Sikit Je Lagi


Sikit Je Lagi

assalamualaikum buat semua pembaca kanvasdakwat yang masih setia. aku tak ada apa sangat nak tulis. cuma aku nak abadikan kenangan semalam (19/09/2021). semalam telah berlangsungnya sesi suai kenal keluarga lelaki dan perempuan.

aku rasa aku punya cara memang macam nak kena tampar. hahaha. orang lain kenalkan dulu dengan keluarga. aku pula, rancang semua benda sampai settle baru bawa jumpa keluarga (keluarga besar). aku bersyukur sebab semuanya dipermudahkan sangat - sangat. ada banyak benda aku nak tulis, tapi aku takut kena kecam. jadi, aku akan tulis semua selepas semuanya selesai dengan izin Allah. 

Acah acah Gigil

Sikit Je Lagi

aku tak tahu apa masalah aku semalam. aku tak mengigil, tapi aku cuma nervous. paling penting aku tak takut pun. kalau aku takut, tangan aku dah sejuk. masa potong kek ni, kena sorang - sorang. jadi aku macam weyh, semua orang pandang aku. aku tak boleh la. aku malu. aku tak ada keyakinan diri. sangat sangat maluuuuu. 

jadi semalam aku tak layan langsung keluarga belah lelaki. nasib baik maklong ada. maklong, ayah dengan atuk yang tolong borak dengan mereka. yang aku duduk jauh nun disana, sambil kuis - kuis baju mak aku. kuis - kuis karpet. sakai betul perangai. aku tak tahu apa masalah aku. aku punya tahap malu memang macam nak kena pijak. 

semua orang bahan aku semalam. sampai kena tarik weyh suruh duduk depan layan tetamu. aku tak boleh weyh. malu tahap teruk. umpama macam aku tengah dala dewan, kena duduk depan. bercakap. sambil disaksikan 100 orang dari kerusi penonton. kau gila? 


Para Sponsor Majlis

Sikit Je LagiSikit Je Lagi

terima kasih kepada kakak fatin (kakak kesayangan), sponsor cheesetart untuk aku. terima kasih kepada abang amin sponsor kek secret recipe. terima kasih maklong bawakan bahulu ibu, ikan keli sambal, sayur tumis. terima kasih ayah lanja laukkk. terima kasih emak sibuk - sibuk goreng kuih , susun atur makanan, terima kasih makcu tolong tolong duduk dapur dan bungkus makanan. terima kasih nenek dan atuk bagi pinjam rumah. 

terima kasih cikjue, hadiahkan tudung untuk kite. terima kasih 'ayah' sekeluarga sudi datang rumah. 

terima kasih semua yang hadir menyempurnakan majlis suai kenal keluarga. 


Gambar Rosak! 

Sikit Je Lagi
apa benda yang suka sangat tah

punya gelabah taik kucing. gambar aku pun dah macam apa -_-. gambar nak acah - acah pre wed dengan bunga pun ke laut gais. bunga dah siap - siap letak atas katil padahal. ahhhhhh sakit hati ahaha. sakit hatiiiii. 

malas kawan semua orang. tak ada satu pun gambar aku yang helokkkk. eii kenapa tah aku gelabah taik kucing. bukan diorang makan orang pun. hmmm


Sikit Je Lagi
le familia

korang doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar ya. terima kasih ^^. 
.... 
(gambar tersorok)

Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.