- December 30, 2021
- 0 Comments
Sepenuh hati merindu
Mengapa aku kau cinta
Jika hatiku sering kau luka
Di mana kemesraanmu
Ku rindu gurau sendamu
Bahagiaku pelangi hidupmu
Mewarnai hembusan nafasmu
Pernah kau berkata
Biar sampai kepenghujungnya
Kau takkan mendua
Kau takkan meluka
Itulah janjimu
Ku percaya segala kata katamu
Ku percaya bilaku hilang tawamu
Ku percaya akulah yang teragung di hatimu
Ku percaya segala janji janjimu
Ku percaya bilaku hilang sendamu
Ku percaya akulah yang teragung di hatimu
Jangan engkau muncul lagi
Menjutakan maafku sampai disini
Biarku pendam sendiri
Pergiku terasing sepi
Maafmu berjuta bagiku
Usah engkau kembali
Cukup di sini
- December 30, 2021
- 0 Comments
Tak akan kuulangi
Maafkan jika kau kusayangi
Dan bila ku menanti
Pernahkah engkau coba mengerti?
Lihatlah ku di sini
Mungkinkah jika aku bermimpi?
Salahkah 'tuk menanti?
Takkan lelah aku menanti
Takkan hilang cintaku ini
Hingga saat kau tak kembali
'Kan kukenang di hati saja
Kau telah tinggalkan
Hati yang terdalam
Hingga tiada cinta
Yang tersisa di jiwa
- December 30, 2021
- 0 Comments
EPISOD : 13
TARIKH TAYANGAN : 12 November 2021
WAKTU SIARAN : Rabu-Sabtu, 9:00 malam
RANGKAIAN : Lestary TV3
SKRIP : Azril Hamzah, Amin Shakib dan Shida Zali
PENGARAH : Johan Bahar
PRODUKSI : Art Ornament Sdn Bhd
PELAKON :
Afieq Shazwan, Yuna Rahim, Keith Foo, Fimie Don, June Lojong, Syanie Hisham, Khal Isyaf, Sani Sudin, Iqbal Mazlan, Suraya, Kamal Ibrahim, Aiyuni Hashim
WATAK PELAKON
Afieq Shazwan sebagai Hairi
Yuna Rahim sebagai Neesa
Keith Foo sebagai Azman
WATAK PELAKON
Afieq Shazwan sebagai Hairi
Yuna Rahim sebagai Neesa
Keith Foo sebagai Azman
- December 28, 2021
- 0 Comments
Sejak kita berjauhan
Hati ku rindu tak tertahankan
Sungguh ini tak ku mau kan
Karna harus berbeza keadaan
[Thomas Arya]
Ku Juga Sama sepertimu
Tersiksa menahan rindu
Namun apalah daya ku
Harus mengalah pada jarak dan waktu
[Ovhi Firsty]
Dirimu tak bisa kusentuh
Karena raga kita terpisah jauh
Kau kan slalu ku rindu
Karna kau bertahta dalam hatiku
[Thomas Arya]
Walau kita berbeza jauh
Satu yang ku pinta dari dirimu
saling percaya saling setia
Kau dan aku pasti akan bersama
[Ovhi Firsty]
Cepat lah pulang
Ku rindu hadirumu sayang
[Thomas Arya]
Sabar Menanti
Diri ku pasti akan kembali
- December 28, 2021
- 0 Comments
Luka yang kau tinggalkan
Tak terpadam walaupun membalutnya
Pedihnya hati ini mengenangkan kembali
Kemesraan cinta kita
Hancur berkecai di simpang jalan
Mengapa tergamaknya hatimu
Menghancurkan impianku untuk memilikimu
Apakah tidak layak untukku
Menyuntingkan dirimu
Menghiasi kamarku yang gelita
Mengapa tergamaknya hatimu
Menghancurkan impianku untuk memilikimu
Apakah tidak layak untukku
Menyuntingkan dirimu
Menghiasi kamarku yang gelita
Segalanya telah berakhir
Tanpa kerelaan daku
Ku terima suratan takdir
Untukku melupakan dirimu
Ku terima suratan takdir
Untukku melupakan dirimu
- December 27, 2021
- 0 Comments
Terlalu memikirkan egoku
Tak mampu buatmu bersanding nyaman denganku
Hingga kau pergi tinggalkan aku
Terlambat sudah
Kini kau t'lah menemukan dia
Seseorang yang mampu membuatmu bahagia
Ku ikhlas kau bersanding dengannya
Aku titipkan dia
Lanjutkan perjuanganku 'tuknya
Bahagiakan dia, kau sayangi dia
Seperti ku menyayanginya
'Kan kuikhlaskan dia
Tak pantas ku bersanding dengannya
'Kan kuterima dengan lapang dada
Aku bukan jodohnya
Aku titipkan dia
Lanjutkan perjuanganku 'tuknya
Bahagiakan dia, kau sayangi dia
Seperti ku menyayanginya
Dan 'kan kuikhlaskan dia
Tak pantas ku bersanding dengannya
'Kan kuterima dengan lapang dada
Aku bukan jodohnya, oh-wo-wo
Oh, aku titipkan dia
Lanjutkan perjuanganku 'tuknya
Bahagiakan dia, kau sayangi dia
Seperti ku menyayanginya
'Kan kuikhlaskan dia
Tak pantas ku bersanding dengannya
Dan 'kan kuterima dengan lapang dada
Aku bukan jodohnya
- December 17, 2021
- 1 Comments
assalamualaikum pembaca blog KD.
