Selamat Ulangtahun Perkahwinan, Cintahati


Selamat Ulangtahun Perkahwinan, Cintahati

dengan izin tuhan. 26 oktober 2021.

terjadilah entri ini. selamat ulangtahun perkahwinan, cinta hati. walaupun masih setahun jagung dalam membina rumahtangga, itu bukanlah halangan untuk aku meraikannya. 365hari bukanlah sekejap. satu waktu yang panjang, namun tak terasa masa berjalan. tak tersedar waktu.


Ulangtahun Perkahwinan, Pertama

Selamat Ulangtahun Perkahwinan, Cintahati


masih terngiang - ngiang; "tangan sejukla, tangan berpeluh." kata suami. aku gelak. tak ada apa nak dirisau. langsung tak ada perasaan. cuma tak sabar 'nikah'. itu sahaja rasa yang ada. tangan suami berpeluh, dan dimulutnya berulang - ulang menyebut nama aku. sesekali membuat lawak hambar berkenaan 'sah'. hahaha. aku gelak je, itu bukan bahagian aku. kau tunggu jelah nanti. hahaha.

kami nikah dipejabat agama. tak ada feeling 'masjid' dan perasaan yang hiba. khutbah nikah juga kedengaran tak menzahirkan rasa sebak seperti rasa yang hadir pada kebanyakkan orang, sehingga mengalir air mata. cuma sesekali ada rasa gerun tentang tuhan, agama, dosa pahala dan tanggungjawab. 

antara dengar dan tak dengar sahaja suara yang membaca khutbah, kerana mulut ditutup pelitup muka. begitulah kisah kami, nikah PKP. 

tak sangka kan? aku sudah menjadi isteri. tuhan makbulkan kehendak aku yang terbengkalai tiga tahun lalu. tuhan maha baik!


Segalanya Ada

Selamat Ulangtahun Perkahwinan, Cintahati

kalau nak ingat balik, doa aku meminta pasangan tu kan. aneh - aneh. contohnya, aku nak lelaki yang selalu mesej panjang - panjang. yang tak jemu nak ucap benda sama hari - hari. yang tak rasa rimas kalau aku gesel - gesel dia macam kucing, dan lain lain. nampak macam bodoh je kan? hahaha. tapi semua aku dapat. tuhan dengar 'warkah - warkah' doa yang aku titipkan walaupun aku masih manusia jahil dan tak sempurna agamanya saat ini. 

tak perlu nak ulas panjang, sebab aku terlalu rasa syukur dengan hadiah dari tuhan untuk aku. pasangan yang baik, mertua yang baik dan hebat. alhamdulillah. aku dapat semua. nikmat apa lagi entah yang aku nak dusta. cuma sesekali, biasalah. kewangan berkurangan. namun tuhan tak pernah bagi kami lapar. dalam pada tak ada duit langsung kadang - kadang, kami tetap kenyang! itulah lumrah kehidupan. 

semua ni kenangan bersama suami. pernah susah pernah senang. tetap lah sama - sama walau jatuh dan bertatih. perjalanan masih panjang lagi. 


Chicken Rice Shop

untuk mengenang semula pertemuan pertama kami, suami bawa aku ke chicken rice shop sekitar shah alam. tempat pertama yang real dulu di chicken rice shop times square. korang boleh baca entri perkenalan singkat untuk lebih details gitu. 

kami tak ada sambut apa pun, cuma makan kenyang dan lebih saling menghargai satu sama lain menjelang tiga ratus enam puluh lima hari. semoga kami tetap saling bersama walaupun menginjak 1000 tahun kedepannya lagi. 

Selamat Ulangtahun Perkahwinan, Cintahati

Selamat Ulangtahun Perkahwinan, Cintahati

ini lah gambar setahun lalu. tetap kacak dan hensem di mata aku selamanya. tetap masih macam hari pertama. hari - hari begitulah, memberi warna. bila tak ada, rindu. kalau ada depan mata, mengalah macam semalam tak jumpa. harap nya begitulah tiap hari. menganyam rindu macam budak remaja yang baru nak bercinta. 

tulis ni pun, tersenyum - senyum. HAHHAH. lepastu pandang suami, nyorok - nyorok. gatal kau nyah. tapi inilah lelaki asing yang aku selalu doakan dulu supaya wujud dalam hidup aku. 

Lima ratus empat puluh empat hari yang lalu, buat pertama kalinya berbuka puasa didepan orang asing ini. Buat buat malu dan cepat betul rasa kenyang. Chicken rice shop. Biru. Bersiar siar secara rawak. Bersembang kosong, sesekali tentang hala tuju yang tak pasti.

Tak pernah terfikir dan terbayang, melalui proses hidup bersama lelaki ini. Belajar melukis dan mewarna. Terbuktilah, bukan semua lukisan itu sempurna. bukan semuanya malap dan gelap. Menelan yang pahit - pahit dan memuntahkan rasa bahagia untuk meneruskan hidup kedepannya. Cuma ingin lukisan itu sempurna bila dilihat di masa depan nanti, sebagai masa lalu.

Sesekali bercakaran dan kembali berdakapan. Rindu. Amarah dan kegusaran diruntuhkan hanya dengan rindu.

Hari ini, ternyata sudah 365 hari bersama melayari hidup bersama. Cepat benar tak sedar. Ada banyak cabang yang telah kita lalu. teruslah melangkah walau jalannya berlopak tenggelam air.

Semoga rindu ini tak kan pernah mati dan cinta akan selalu hidup di hati kita, selamanya.

Selamat ulangtahun, sayang.

Rumah Kami

teringat masa pertengahan waktu kenal. dah kalut cari rumah sewa, lepas mengesahkan yang hubungan ni akan dimulai dengan pernikahan. macam baru semalam je buat carian rumah sewa. hahaha. baca entri disini; rumah K.I.T.A. kita sama sama hias rumah (saja claim walaupun dia sorang je yang buat kerja. sebab tukang bagi idea atau menolak idea pun kira turut serta berfikir kan? hhahah)

dah cantik dah rumah kita yunk. tempat kita bermesra dan bercakaran. tempat teduh bila kepala rasa sebal dan mual. tempat melepas rasa lelah dan payah. tempat berbaring selesa bila berhujan saat mencari rezeki. selesa untuk kita berbahagia. 

Untuk Suami

untuk suami. kita mampu melalui tiga ratus enam puluh hari tanpa rasa kesal dan khuatir, aku yakin kita mampu menjalani hidup walaupun 123456789 hari lagi untuk bersama - sama tanpa rasa ragu. semoga engkau akan terus dan selalu menjadi suami yang aku cita - citakan. semoga engkau menjadi suami yang tak putus harapan pada isteri yang banyak kurang. semoga engkau menjadi suami hebat yang bergadai banyak masa untuk menggali rezeki demi kesenangan hidup di dunia yang penuh tipu. semoga engkau kan selalu menjadi suami hebat dimata aku. semoga engkau diberi sihat dan sembuh untuk segala sakit yang kau tanggung. semoga tuhan tak pernah padamkan rasa dihati kita untuk saling melengkapkan dan saling berbagi rasa; saling mencintai dan saling menghargai seluruhnya; saling memerlukan apa adanya untuk menyempurnakan hidup. semoga engkau itu, semoga engkau ini. 

semoga tuhan kan selalu memberi rezeki dan mendengar doa - doa kita. amin. 

Post a Comment

0 Comments