Siapa Yang Layak Memohon Sijil Halal
Permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) adalah bersifat SUKARELA dan TERBUKA untuk pihak-pihak yang berpotensi dan berkelayakan seperti berikut:-
- Pengeluar/Pengilang Produk
- Pengeluar/Pengilang Kontrak (OEM)
- Pengusaha Pembungkusan Semula
- Pengusaha Premis Makanan/Katerer/Dapur Berpusat
- Pengusaha Rumah Sembelih
- Penyedia Perkhidmatan Logistik
Semua permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) hendaklah dibuat secara atas talian melalui sistem MYeHALAL.
Syarat Pensijilan Halal Malaysia
Pemohon atau pengilang hendaklah:
- berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Suruhanjaya Koperasi Malaysia/ lain-lain agensi kerajaan;
- mempunyai lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ surat akuan dari agensi kerajaan;
- beroperasi sepenuhnya terlebih dahulu sebelum permohonan dibuat;
- mengeluar dan/ atau mengendalikan produk halal sahaja serta mematuhi standard halal yang ditetapkan;
- memastikan sumber bahan ramuan adalah halal dan memilih pembekal yang membekalkan bahan-bahan halal atau mempunyai sijil pengesahan halal yang diiktiraf;
- memohon semua jenis produk/ menu yang dikeluarkan di kilang/ premis berkenaan;
- permohonan bagi pembungkusan semula (repacking) hendaklah mengemukakan sijil halal yang diiktiraf bagi produk tersebut; dan
- permohonan yang tidak layak memohon adalah seperti berikut:
- produk yang tidak halal;
- sebarang permohonan yang tidak mempunyai standard rujukan/ garis panduan;
- syarikat yang mengeluar dan mengedar produk halal dan tidak halal;
- penggunaan jenama yang sama bagi produk halal dan tidak halal;
- produk/ premis makanan yang memberi implikasi negatif terhadap agama dan sosial (contoh: pusat karaoke, pusat hiburan, dadah, rokok, pewarna rambut, pewarna kuku dan lainlain);
- produk semulajadi yang tidak melibatkan sebarang proses seperti ikan segar, sayur-sayuran segar, telur segar (fresh egg) dan seumpama dengannya;
- baja dan makanan binatang;
- pinggan mangkuk;
- kertas;
- produk yang menggunakan nama atau nama yang sinonim dengan produk tidak halal atau istilah yang mengelirukan seperti ham, bak kut teh, bacon, beer, rum, hotdog, charsiew dan seumpama dengannya;
- produk siap dalam dan luar negara yang dilabel semula (relabelling) tanpa menjalani apa-apa proses di Malaysia;
- dapur/ premis makanan/ perkhidmatan penyajian makanan yang menyediakan makanan yang haram dari segi Syarak;
- produk yang masih dalam peringkat awal penyelidikan dan pembangunan (R&D);
- produk yang boleh membawa kepada penyelewengan akidah, perkara khurafat dan penipuan; dan
- hotel yang mempunyai dapur yang menyediakan menu berasaskan babi.
- tanpa mengambil kira nombor 4, produk-produk yang tidak mempunyai standard rujukan/ garis panduan yang menepati kriteria seperti di bawah boleh dipertimbangkan
- mempunyai direct contact dengan makanan;
- wujud keraguan pada sumber bahan pembuatan/ ramuan yang kemungkinan dari sumber halal atau tidak halal;
- digunakan sebagai bahan bantuan pemprosesan (processing aids) dalam proses pembuatan makanan; dan
- tidak menimbulkan kekeliruan jika dipersijilkan. Contohnya: penapis air; sabun pencuci; surface sanitizer; lubricant (food grade); bleaching earth; tawas dan gas.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.