assalamualaikum.
saja nak share. aku kan dah lama tak membebel. hahaha. entri ini bukan untuk mengecam new era ya, tidak sama sekali. aku cuma share sahaja sebagai pengalaman dan pengajaran buat semua juga buat diri sendiri.
New Era Buat Sales
kalau ikutkan, dah 3 kali aku membeli belah di new era secara atas talian. best sebab setiap kali buat bayaran, item kedua akan jadi less 30% ke 50% bergantung.
nak dijadikan cerita, aku beli cap bulan Jun sebab ada sales. lepas aku buat bayaran semua, aku dapat less 30% untuk item kedua. aku beli sebab aku tak perlu bayar postage tak silap. sebab tu aku beli. hahaha. konon nya jimat.
dua - dua warna putih, lawa. sedihnya bila aku terima, cap yang pertama aku beli elok cantik. tapi cap kedua macam cap beli bundle. huhu. aku tahu warna putih, masalahnya kenapa satu lagi tu elok je cantik masih baru. hmm
Lambat Buka Kotak
aku tahu salah aku. patutnya, lepas dapat parcel terus buka dan check. hahah. ni selepas sebulan lebih baru gatal nak buka. yela, aku takut nak buka sebab nanti berhabuk kotor. bilik aku ni payah. lagipun cap ni aku nak hadiahkan dekat orang. sekali tak ada rezeki.
tapi masih ada peluang kot. aku kena google atau tengok youtube "cara - cara bersihkan cap dengan baik supaya kelihatan baru". hahahahhaha. lepas je aku taip ni, aku terus tengk youtube. hahahhaa.
kejap lagi habis kerja aku nak try. kalau tak jadi, tak pelah. dah tak ada rezeki. aku bakor jela. hmmm
cuma aku ada pertanyaan. memang barang yang ada less ni memang sebab dia dah buruk ke. huhu sebab tu dijual murah? aku ingat sebab nak habiskan stok atau sebab dah tak laku atau sebab barang tu dah habis dia punya famous.
Pengajaran
jadi pengajaran yang aku dapat.
bila beli barang terus buka. jangan tunggu nak meninggal baru buka. huhu. kalau ada apa - apa kerosakan baru lah boleh refund atau setidaknya ditukar yang baru.
aku rasa ni kalau nak tukar yang baru mesti aku kena bayar POSTAGE. KAHKAH. takpa lah, try basuh jela. harap bersih kesan pen tu.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.