Berbuka dengan Geng CODM

 

Berbuka dengan Geng CODM

tak plan dan tiba - tiba je jadi. heee. oh sabtu dan ahad aku kerja, kesian kan? jadi aku rasa macam nak berbuka dekat luar, sebab acah - acah stress gituh. kebetulan aqish update status nak berbuka dekat luar, siapa nak teman. gituh lah bunyi nya. 

aku pun reply komen. sekali terus jadi. makan dekat food court je. setapak central. sedap juga menu nya. banyak pilihan. 

aqish tu kawan cod yang aku kenal masa dalam 7sun dulu. boleh baca di masuk 7sun dan kali pertama jumpa di bukit bintang. 7sun ni clan pertama yang aku masuk dan menjadi clan ke tiga selepas clan CJ dan clan apa ya lagi 1. lupa terus. hahahha. 

Setapak Central

Berbuka dengan Geng CODM

ingat nak berbuka di seoul garden. nampak gaya full booking. cuba nak booking melalui online tapi tak lepas, tak fikir pula nak telefon. tu lah makan je dekat food court. berbaloi je dan sedap spegeti oglio nya. tq RJ belanja. semoga murah rezeki ya. sepatutnya kena ada Ahcik sekali, orang yang pernah aku crush kan dulu HAHAHA. tapi beliau di seremban pula. padahal semalam nya tu elok je selfie tengah kerja. tahu - tahu dah dekat kampung ya. pandai betul buat kerja. 

Berbuka dengan Geng CODM
kecik, aqish, RJ

'Lepak' Bukit Ampang


lepas makan tu, sebab dah tak ada sangat aktiviti. beli aiskrim dekat bubblebee dekat area mana tah. wangsa maju ke? hahaha. lepastu jalan ke bukit ampang. tak sampat pun panas bontot, polis datang serbu. terima kasih abang motor menyampaikan pesan dekat kengkawan lain. heee. dah semua gegas balik. 

tapi sebabkan dahaga teruk, lepak kejap lah dekat restoran. minum air. gigil kaki aku. malam - malam minum air sejuk. laiinmacam sekarang ya badan aku punya tak boleh tahan sejuk. gedik betul. 

Berbuka dengan Geng CODM

mekasih sudi buka puasa sama - sama ^^

Post a Comment

1 Comments

  1. tak rancang mmg best haha kalau rancang 10 tahun akan dtg belum tentu dapat berbuka sesama 😂

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.