harini aku cuti sebab AL. pagi tadi lepas siapkan sarapan untuk husband yang tak seberapa, dalam pukul 8 lebih macam tu aku hantar report yang tak siap dekat bos dan aku kembali bermimpi. heee. dalam pukul 10 macam tu baru aku bangun. weyh panas tahu tak walaupun gerimis. eh maroh betul.
CEO Halal Academy Rajin Masak
tanggal 13disember2021, kak noi dah pesan pada semua orang. 'esok' jangan bawa bekal/ beli makanan dekat bawah sebab bos nak masak. kak syu pun tulis lah menunya dalam group whatsapp team. ada sambal udang dan lain - lain. sekali ada pula orang komen nak petai. ahahah tahu - tahu je petai sampai. cuma aku tak pasti petai tu dah siap tanggal kulit atau belum. en anwar cakap petai tu dia yang kopek. tapi aku rasa aku macam kena tipu. tah - tah petai tu beli siap - siap kopek. halah - halah.
tanggal 14disember2021 seawal jam 10lebih macam tu, alif dah tenang - tenang potong sayur. pukul 11 tuntang tungtang dekat pantri. pukul 12.50 semua dah siap. perempuan - perempuan dekat ofis rilek je tak buat apa. hahahahaha. nak tolong basuh - basuh periuk. tapi macam, semua dah settle tiba - tiba. serbasalah pula.
2 Menu Utama dan Sayur
udang tu hasil kerajinan kak syu togelkan kulit hahhaa. kesian udang tu togel. nak makan pun senang, masuk mulut terus tak ada lah nak kotor kan tangan macam selalu.
tadaaaaa.... |
macam masak dekat rumah ye dak. semua bahan ada, serba lengkap. hahhaa. memang kenyang betul. nasib lah aku tak letak nasi banyak - banyak. kalau tak, mesti tak habis. tu pun macam dah penuh. yelah, ingat kan lapar. huhu
lepas dah siap makan tu, en anwar pusing dekat semua meja. dia bagi cekelat pulak. hahahhaha. memang dia na kita semua membesar lah kot.
Roti Sosej dan Keju
oh aku lupa. 13disember en anwar masak lagi. hahahha. banyak betul dia masak untuk staf. mula - mula dia tanya, siapa nak roti. dia nak masak. pastu macam tak ada sambutan. dia tanya lah sorang - sorang.
mieza, awak nak roti sosej tak?tak apa, saya taknak en anwar.awak biar betul?ya betul saya taknak.awak ni semenjak kawin sombong betul la. saya masak pun taknak.tak pe, en anwar masak jela. saya makan.
terus dia buat, dan aku pun makan. hahahhaa
pastu semalam kak noi bawa pisang. alif siap dah keluarkan tepung sebab en anwar cakap nak buat cekodok. aku tunggu ler cekodok tu. tak hadir - hadir sampai jam 5.30. tiba tiba, masa tengah whatsapp dengan kak noi tadi, dia makan cekodok. rupanya cekodok tu hadir harini, semalam tak de. hahahhaa.
takpo, esok aku masak cekodok juga! padan muka. tapi bukan cekodok pisang, takut pishang pula pisang tak ada. hahah k la. aku nak bersiar - siar beli barang ni. gerak dulu geng.
apa pun terima kasih en anwar selalu masak, bagi saya kenyang.
