Cara Mengenalpasti Logo Halal Malaysia Yang Sah

 
Cara Mengenalpasti Logo Halal Malaysia Yang Sah

assalamualaikum semua. harini aku nak kongsikan berkenaan logo halal. logo halal ni bukan hanya ada di malaysia, tapi diseluruh negara. cumanya kita ni tak berapa nak tahu sangat. jadi kalau korang melancong di negara luar dan terlalu was - was tentang sesuatu produk halal, korang boleh klik pautan; senarai badan pensijilan halal luar negara untuk mengetahui lebih lanjut.


Logo Halal Malaysia

Cara Mengenalpasti Logo Halal Malaysia Yang Sah

korang mesti biasa tengok logo halal kan? tapi korang pasti tak yang itu memang betul logo halal? hahhaa. benda pertama yang korang kena semak selepas dapat sesuatu produk ialah; logo halal. macammana nak kenal pasti yang tu sahih logo halal? 
  1. 2 bintang kecil (5sudut) untuk mengasingkan perkataan Melayu dan Inggeris
  2. perkataan 'HALAL' di tengah
  3. contoh nombor: 
    • MS1500:2019 (Nombor Standard Halal Malaysia yang berkaitan)
    • 1 200-05/200 (Nombor rujukan yang merangkumi klasifikasi pensijilan. 10 digit yang terakhir nombor rujukan fail pemohon)
  4. perkataan 'MALAYSIA' dalam bulatan
  5. perkataan 'حلال' dalam bahasa arab di tengah antara bintang
  6. perkataan 'ماليزيا' dalam bahasa Arab
wajib ye ada yang nombor 3 tu. kalau kata produk tersebut hanya ada logo halal sahaja, ketahuilah bahawa produk itu cuma tampal sendiri logo halal. maksudnya produk mereka tak pernah mendapat pengiktirafan JAKIM! 

Semak Produk di dalam Direktori Halal Malaysia

Cara Mengenalpasti Logo Halal Malaysia Yang Sah
gambar depan


dekat atas ni, aku ada ambil gambar keropok super ring. cuba korang tengok gambar depan tu. aku ada bulatkan logo halal dan nombor siri. maknanya logo ini telah sah halal yang diiktiraf JAKIM ya. dah settle dan tak perlu runsing lagi. 

Cara Mengenalpasti Logo Halal Malaysia Yang Sah
gambar belakang


ada cara lain ke nak semak halal? ada. korang boleh klik pautan ini; halal direktori. okay nak kena buat apa? korang kena masukkan nama syarikat. korang pusing la keropok super ring tu bahagian belakang. aku dah siap  bulatkan alamat. 


Cara Semak Produk Guna Halal Direktori

Cara Mengenalpasti Logo Halal Malaysia Yang Sah

masukkan nama syarikat dan klik logo 'carian'.
untuk cari tahu mengeni super ring, aku masukkan nama 'oriental food'

Cara Mengenalpasti Logo Halal Malaysia Yang Sah

keluarlah. tadaaaaa ~ 
sah halal ! sijil masih belum expired.
nak tahu lebih lanjut, korang klik butang carian tu.

Cara Mengenalpasti Logo Halal Malaysia Yang Sah

kalau guna laptop/ pc, korang boleh klik butang ctrl + f. taip super ring

Cara Mengenalpasti Logo Halal Malaysia Yang Sah

haaaa. nampak? masih belum tarikh luput. dah komfem halal! hahhha


kalau korang nak semak produk atau sesuatu benda yang lain, korang boleh lah klik 'sila pilih negeri' dan juga bahagian 'sila pilih kategori'. negeri tu boleh rujuk pada produk berkenaan. untuk mengetahui sesuatu kategori, korang boleh rujuk pautan ini; skim pensijilan halal.

okay itu jelah aku nak kongsi. nanti aku kongsi benda lain pula. terima kasih kerana membaca.

Post a Comment

0 Comments