Pengalaman Divaksin

 

Pengalaman Divaksin

disebabkan ramai masyarakat dah 'menyertai' vaksin, aku pun berani lah nak isi nama. kalau tidak, memang aku tak mau. untuk pengetahuan, aku baru divaksin semalam. memang aku langsung tak ambil gambar apa - apa. hahaha, malas betul. aku cerita kronologi jela ya.

temujanji aku dijadualkan jam 9pagi. seawal jam 7 aku dah bangkit mandi dan bersarapan beberapa ketul nugget bersama secawan milo. kemudian dalam jam 8 pagi aku dah keluar rumah. aku tidak terus ke tempat vaksin namun singgah di petronas dahulu untuk mengisi angin dalam tayar. 

ditempat mengisi angin pada tayar, ada pasangan kelantanes duduk di atas motor sedang bermadu kasih. sempat telinga aku didekap penuh pada bait - bait perbualan mereka. entah kenapa, ketika aku mahu menulis disini, aku sudah lupa semuanya. 

aku syak mereka pasangan jarak dekat namun terpisah dek wujudnya pkp pkpb pkppp kepala paip apa entah lagi. disebabkan masih terlalu awal, mereka memilih untuk mencurahkan kerinduan disitu tanpa mempedulikan aku yang ingin mengisi angin pada tayar kenderaan. 

sesudah semua angin dirasakan cukup untuk mengimbangi berat aku, aku terus menuju ke petron pula. tujuannya adalah 1. mengisi minyak kenderaan. eh? kenapa tidak isi di petronas? entah. aku tak suka. sempat aku beli se tin nescafe walaupun dirumah sudah menjamah secawan milo. 

1 hari tanpa nescafe ibarat 1 hari tanpa keriangan. 

minyak sudah diisi dengan berbekalkan rm20. aku tidak memecut laju, sebaliknya memacu kenderaan dengan penuh gaya memulakan perjalanan santai. lagu yang berkumandang di corong radio aku matikan dan gantikan dengan pemacu pena. lagu acab mula berkeliaran dalam ruang kenderaan aku. 

aku teruskan perjalanan gaya santai menuju ke mcdonals. aku ulang sekali lagi. walaupun aku sudah menjamah beberapa ketul nugget dirumah, aku tetap akan mencari makanan tambahan bagi memberi kan perut aku kebahagiaan dalam jangka masa pendek. sayangilah perut anda dan nafsu makan anda. 

kenderaan tidak banyak berbaris. cuma 2 kenderaan sahaja. 1 sedang memesan makanan dan satu lagi sedang menunggu makanan siap. aku dibelakang kenderaan yang sedang memesan makanan. tiba giliran aku.

"hai selamat datang ke mcdonals. boleh saya ambil pesanan cik?"  
"berikan saya sausage mc muffin without egg ala carte ."
"sausage mc muffin without egg 1 ala carte ya. boleh bayar didepan."
"terima kasih"

aku terus kan pemanduan dengan gaya santai sambil menikmati sarapan pagi kali kedua sambil mendengar lagu masdo bercanda dimalam indah sambil memotong kenderaan hadapan dengan penuh yakin. 

sambil sambil sambil sambil.

aku tiba di lokasi vaksinasi. aku melalui pondok pengawal yang pertama. seorang wanita lewat 20an meminta aku menurunkan cermin kenderaan. aku turut sahaja. 

"ya cik, atas urusan apa."
"saya akan divaksin puan."
"tunjukkan saya mysejahtera cik.", aku menunjukkan paparan skrin kepadanya. 
"baik cik. cik boleh terus. round the board pertama masuk kiri ya."
"baik terima kasih ya.", kami membalas senyum. 

aku memandu kenderaan mengikuti arahan pegawai wanita tadi. selepas belok ke kiri, aku sekali lagi perlu melalui pegawai yang kedua. 