- December 16, 2021
- 1 Comments
assalamualaikum pembaca KD.
sebenarnya kan. dah lama sangat aku simpan entri ini. M memang menguasai diri, malas. tak tahu lah kenapa. aku harap adsense aku kekal masuk walaupun cuma 0.01 huhu. entri ni kalau ikutkan real time dia ialah beberapa hari selepas aku bernikah. bukan ditulis atau dipublish beberapa bulan lepas nikah. doakan aku selalu rajin.
tulis tu rajin, cuma nak mula tu. haishhh. views aku drop, revenue aku pun drop, semua drop lah. hmm
HaniMun
sebenarnya gambar atas ni diambil sebelum nikah. hahahhahha. time ni kitorang jalan2. tapi ini je gambar berdua yang ada pun. masa ni 'boyfriend' nak bawa pergi rumah nenek. sebab cikjue, ayah ada dekat sana. aku cuba lah cari gambar tu. malangnya tak jumpa. sedih. okay tiba - tiba dah jumpa.
aneh je ye guna perkataan hanimun. hahhaha. maleh nak taip yang full. macam geli - geli pula. aku cuba lah cari gambar
tadaaaaaa...
aku terpaksa tampal gambar ayah dengan gambar batu, sebab terlalu seksi. hahahah. sorry ayah. okay jap. aku lapar. teringat dekat sana makan daging masak lemak. sedap weyh, berair hidung aku sebab pedas. telur masin. ya allah lapar. okay bye.
sebab kan malu - malu miau, aku duduk jauh sikit dari cikjue. huhu. padahal mula - mula tak nak makan. tapi sebab cikjue dah letak nasi banyak kau. aku kenyang weyh. sedap. nasib baik aku makan. kalau tak, aku lapar. hmmm
Melaka Destinasi Pilihan
entah lah. kenapa melaka eh? kan bosan. dengan habiskan masa dekat jalan je (sebab jammed). padahal nak makan je, nak drive ke sana ambil masa. jadi kitorang takde jalan mana pun. senang cerita, ini bukan hanimun. HAHAHHA. aku nak claim dekat husband, hanimun yang official next time.
ini cuma macam bersiar - siar mengenali melaka sambil berkenalan dengan pakcik - makcik. tapi aku enjoy the trip. pakcik makcik dia semua easy going. eh tiba speaking pula. hahaha tak apa lah ye. dekat sini je acah. dekat luar, nak sebut easy going pun fikir 100 kali. terasa macam bunyi jawa. kahkah.
1825 Gallery Hotel
gambar hotel semua aku cilok di google. aku macam noob gila sebab tak ada ambil gambar yang menarik. yang sedih, gambar aku pun hawau gila. aku tak tahu lah kenapa trip ke melaka sangat menyakitkan hati aku. gambar aku semua tak lawa, termasuk baju aku. hmmm
husband aku ambil gambar pula menyedihkan. hahahha. hasilnya tak macam aku nak. padahal aku da ejaskan kamera, tapi lepas je kamera sampai dekat dia. gambar aku dah beralih kedudukan. tak sama macam aku nak. sebabkan takut kena marah sebab bagi arahan, aku 'okay' kan jela gambar aku -_-
aku moody dan putuskan aku taknak bergambar dekat mana - mana. dengan baju tah apa - apa. rasa nak lempang diri sendiri. dengan gemoks nya. alahai. sakit hati betul.
okay berbalik semula pasal hotel. kitorang stay dekat 1825 gallery hotel untuk 3 hari 2 malam pada 27 oktober - 29 oktober. bayangkan dah sampai melaka baru book hotel >.< . harga total yang perlu dibayar ialah rm287.26 sen termasuk tax.
sampai dekat hotel, kena bayar depo rm300. 😕 pishang mat. terasa cam "weyh, duit habis." nak batalkan tempahan pun tak boleh sebab dah masuk tarikh aku check in hotel kan.
hotel tu betul - betul sebelah sungai melaka.best suasananya. cuma entahlah.
Info 1825 Gallery Hotel
Alamat:
27,29 & 31, Jalan Bunga Raya, Melaka 75100.
