perancangan untuk ke melaka ni idea kakak noi dengan kakak syida. aku jadi orang terakhir yang tau. huhu. macam yang semua tahu, sabtu dan ahad aku sentiasa penuh dengan aktiviti yang berfaedah dan tak berfaedah. nak dijadi cerita, aku join je dorang. alang - alang dah ajak.
Hari Pertama di Melaka
gerak seawal 7 pagi. dalam group whatsapp memang kakak noi bagitahu pukul 7 sampai depan rumah. tapi dia sampai depan rumah aku awal lima minit. jadi, kalau berjanji dengan kakak noi memang kena ikutlah. sebab dia sangat menepati janji.
jalan helok sangat sebab tak jammed. sampai melaka dalam pukul 9 lebih. kitorang sarapan dekat roti canai kayu arang melaka. viral eh? entah. masa nak masuk laluan kedai ni, macam krik krik je. sekali dah masuk, takde tempat duduk kau. bertabah je buat muka sardin tepi meja orang. maaf makcik pakcik.
istimewanya kedai ni sebab roti canai dia masak guna arang bukan tong gas. rasa dia biasa - biasa je. takde apa yang menarik. biasalah orang malaysia, suka makan kat tempat viral. sanggup beratur panjang - panjang sebab nak wishlist tercapai (done roti canai kayu arang melaka). ha gitu. tapi kalau kau order nasi lemak, memang tak sampai 5 minit makanan sampai. masalahnya bukan nasi lemak dia yang viral kan? hahaha.
lepas je sarapan, kitorang gerak ke dataran pahlawan. jalan kaki sikit ke menara taming sari. memang niatnya pergi melaka nak ber - 'jalan' dan edisi makan je.
memang tak de langsung shopping barang. yela belacan dan apa segala bagai yang jual kat melaka ni, kat shah alam dan kl pun ada jual juga. harga pun lebih kurang je. so memang takde special apa pun. taming sari pun kitorang tak naik. hahhaa. nampak gaya trip pertama bersama officemate memang edisi turunkan berat badan.
kakak syida, dah timbang berat ke belum?
along, miza, kakak noi, kakak syida |
antara aktiviti sepanjang di melaka ialah ke muzium, makan, jalan, makan, jalan, makan, balik, tidur, makan, jalan, balik. senang je kan?
pemandangan biasa yang kau selalu nampak kalau datang melaka |
Muzium Samudera Melaka
ni sebahagian gambar yang di ambil sepanjang ber 'kelana' di muzium samudera. dengan 5 ringgit kau boleh masuk 3 tempat berbeza. aku nak bagi penerangan pun tak reti. hahahha. dalam gambar ni cuma ada 2 je tempat. lagi satu aku tak letak. sebab gambar tak lawa. sorry guys. nanti google jela eh?
sepanjang ber 'kelana' ni, tak sah kalau tak ambil gambar. so ni sebahagian gambar yang aku kongsi.
acah - acah kendit je ni. |
dua gambar di atas diambil dari atas kapal muzium yang tinggi dan besar. boleh nampak pemandangan air dekat belakang tu kan? panas terik ni. demi sekeping gambar sanggup je semua berkorban. ahahha.
cantik kan? pemandangan melaka. |
Jonker Walk, Melaka
lepastu jalan lagi sampai lah dah nak pukul 7, lepak jonker walk melaka pula. ada orang tu siap beli 'baju hujan' dengan kasut baru. sebab kaki dia dah tak rasa kaki. alahai kesiannya. hhhahahha. orang selfie pun dia lari nyorok kat kereta. hahhaha. menyesal tak trip kali ni awak?
jonker walk |
ni lah pemandangan jonker walk. tak banyak gambar yang diambil sebab hujan turun manja - manja. kesiann. tak berani nak beli apa - apa, cuma singgah kedai baju dengan beli coconut shake. lepas dah tawaf satu jonker walk, aku dengan kakak noi pergi dekat roundtheboard yang aku tatau namanya apa.
tengah tengok jodoh ada ke tak? |
kitorang naik tangga tinggi lepastu lepak dekat situ berdua semata - mata nak shoot light trail yang tak berapa nak lawa. maklumlah newbie kan?
light trail melaka |
yang nak komen pasal light trail di alu - alukan. mana tahu boleh improve lebih baik dan lebih bagus. kan kan?
kakak noi busy whatsapp hasben |
beberapa minit lepas tu, along dengan kakak syida pun sampai atas. lepak atas ni tak buat apa pun. sekadar buang - buang masa je. malam kitorang makan dekat asam pedas jr.
asam pedas dia biasa - biasa je awak. |
Hari Kedua di Melaka
pantai dekat dengan homestay |
sebelum tinggalkan rumah sementara, aku bergambar dekat sini. kalau lepak petang - petang best kot. sebab angin pantai sejuk. sambil - sambil makan laksa ke, cendol ke, jagung panas - panas. merecik. tapi berangan jela. semua tu takde pun. kalau nak kena jalan kaki sikit luar dari pagar apartment ada pasar mini. dah beli tu, lepak la sini. best.
hari kedua cuma singgah pantai dengan makan - makan je. ni gambar dekat pantai.
disebalik tabir |
gambar ni paling cantik, sebab kendit. |
aktiviti kat pantai, main belon sampai habis. hahaha. terima kasih kakak syida untuk 'backdrop'. gambar yang sama, lokasi sama, reaksi muka dan gaya je berbeza. untuk dua hari satu malam di melaka, berjaya kumpul 359 keping gambar dalam kamera. dalam handphone masing - masing tak tahu lah berapa banyak. tak kira.
ni baru trip melaka. kalau ni trip overseas, mungkin 1 hari dah 500 keping? mungkin ~
belakang tu hasben kakak noi. tapi gambar dia separuh je. hahaha. takut kena marah upload gambar dalam blog. |
3 Comments
Welcome to Melaka.
ReplyDeleteSuka bc words dlm entri ni.
Comel. Buat aida tersenyum...
terima kasih kak ^_^ sudi baca entri
Deletenak pergi melaka bulan 11 ni tetiba nampak entry ni haha.nak try jugak roti canai tu
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.