"cik, dos pertama atau kedua?"
"pertama cik."
"ok baik, ikut sini dan parking kenderaan di kawasan sana ya"

aku mengangguk dan meneruskan pemanduan.

aku parking kenderaan di tepi mengikut saranan pegawai tadi. perut aku mula berkocak cemas. ah. sakit perut serta merta disusuli angin yang datang dari mana mencemarkan bau dalam kenderaan. shit. 

aku yakin ini anasir yang sering menganggu aku ketika cemas jika melihat ramai orang di kawasan yang ingin aku tuju. kocakan perut yang tiba - tiba hadir menganggu fokus. 

aku menghantar pesanan ringkas kepada kawanku, cyra. mengatakan aku sudah tiba dikawasan vaksinasi dan perut aku sedang dilanda badai. cyra bertanyakan jika aku perlukan seseorang untuk teman. aku kata, tidak perlu. tunggu aku habis urusan. cyra bertanya lagi, jika nak dia teman aku ketika berjumpa doktor. aku iyakan. 

dengan berbekalkan yakin, aku keluar menuju kawasan orang ramai. beratur dan scan my sejahtera. pegawai disitu minta aku refreshkan profile my sejahtera dan tunjukkan jadual temujanji. aku diminta untuk duduk dibarisan kerusi yang disediakan. 

setiap beberapa saat kami semua diminta untuk berganjak ke kerusi depan jika kosong. pergerakan teratur dan mengikut sop. namun, perut aku masih berkocak. aku cuba bertahan agar angin yang mencemarkan udara tidak keluar dengan sengaja. 

sampai dikerusi paling hadapan, aku diminta mengeluarkan kad pengenalan dan tunjukkan paparan temujanji di layar skrin. staf bertugas ingin memastikan nama yang dipaparkan adalah mengikut nama di no kad pengenalan. kemudian aku dipanggil masuk ke dalam dewan untuk mengisi borang serta beberapa pertanyaan untuk pengesahan nama penuh, no kad pengenalan, pekerjaan dan juga alamat rumah. juga scan qr code sekali lagi. 

kemudian aku diminta untuk ke kerusi yang telah disusun untuk bertemu doktor bagi menjawab beberapa pertanyaan. mungkin diberi konsultasi ringkas berkenaan sejarah penyakit atau yang berkaitan. 

selepas itu, aku ke kerusi dibahagian hadapan dan tunggu giliran sebelum bertemu doktor 'sebenar' untuk mendapatkan vaksin dos pertama. perut yang berkocak masih begitu. 

beberapa minit kemudian, aku diminta masuk ke bilik berkenaan. gemuruh. acah - acah. 

"assalamualaikum. ....", kemudian doktor memberi penerangan ringkas tentang vaksin yang akan diberi.
"jangan tengok ya pandang depan. tp orang depan pun nak kena cucuk juga". waktu ini aku macam nak gelak ke tak ye. tapi aku tahan dan mengekalkan rasa kalut. 
"Bismillah. tarik nafas dan lepas perlahan layan ya". 

tahu - tahu jarum sudah ditanggalkan dan kapas di tampal pada bahagian dicucuk tadi. 

aku keluar dan dibawa ke tempat menunggu jika sekiranya berlaku apa - apa selepas menerima vaksin. 

aku beratur dan ambil no giliran untuk mendapatkan temujanji kedua. 

ketika aku sampai nombor waktu itu ialah 105 mungkin. dan aku 135. rasa macam lama nak kena tunggu rupanya tidak. sekejap sahaja urusan ter selesai tanpa tersedar.

sampai jam 9pagi dan vaksin jam 10 macam tu. atau mungkin lebih awal. 

kesan selepas divaksin, cuma mengantuk dan lenguh yang tak berapa nak lenguh. aku mengantuk tapi tak boleh tidur. sudahnya tidur jam 12 juga. 

aku hanya ambil panadol beberapa jam selepas divaksin kerana kuatir demam. harini aku sihat sejahtera seperti hari - hari biasa.

okay itu je nak cerita. sekian. oh lupa, lepas habis vaksin. aku jumpa cyra. dia bawa aku pusing bangunan. hahahhaa. lepastu aku hantar dia ke pejabat dan parking di pintu masuk untuk gosip terkini. 

okay bye. 

selamat bervaksinasi dan selamat menunggu giliran! jagan takut tau. 

Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.