Telefon:
+606 288 2868
Fax:
+606 288 2869
Emel:
reservation@1825galleryhotel.com
breakfast dihotel. 1 pax rm40 tak silap. rasa macam tak berbaloi hahahhahha. tapi boleh la sedap. cuma macam mahal sangat lah. entahlah. mungkin sebab malas nak fikir "dekat mana ye nak sarapan?"
hari jumaat malam tu paling bosan. kitorang jalan kaki ke sana sini tapi banyak tempat tutup. jadi makan lah dekat entah mana - mana. menunggu makanan sampai begitu lama. sempat perut aku buat dua tiga kali lagu ya. huhu. tapi sedap. harga tak pasti lupa tanya husband. hahaha. kedai ni sebelah sungai melaka.
Waronk Avenue Sucks
malam kedua makan dekat mana tah la. dekat sini memang menyakitkan hati.
bayangkan. untuk mendapatkan nasi sahaja perlu menunggu sehingga 1jam atau lebih. kau gila? sebab pelik orang yang sampai kemudian dah nak balik. rupanya makanan yang kitorang order tak masuk sistem, kepala hot dia weyh. orang dah lapar.
dah kena order kali kedua. yang tadi menunggu tak ada apa yang sampai pun dah sejam. menunggu lagi kali kedua. otak aku jatuh kejap. servis 1/5. padan ukewwww.
Jalan - jalan Rumah Mak Cik
destinasi pertama ialah jumpa mak uda. tak datang rumah, tapi lepak kedai minum - minum je. gambar tak jumpa. hahahhaha. mak uda okay. sebab kali pertama jumpa, aku tak reti berbual. maafin saya. lepak minum dekat depan kedai runcit mak uda. heee. ni hari jumaat kot tak silap. dah petang sangat dah pun. lepastu baru cari hotel.
esoknya pergi rumah ucu dengan rumah maklong.
rumah ucu |
dekat rumah ucu kena 'buli' hahhaa. takdela. ucu niaga nasi ayam kunyit. sedap. macam mak aku masak. HAHAHHHAH. lepastu ucu masakkan udang masak lemak dengan ayam masak kunyit. sedap nyaaaa. laparrr.
kena potong lobak, sambil - sambil tu ucu memasak untuk makan tengahari. ada baby comel yang tak mau dengan orang. aku gigit juga lah budak tu. hahahah sebaik bukan adik aku. kalau adik aku dah kena dah. hahahhaa.
rumah maklong |
lepas makan tengahari tu, kitorang pergi rumah maklong. maklong belah husband ni sama macam maklong aku. kalau orang nak datang, sempat masak/ beli macam -macam untuk tetamu. include bekal dalam kereta untuk dimakan hahahhaa. so sweet.
masa datang ni, rumah banyak kotak. diorang dah nak pindah rumah lain sekitar situ. merasa lah pergi rumah maklong yang lama. kak apa tah tu namanya, aku lupa. pity me😓, sama macam kakak fatin (cousin aku). hahaha. kan aku cakap semua easy going.
sebab kan diorang dah nak pindah rumah, semua mengenang zaman budak - budak. aku dengar jela. sedikit sebanyak aku mengenali kehidupan orang lain. heeee.
lama juga dekat rumah maklong. dah pukul 6.30 petang macam tu, baru kami gerak pulang ke hotel. harap dapat jalan - jalan lagi. aku masih dalam proses nak kenal orang. jadi aku memang dilihat sebagai sombong/ muka berlagak/ suka buat muka. lagi - lagi yang baya - baya ni. kalau dengan makcik - pakcik macam okay sikit sebab orang tua kan banyak benda nak berbual. jadi berbual jela apa pun.
kalau umur sama ni macam lambat sikit prosesnya.
maaflah cousin - cousin husband. sebab saya suka buat muka harom kalau jumpa. saya akan cuba yang terbaik ya. semoga semua orang menerima saya dengan baik.
esoknya pergi rumah ucu & uncle zack lepastu jalan - jalan sekitar melaka. terus balik shah alam.
gambar dekat rumah mak uda & uncle zack |
menyampah kuasa dua betul aku tengok cara aku pakai tudung tak semenggah. eiiiiiiiiiiiiiiii. bulat - bulat nak pergi mana! haishh.
okay dah habis dah. nanti aku tulis entri lain hahahhaa. chau dulu, nak buat kerja.
- December 14, 2021
- 0 Comments
Sunway Pyramid bakal memperkenalkan sistem Internet Tandas atau Internet of Toilet (IoT) yang akan menyaksikan pusat beli-belah ini beralih daripada sistem bilik air konvensional kepada sistem pengurusan yang lebih efisien.
