okay guys, assalamualaikum. harini aku nak kongsi berkenaan skim pensijilan halal di malaysia. sebenarnya kalau korang google, korang akan jumpa dimana - mana. tapi saja aku share dekat blog aku untuk pembaca blog. kot ada yang berminat kan?
skim pensijilan halal dimalaysia ada 9 jenis. okay jom kita ambil tahu.
Takrifan Skim Pensijilan Halal
Produk Makanan dan Minuman
Produk makanan dan minuman Bermaksud barang-barang yang dibuat atau dihasilkan untuk manusia.
Logistik
Logistik bermaksud perkhidmatan pengangkutan barangan dan/ atau perkhidmatan rantaian kargo atau penggudangan dan aktiviti berkaitan atau peruncitan yang berkaitan dengan pengurusan dan pengendalian makanan, minuman dan barangan.
Kosmetik dan Dandanan Diri
Kosmetik dan dandanan diri bermaksud bahan dan sediaan yang dibuat untuk bersentuhan dengan pelbagai bahagian luaran badan (epidermis, rambut, kuku, bibir dan organ sulit luaran) atau pada gigi dan saluran mukus di mulut. Ini bertujuan semata-mata untuk membersih, mewangikan, merubah penampilan dan/ atau membaiki bau badan dan/ atau melindunginya atau memeliharanya dalam keadaan baik.
Farmaseutikal
Farmaseutikal merujuk kepada produk farmaseutikal dalam bentuk dos siap termasuk produk ubat-ubatan preskripsi dan bukan preskripsi untuk kegunaan manusia (biofarmaseutikal, radiofarmaseutikal, ubat-ubatan tradisional, tambahan khasiat makanan dan ubat-ubatan penyelidikan) yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
Rumah Sembelih
Rumah sembelih bermaksud tempat atau premis untuk menyembelih dan memproses binatang secara komersil.
Pengilangan Kontrak/ OEM
Syarikat OEM merujuk kepada pengilang yang menawarkan perkhidmatan
pengilangan kepada syarikat lain secara kontrak.
Premis Makanan
Premis makanan Bermaksud sebarang bangunan atau apa-apa struktur, kekal atau sebaliknya bagi penyediaan, penyajian dan penjualan sebarang makanan seperti restoran, medan selera, kafeteria, kedai bakeri, kedai kek dan pastri, restoran makanan segera, restoran francais, kantin, kiosk, katering, dapur hotel dan lain-lain.
Barangan gunaan Bermaksud barang-barang bukan makanan dan minuman.
2 Comments
Logo halal tiruan pun banyak sekarang
ReplyDeleteBETUL tuan. yang tiruan ada, yang letak logo real pun ada. walhal, mereka tak pernah diiktirf halal apetah lagi mendapat sijil halal dari JAKIM
Deleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.