bilik' hahha.

Cameron Highlands X Ipoh

ha marah lah tu. hahahhahaa. mungkin dulu aku pergi dengan khatijah. memang khatijah sejenis perempuan rockers. kalau kau hantar dia pergi tidur kaki lima pun dia tak ada masalah. aku tahu sebab kitorang pernah tidur dalam masjid berdekatan stesen lrt hang tuah semata - mata nak lepak event sindiket sol-jah maskara 50x. panjang mak aku bebel masa ni. tidur masjid macam tak ada rumah pula. mak aku tanya "kau nak jadi gelandangan ke?" hahaha. aku cakap jela, aku selamat dalam masjid ni. (train dah habis beroperasi sebab kitorang nak tunggu sampai event habis betul - betul habis).

Cameron Highlands X Ipoh

kitorang bergerak dari shah alam pukul 5.30petang macam tu dan sampai sana dalam pukul 10.15malam. lagi 15minit je kaunter receptionist tu nak tutup. selamat sempat. hahahha. macam tak ada kedai kan nak keluar dari tempat ni satu hal. alang - alang makan jela terus dekat situ. ada kedai steamboat bawah chalet tu, tutup pukul 12malam. sempat lah nak makan. 

Cameron Highlands X Ipoh

semua beria je makan kambing. lepastu nak habiskan letih. hahahha. tapi dalam kambing tu, noi paling gila extream. makan aiskrim sampai 3 batang dekat cameron highlands tanpa rasa bersalah dengan cuaca. aduhai lah dia ni, kulit biewak betul. betul tebal tu. hahahha. 

tempat ni ada dua pilihan sebenarnya. ada mini chalet dan juga guest house. guest house tu tak silap double single atau queen/ king katil dia. masa aku nak buat tempahan tu, guest house tu tak boleh klik. tak ada pilihan bilik. cuma ada mini chalet je. hmmm. tempat ni cantik tau. hahaha. datang dengan kawan - kawan boleh lah, kalau keluarga yang jenis tidur proper memang kena ambil bilik guest house baru rasa selesa sikit. 

dekat sini disediakan iron. tempat iron tu terbuka. ada di guest house. naik je tangga di tingkat 1. toilet dia pula toilet kongsi. jangan risau; bersih! cuma tulah, kena kongsi. hair dryer dah tak ada dalam toilet sebab ramai kaki rembat. kalau nak hair dryer kena minta di receptionist. 

Cameron Highlands X Ipoh

malam tu macam biasa lah. kulit biewak je mampu mandi. hahah sejuk weyh. aku tak mandi dan tukar baju. malam - malam tergaru - garu macam monyet. terkial - kial nak tukar baju dalam 'bilik' tu. nasib lah labu. lepastu baru dapat tidur dengan aman damai. tu pun macam tidur - tidur ayam je. tiba - tiba macam susah tidur. pagi tu lepas mandi, lepak tepi bilik air ditemani angin sepoi sepoi. boleh lah tengok pemandangan kambing dari atas. sempat lah hirup kopi 3in1 bawa dari rumah. air panas dan cawan ada disediakan di belakang ni. cafe pun ada (dekat bahagian luar mini chalet ni).

Cameron Highlands X Ipoh
sempat bermanja dua orang ni >.<

dalam pukul 10pagi macam tu lepas dah siap mandi, kitorang berjemaah keluar bersiar sekitar tempat kea garden. ada orang berjualan di tepi laluan nak masuk kea garden. senang. nak beli bunga ada, strawberry ada, jagung ada, buah ada, sayur ada. takpayah pergi jauh - jauh. semua settle dekat satu tempat. 


Cameron Highlands X Ipoh

Cameron Highlands X Ipoh
bergambar kenangan di kea garden


Bergelut Rasa Takut di The Sheep Sanctuary

Cameron Highlands X Ipoh

ini lah tempat kambing yang kitorang tengok dari atas tadi. ingat free tau. hahahhaa nak free je kerja kau. harga tiket nak masuk sini rm8 bagi orang dewasa, dan rm5 bagi kanak - kanak. nanti dekat tiket tu ada rm1off bagi icecream yang diorang jual dekat pintu nak masuk tengok kambing. tapi tak 'claim' pun. rasa macam tak berbaloi. hahahha. 

Cameron Highlands X Ipoh
Cameron Highlands X Ipoh

masuk sini memang tak aman bagi seorang manusia penggeli. bukan geli sebab dia busuk, geli sebab dia binatang! tak duduk diam aku. nanti masa bayar tu dapat sekali makanan kambing (kotak kecil). boleh lah buat raso - raso. lagipun ramai yang masuk, kenyang jemaah kambing dekat situ. pakej berak sekali. ada kambing yang memang keluar dari kandang bersiar - siar menghiburkan orang macam aku. 

Cameron Highlands X Ipoh
kambing hensem

ada yang menyendeng -  nyendeng minta makanan. ada yang memang dalam kandang. ada yang slumber tidur dan berehat lelap mata. kalau nak acah - acah berani boleh lah duduk dekat dengan kambing yang tengah bersantai. contoh macam gambar dekat bawah hahaha. 

Cameron Highlands X Ipoh
bergambar bersama kambing

duduk dalam kawanan kambing ni, kerja aku berlari je. iwan lagi best. dia lari - lari lepastu tinggal aku dekat belakang. siap ada adegan tarik aku lepastu dia pergi depan tinggal aku dekat belakang. aduhai. geram je rasa. ingat dia jaga aku. rupanya jaga diri sendiri jela. 