Langkah Transformasi
Usaha ini merupakan sebahagian daripada langkah Sunway Pyramid untuk mentransformasikan pelbagai aspek pusat beli-belah secara digital. Sebelum ini, Sunway merupakan yang pertama di Lembah Klang memperkenalkan Parkir Pintar Sunway (Sunway Smart Parking) bagi mendorong penerimagunaan sistem tanpa tiket dan tanpa tunai di kawasan parkir, serta Hab Jalinan Pengguna (Customer Engagement Hub) untuk menangani keperluan pengguna masa kini.
Menerusi kerjasama dengan pakar prasarana yang berpangkalan di Singapura, Rigel Technology, sistem tandas pintar yang baharu ini akan membantu mengoptimumkan prestasi dan efisiensi tandas komersial dengan memanfaatkan sistem IoT menerusi pengumpulan data.
Masalah dapat diatasi dengan IoT
IoT akan memberi manfaat dari segi pengalaman pengguna, kelestarian, selain menjimatkan kos. Sunway giat mencari kaedah inovatif yang baharu seperti ini untuk melahirkan pengalaman bertaraf tingi buat para pelanggan – lantas mereka mengambil bahagian dalam pelaksanaan teknologi baharu tersebut yang akan mula digunakan di Sunway Pyramid pada bulan ini.
Jason Chin, Pengurus Besar Sunway Pyramid berkongsi, “Sunway sejak sekian lama menjulang konsep bandar pintar serta perbandaran lestari. Langkah kami ke sistem IoT memenuhi konsep ini yang mencakupi sebuah visi holistik, turut melangkaui kepentingan yang bukan sahaja berpaksikan kemesraan alam semata-mata. Lagi satu aspek terletak dalam penaiktarafan pengalaman buat para pelanggan, yang diterjemahkan kepada pembekalan kemudahan yang terbaik serta pengurusan fasiliti berprestasi tertinggi. Itulah harapan kami dengan IoT.”
Pengenalan IoT ini membolehkan tenaga pengurusan pusat beli-belah ini menyingkap fungsi dan prestasi tandas melalui sensor dan monitor khas yang dipasang pada barangan seperti tong sampah, dispenser sabun dan tisu; termasuk kelengkapan air yang utama seperti pili, ruang urinari, dan injap tekan; serta pemantauan persekitaran seperti kualiti udara, kelembapan suhu, kaunter individu dan panel maklum balas interaktif. Juga terdapat sensor ammonia yang akan mengesan kewujudan ammonia untuk mencegah bau busuk di bilik air.
Pengrusan Tandas Lebih Efektif
Maklumat yang dikumpul ini akan dihantar ke pelayan awan yang boleh diakses melalui platform web dan aplikasi pintar mudah alih untuk memudahkan pengurusan dan penjejakan. Sebagai contoh, tenaga pengurusan dapat memantau dengan lebih jelas prestasi bilik air, penggunaan air serta data penting lain yang membolehkan mereka mengesan sebarang anomali atau kerosakan untuk ditangani dengan segera sebelum situasi berkenaan menjadi lebih teruk, lantas mengurangkan tempoh gendala dan kos, selain menjimatkan air demi output yang lebih lestari.
Dengan mengambil pendekatan pintar ini, Sunway Pyramid juga bermatlamat untuk mengoptimumkan tenaga kerjanya untuk memaksimumkan produktiviti. Menerusi aplikasi mudah alih IoT misalnya, tukang cuci akan dimaklumkan tentang bilik tandas yang memerlukan perhatian segera dari segi kebersihan atau mengenai bahan-bahan tertentu yang perlu diisi semula, serta diberi penugasan dengan serta-merta.
