hai berjumpa lagi kita di entri pengalaman divaksin bahagian 2. apa khabar semua? masih menunggu giliran atau sedang takut menunggu hari tiba selepas mendapat tarikh temujanji. kalau korang ada baca entri pengalaman divaksin yang pertama, waktu itu aku sihat sejahtera.
selepas beberapa hari, mungkin hari isnin 12 julai kalau tak silap. aku dah mula selsema tiba - tiba. tapi aku tak demam, aku yakin. aku cuma selsema. cuma tak pasti, selsema tu memang dari kesan vaksin atau dari kesan habuk (sebab ada resdung). memandangkan aku memang dah lama tak terima kesan resdung, aku beranggapan selsema yang hadir ni puncanya dari vaksin.
kenapa yakin sangat? sebab bukan aku je kena. mak aku yang jarang selsema pun tiba - tiba selsema. ayah aku pun sama. aku dan mak vaksin pada tarikh yang sama, cuma waktu je beza.
jadi selepas beberapa hari aku sihat, tiba - tiba je selsema. memang aku nonstop makan panadol mengikut waktu. aku beli 100 plus, minum air kepala. punya taknak pergi klinik. hahaha.
harini selsema aku dah okay. semalam masih tersumbat hidung. harini macam dah nak merdeka! yeayyyyy.
jadi itu sahaja lah rasanya kesan vaksin terhadap badan aku. yang lain tak ada apa sangat. mood makan masih sama tak berubah hahahhaha.
1 Comments
Tahniah dah dapat vaksin
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.