assalamualaikum guys. today ~ bla bla bla
hahaha.
Omma dan Ayah Mengerjakan Umrah
sudah seminggu bersamaan tujuh (7) hari ; mak dan ayah di mekah mengerjakan umrah (1 disember 2022). rasa macam baru je semalam pergi hantar diorang ke klia 2. sajalah aku tulis heading tu 'omma'. mak aku, sukahati aku lah nak panggil apa. hahahha mak aku pun menyahut je kalau aku panggil dia omma. mengada nak style korea. boleh la ~
mak dan ayah aku ni pergi umrah dengan orang - orang kampung dia juga. mengimbau semula apa yang ayah aku cerita haritu;
Travel Agensi Menipu
aku kan selalu je tanya mak aku, tiket kapal terbang macammana? pukul berapa? bila? jawapan mak aku ialah "tak tahu". aku macam pelik la. sepatutnya lagi sebulan macam tu patutnya macam ada benda yang kita dah boleh tahu seperti naik penerbangan apa. aku pun tanya lah kenapa semua benda tak tahu?
ayah aku ceritalah; ayah dan beberapa orang kampung selalu desak - desak dalam group whatsapp berkenaan penerbangan mengerjakan umrah apa cerita? yelah weyh, ketua yang menguruskan penerbangan tu, which is orang yang bertanggungjawab sebagai ketua untuk orang kampung tu diammm je. ayah aku pun bengang la. dia pun buat lah kerja dia. (lebih kurang macamni lah cerita dia)
lepastu, beberapa meeting diadakan bersama travel agensi tu. tapi yang peliknya, ejen dia yang turun (sebagai orang tengah). orang travel agensi tu macam taktahu la. macam penipu kot?
ayah aku ceritalah; ayah dan beberapa orang kampung selalu desak - desak dalam group whatsapp berkenaan penerbangan mengerjakan umrah apa cerita? yelah weyh, ketua yang menguruskan penerbangan tu, which is orang yang bertanggungjawab sebagai ketua untuk orang kampung tu diammm je. ayah aku pun bengang la. dia pun buat lah kerja dia. (lebih kurang macamni lah cerita dia)
lepastu, beberapa meeting diadakan bersama travel agensi tu. tapi yang peliknya, ejen dia yang turun (sebagai orang tengah). orang travel agensi tu macam taktahu la. macam penipu kot?
ejen ni lah yang menguruskan ahli jemaah last minute. sepatutnya mak ayah aku terbang hujung/ atau tengah bulan. tapi tiba - tiba penerbangan diawalkan. lepastu, hotel pun baru tempah, tiket kapal terbang baru tempah. semua nya di saat akhir. gila betul. taktahu lah memang semua travel agensi menyusun kerja diorang macam ni, atau ada benda tak kena dengan travel agensi tersebut.
aku lupa nak tanya ayah aku apebenda nama travel agensi tu. nasihat pada korang; berhati - hatilah dalam memilih travel agensi. sekarang ni ramai scam. maklumkan, menggunakan jalan singkat untuk hidup senang didunia.
Terbang ke Bumi Serambi Mekah
hari yang ditunggu - tunggu pun tiba ~
aku adalah tanya mak aku; siapa je yang pergi hantar? mak aku cakap tak ada sesiapa. aku pun ha okaylah. macam biasalah, update story sana - sini. esoknya sepupu aku call; abang amin. dia tanya kenapa tak bagitahu dia yang makngah pakngah pergi umrah. lah, aku pun taktahu dia taktahu. sebab maklong aku tahu (ibu amin). jadi aku beranggapan keluarga maklong semua tahu lah kan?
dah abang amin call. aku pun serbasalah. sebab dia kata, dia ada dekat puncak alam. kalau dia tahu, dia tinggal nak gerak je pergi klia tu. tapi tulah, tak ada rezeki pula. merajuk dia ! sorry bang. abang amin ni walaupun cuma sepupu, tapi aku rasa dia ni merangkap 'real' abang untuk aku. dia banyak tolong aku juga dalam banyak hal. bila dia call cakap pasal tal bagitahu dia mengenai mak ayah aku ke umrah, jadi serbasalah pula sebenarnya. tapi benda dah jadi, tak boleh nak buat apa lah kan.
Valet Parking KLIA 2
aku dan suami aku masa sampai dekat sana, memang kitorang cari parking basement. aku bawa adik - adik aku yang kecil. adik aku yang lelaki bawa atuk aku dan mak ayah aku. atuk aku kan dah tak boleh nak jalan banyak sangat. entah macammana diorang boleh parking dekat valet parking. aku macam rm15 murah lah.
rupanya salah. RM15/jam! gila kau. HHHAHHA.
aku dan suamiku mengejek lah adik aku orang kayo. hahahhaha. masa ni pukul 11malam sampai 2pagi. apelah sangat. RM15 + 5 = RM20 . hahaha. aku rasa lah. aku lupa tanya dia berapa ringgit.
rupanya, tuhan bayar cash dekat aku sebab mengejek orang. esok nya berlaku hal tak dijangka! (2 disember 2022). nanti aku sambung cerita lagi okay.
seemoga mak dan ayah mendapat umrah yang mabrur. semoga segala urusan disana dipermudahkan. semoga mak dan ayah pulang ke malaysia dengan selamat, amin!
2 Comments
Tahniah
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan umrahnya
dan mendapat umrah yang mabrur
Semoga "omma" dan ayah diberikan kesihatan dan dipermudahkan segala urusan mereka disana.
ReplyDeletetak paham kan dengan manusia yg sanggup menipu benda2 yg berkaitan dengan ibadah... tak takut ke dengan dosa ni
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.