- December 08, 2021
- 0 Comments
aku tak bisa
melihat kau masih lagi bersama dia
sampai bilakah engkau biar ku terluka
hidup dalam kepedihan
ku tuliskan lagu ini
tuk buat engkau berfikir
betapa peritnya rasa
jiwa terus dipersia
dimanakah kesetiaan janji kita
engkau berjanji tuk lupakan dia
hari ke hari
sehingga kini aku masih memikirkan
sampai bilakah kisah cinta kita ini
akan terus oh begini
ku tuliskan lagu ini
tuk buat engkau berfikir
betapa peritnya rasa
jiwa terus dipersia
dimanakah kesetiaan janji kita
engkau berjanji tuk lupakan dia
seakan hati terusik
ku akan terus menanti
diwaktu malam yang sunyi
sendiri kau disini
dan ku tuliskan lagu ini
tuk buat engkau berfikir
betapa peritnya rasa
jiwa terus dipersia
dimanakah kesetiaan janji kita
engkau berjanji tuk lupakan dia
kau berjanji tidak akan mengulangi semula
inilah kisah sejarah cintaku
melihat kau masih lagi bersama dia
sampai bilakah engkau biar ku terluka
hidup dalam kepedihan
ku tuliskan lagu ini
tuk buat engkau berfikir
betapa peritnya rasa
jiwa terus dipersia
dimanakah kesetiaan janji kita
engkau berjanji tuk lupakan dia
hari ke hari
sehingga kini aku masih memikirkan
sampai bilakah kisah cinta kita ini
akan terus oh begini
ku tuliskan lagu ini
tuk buat engkau berfikir
betapa peritnya rasa
jiwa terus dipersia
dimanakah kesetiaan janji kita
engkau berjanji tuk lupakan dia
seakan hati terusik
ku akan terus menanti
diwaktu malam yang sunyi
sendiri kau disini
dan ku tuliskan lagu ini
tuk buat engkau berfikir
betapa peritnya rasa
jiwa terus dipersia
dimanakah kesetiaan janji kita
engkau berjanji tuk lupakan dia
kau berjanji tidak akan mengulangi semula
inilah kisah sejarah cintaku
- November 30, 2021
- 0 Comments
Verse 1
Si kancil terpedaya di baham buaya
Dendangnya Shalala
Terkena Shalala
Siapa terpesona di qalam manis nya
Katanya Shalala
Matanya Shalala
Pre-Chorus
Amaran, untuk kamu
Jika datang
Hanya untuk kau sakitkan aku
Amaran, untuk aku jika jatuh
Waspada ku
Chorus
Shalala
Awas bahaya
Dia buaya
Shalala
Awas bahaya
Dia buaya
Rap
Buat apa saja aku nak (aku nak)
Yang itu yang ini tak suka boleh blah (boleh blah)
I dont cry, i dont waste my time
Kalau tak serasi asal nak cakap banyak
Cus a cheat stays a cheater dan kau masih yang sama
Banyak sangat wayang, penuh dengan drama
Drama? Ya drama drama
Kepala semak nak berapa banyak?
Serik dah ku taknak
Verse 2
Si dara harus lah menjaga tingkah lakunya
Budinya Shalala
Batasnya Shalala
Jangan mudah diperguna pintarnya teruna
Ketawa Shalala
Terluka Shalala
Pre-Chorus
Amaran, untuk kamu
Jika datang
Hanya untuk kau sakitkan aku
Amaran, untuk aku jika jatuh
Waspada ku
Chorus
Shalala
Awas bahaya
Dia buaya
Shalala
Awas bahaya
Dia buaya
Bridge
Wanita, rusuk kira pada Adam nya
Bawa harmoni dalam jiwa
Lambang nya gegarkan dunia
Wanita, harus sedar tidak semua
Yang hadir takkan tetap lama
Rela lepas dari dakapnya
- November 27, 2021
- 0 Comments
Terjarak Juga Diantara Kita
Takdir Memaksa Kita
Memilih Jalan Duka
Demi Menyinari Cahaya Kita
Menitis Airmata Ini
Terpaksa Kulepaskan Dikau Pergi
Meski Hati Merintih Harusku Telan Jua
Untuk Melihat Kau Sempurna
Kurelakan
Luka Dihatiku Biarpun Kutahu
Menitis Airmata Ini
Terpaksa Kulepaskan Dikau Pergi
Meski Hati Merintih Harusku Telan Jua
Untuk Melihat Kau Sempurna
Kurelakan
Luka Dihatiku Biarpun Kutahu
Kau Takkan Pernah Mahu
Aku Tahu... Deritamu...
Takkan Terpadam Segala Rasa Cinta Kita
Menitis
Airmata Ini
Terpaksa Kulepaskan
Dikau Pergi
Meski Hati Merintih
Harusku Telan Jua
Untuk Melihat Kau Sempurna
Kurelakan
Luka Dihatiku
Biarpun Kutahu Kau Takkan Pernah Mahu
Kurelakan
Luka Dihatiku
Biarpun Kutahu Kau Takkan Pernah Mahu
Aku Tahu... Deritamu...