Cameron Highlands X Ipoh
yang tepi tu buat - buat berani

Cameron Highlands X Ipoh

Cameron Highlands X Ipoh

Cameron Highlands X Ipoh

gambar ramai - ramai tak jumpa lah. sorry guys. ~

selepas bergelut rasa takut dengan kambing, langit kian mendung. dijangka akan hujan. cepat - cepat lah kitorang bergerak ke ladang teh yang diidam idamkan aku sejak dulu. aku tak kira, atleast ada 1 lah gambar dekat sana. sebab 27tahun hidup tak pernah bergambar dekat ladang teh. kasihan aku. 

disebabkan percutian tak dirancang ni lah, angan - angan aku bergambar di ladang teh tercapai. terima kasih guys~ nanti aku fikir apa lagi yang aku nak. hahahha.


Cari Ketenangan di Cameron Valley

Cameron Highlands X Ipoh

masa sampai sini, memang hujan dah turun. nasib tak lebat je. jadi kitorang redah jela alang - alang dah sampai sini. nanti kang terfikir - fikir pula dah sampai shah alam. harga tiket nak masuk sini rm3 bagi dewasa. kanak - kanak tak pasti lah. korang google jela ye. 

Cameron Highlands X Ipoh

tips nak dapatkan gambar yang semua jemaah ada dalam 1 gambar, korang kena offer diri untuk orang lain dulu lepastu baru kau minta orang tu tangkapkan balik gambar kau. win win situation lah kan. kalau nak mengharap jemaah yang ada, selfie jela mampu. takpun ambil gambar berdua bertiga, takpun tak cukup sorang. confirm punya. 

aku ingat ladang teh yang ada dalam bayangan aku ialah ladang yang kita boleh jalan - jalan dekat tengah. sekali yang ni, boleh dekat atas je. boleh la dari tak ada. boleh la update status lepastu tag nama 'ladang teh cameron'. kahkah~ 

Cameron Highlands X Ipoh

Cameron Highlands X Ipoh

Cameron Highlands X Ipoh

bergambar dekat sini memang lama. taktahu la apa yang menariknya. lupa nak cium daun tu. jadi tak pasti ni memang ladang teh ke tak. hahaha. boleh ek macam tu. rupa bentuk daun tu macam teh. tapi entahlah. lupalah. malas lah. asal ada gambar je dah lah. tu je nak sebenarnya. lepasni tak request lagi. nak request breakfast dekat ladang teh pula. 

aku baru je google ladang teh. ada terjumpa satu blog tu. aku nak request pergi sini lah pula ladang teh cantik. tak kira nak pergi juga nanti! nak gambar. 

Cameron Highlands X Ipoh

terasa macam dah lama sangat dekat situ, kitorang rehat sekejap dekat pondok dan sambung bergambar. lepastu pergi kedai teh dekat atas untuk beli sesuatu sebagai bukti kitorang pergi ladang teh. aku tak beli apa - apa. iwan beli teh tongkat ali yang kaw kaw pahit. hahahhaa. lantak ler. taktahu aku. 

sempat makan tengahari dekat kedai makan di tanah rata. mahal nak mampos. T_T



Singgah Tasik Cermin

kitorang pun bergerak balik ke shah alam. ni dah dekat luar singgah ler sekejap tasik cermin. dah viral lama baru ada masa nak singgah. dulu nak pergi saja - saja tidaklah. jauh sangat semata - mata demi dia. korang boleh lah baca entri; lepak ipoh.

Cameron Highlands X Ipoh

rata - rata semua gambar tasik cermin yang diambil oleh orang awam memang cantik. mungkin pakai iphone terkini dan diedit tahap maksimal. memang gambar lawa gila. menarik - narik aku yang jauh ni untuk pergi kesana. 

dah pergi dan dah sampai. boleh lah. hahahha. nak ambil gambar kena tunggu giliran. kalau tak, bergambar lah dengan background kawanan orang. nak masuk tasik cermin ni kena lalu gua. awal - awal pembukaan masa tak ramai tahu kewujudan tasik cermin, orang mungkin takut nak masuk gua ni. sekarang dah tak takut sebab dah ramai. sekarang dah tak tersembunyi lagi. tiket nak masuk kena bayar, parking pun kena bayar. panjang terowong dalam 50meter (hasil jawapan google).

Cameron Highlands X Ipoh
harga tiket 

Cameron Highlands X IpohCameron Highlands X Ipoh

tadaaaaaa ~ 

dinamakan tasik cermin sebab permukaan yang dihasilkan oleh tasik ni adalah pantulan dari sekeliling; gunung dan gua batu kapur. mungkin kamera aku tak cukup power nak menterjemahkan apa yang didefinisikan oleh 'tasik cermin' itu sendiri. warna air nya sangat lah menakutkan. gelap hitam dan pekat. eiii macam - macam aku dah bayang. 

dekat sini ada pakej untuk naik bot kot. aku dah buang pula dia punya kertas flyers. nanti korang pergi sana, korang dapatlah flyers tu. 

Cameron Highlands X Ipoh
hasil didikan cara bergambar madi/ noi. entah~ 

Cameron Highlands X Ipoh

Cameron Highlands X Ipoh
hasil gambar dari iphone

Cameron Highlands X Ipoh
cutiee cousin <3

Cameron Highlands X Ipoh

Cameron Highlands X Ipoh
masih berbincang cara nak ambil gambar kot?

itu sahajalah kenangan di cameron highlands X ipoh selama 2hari 1malam bersama mereka. diharapkan ada perancangan bersama lagi lah. kan kan. semoga semua murah rezeki boleh jalan - jalan lagi. amin ~ 

Post a Comment

0 Comments