Takkan Terpadam Segala Rasa Cinta Kita
Kuberdoa
Akan Ada Nanti
Masa Kita Akan Bertemu Kembali
Tuk Memilik.. Hati Ini
Bersatu Kita Diakhir Cerita
Bersatu Kita Diakhir Cerita
Aku Tahu... Deritamu...
Takkan Terpadam Segala Rasa Cinta Kita
Menitis
Airmata Ini
Terpaksa Kulepaskan
Dikau Pergi
Meski Hati Merintih
Harusku Telan Jua
Untuk Melihat Kau Sempurna
Kurelakan
Luka Dihatiku
Biarpun Kutahu Kau Takkan Pernah Mahu
Kurelakan
Luka Dihatiku
Biarpun Kutahu Kau Takkan Pernah Mahu
Aku Tahu... Deritamu...
Takkan Terpadam Segala Rasa Cinta Kita
Kuberdoa
Akan Ada Nanti
Masa Kita Akan Bertemu Kembali
Tuk Memilik.. Hati Ini
Bersatu Kita Diakhir Cerita
Bersatu Kita Diakhir Cerita
- November 25, 2021
- 0 Comments
bagi saya peluang ea jaga hati awak elok - elok. kita sama - sama nakkan yang terbaik. so kita sama - sama jadi yang terbaik ok?
saya tahu, saya dah baca. saya pun tak sempurna awak.
awak tak perlu takut salah orang. bila saya cakap saya nak jaga awak elok - elok, maknanya saya betul - betul akan buat. kehidupan kan ada dugaan. dugaan pun untuk orang yang kuat dan bertahan kan? dan bila kita pilih jalan ni, kita akan lalui dugaan tu. contohnya saya kena layan karenah awak, manja awak, sedih awak, marah awak, garang awak. itu semua saya kena hadap awak, untuk bahagiakan awak.
saya nak hargai awak dalam hidup saya, nak sayang awak sorang tak nak orang lain, izinkan saya sayang awak tau.
mama dengan ayah restu saya dengan awak
mengenang semula kenangan awal 7 bulan lepas; disini.
Sekejap Tak Mentah, Lama Tak Matang
aku selalu berpegang dengan ayat diatas untuk beberapa situasi, contohnya dalam hubungan. bagi aku, kenal orang bertahun tak menjamin hubungan akan matang dan kenal orang sekejap tak menjamin hubungan tu mentah.
matang yang aku tulis bukan matang dewasa. tapi lebih kepada 'apakah kau kenal dia seluruhnya?'. sbb aku nak singkatkan ayat HAHAH.
ada je orang sekeliling aku, kenal bertahun. tapi bila bersatu dalam hubungan, sekejap lerai. aku tak kata lah kenal sekejap tu bagus, atau kenal lama tu buruk. ini lebih kepada luck hubungan kau yang tuhan dah tetapkan. yang penting kena ingat, kita boleh berusaha untuk dapatkan jodoh terbaik.
7 bulan perkenalan dan akhirnya memilih pernikahan itu satu hal yang:
"eh kau yakin ke dia jodoh kau"
"eh kau dah semak latar belakang dia?"
"eh, kau tahu ke dulu dia macammana?"
"eh, mana kau kenal dia?"
"eh, ehhh, ehhh"
"eh, kau tahu ke dulu dia macammana?"
"eh, mana kau kenal dia?"
"eh, ehhh, ehhh"
jujurnya, aku hanya ambil masa 30 hari dari hari pertama aku kenal dia, untuk bersetuju mengabadikan kenangan hidup bersama dengan seorang laki - laki yang entah dari mana.
aku yakin dengan keputusan aku bila aku sendirian. aku mulai berbelah bahagi bila orang berteka - teki untuk aku dapatkan jawapan dari dia. takut tak dapat terima hakikat bahwa pasangan kita pada hari ini pernah memiliki hidup yang terpecah - pecah semalam. walhal, kita semua pernah memiliki silam yang hitam. cuma tuhan tutup rapi dalam saku masa.
setiap kali aku berbelah bahagi, aku pesan pada diri. nak jodoh yang baik, diri sendiri perlu baik. aku sedar yang aku pun so so. jadi belajarlah membina sama - sama. jangan harap dia saja yang terpaling sempurna sedangkan kita ni tak ada apa - apa.
30 hari setuju untuk bersama dari hari pertama kenal, dan 151 hari yang sangat panjang dari hari aku bersetuju untuk bersama. 151 hari yang sangat menguji bila disahkan positif. walhal, tarikh nikah sudah dekat benar. goyah aku masa ni. ujiannya cuma berat sebutir gula, tapi sangat mengganggu mental saat tak sihat. sampai aku cakap dekat dia, "nikahlah dengan orang lain."
Hubungan Rahsia
aku memang merahsiakan hubungan ni dari orang terdekat walaupun aku dah bersetuju untuk hidup bersama dengan laki yang entah dari mana. alasan aku ialah aku takut kalau terlalu beriya kenalkan dia kepada orang sekeliling tapi tempoh perkenalan gagal dan tak berjaya.
dalam banyak - banyak manusia, dia yang paling aku 'simpan' dari orang sekeliling. takut betul nak kenalkan dengan siapa - siapa. takut sia - sia. walaupun rasa yakin akan kekal lebih tinggi dari rasa takut hilang. entahlah.
aku plan 'majlis kahwin' semuanya sendiri. sehinggalah hari raya may 2021, aku kenal kan dia kepada keluarga. itulah kali pertama. masa ni mak aku dah tahu, aku nak nikah dengan dia. malu sebenarnya, sebab sebelum ni pun pernah duduk dalam hubungan yang tak jadi.
Allah Izinkan 'Kita'
pada tanggal 26 oktober 2021; yang pertama - tamanya.
Terima Kasih Semua
terima kasih Allah
atas izin restu untuk hubungan ini. kalau tidak kerana Engkau, mungkin hubungan ini sudah berakhir atau selamanya tergantung tak berikat yang sah. terima kasih Tuhan kerana telah menyempurnakan kehendak aku yang terbengkalai dulu. terima kasih untuk sepanjang hidup ini.
terima kasih emak dan ayah
restu hubungan singkat ini. menerima apa sahaja plan kahwin yang tersangat ringkas. menerima ketiadaan wang yang tinggi, majlis yang tak terlalu sempurna seperti orang lain. terima kasih kerana menjadi 'tulang kekuatan' sepanjang aku membesar dan menjadi dewasa walaupun aku tak terlahir seperti kanak - kanak lain. namun dewasanya aku cuba memberi dan berbagi seluruhnya walau kadang ada yang lopong. terima kasih untuk waktu - waktu yang selalu ada. terima kasih sudi bersusah untuk majlis kecil. terima kasih syazwan tolong jadi driver, terima kasih apan tolong angkat - angkat barang, terima kasih ayuni tolong jadi fotografer, terima kasih afia dan aisyah memeriahkan majlis.
terima kasih ayah man dan mama cikjue
terima kasih mama dan ayah kerana menerima aku seadanya. restu hubungan dan setuju dengan keputusan pernikahan dalam masa pendek. terima kasih kerana mengizinkan anak kalian menikahi aku yang tak ada apa - apa. terima kasih kerana membesarkan anak kalian dengan baik menjadi dewasa lalu diberikan kepada aku untuk menyambung tua bersamanya. terima kasih sudi bersusah untuk majlis kecil.
terima kasih keluarga keduanya
terima kasih kepada pakcik makcik, adik beradik, ipar duai, sepupu sepapat yang terlibat secara langsung atau secara tak langsung. terima kasih sudi hadir / tidak hadir dan juga atas doa - doanya. terima kasih pada yang ada dihari majlis dan membantu apa dayanya. terima kasih untuk waktu yang diluangkan. terima kasih.
terima kasih kawan - kawan (perempuan itu)
maaf pada yang tak dijemput dan pada yang tak diberi tahu langsung. tapi terima kasih untuk kawan - kawan yang tak berkecil hati kerana tak dijemput.
terima kasih cyra
walaupun kau tak dapat hadir dihari majlis, tapi kau sudi menjadi paling pertama. membantu aku pakai inai, tolong seterika baju keluarga aku dan kita berbual - bual tentang kenangan. maaf kerana berkali - kali menukar tarikh dan akhirnya kau paling tak ada dihari majlis. terima kasih kerana sudi setia jatuh dan bangunnya aku.
terima kasih Khaty
kerana menjadi paling awal tiba. menjadi peneman sepanjang perjalanan menuju akad. terima kasih kerana sudi ada sepanjang masa kita kenal sehingga saat aku menamatkan bujang. terima kasih kerana ada.
terima kasih Tasya
kerana hadir pada hari bahagia serba ringkas aku. terima kasih sudi bersama saat aku kecewa dan bahagia. terima kasih melalui hidup yang tak indah indah ini bersama - sama dan kau sudi berbagi rasa.
terima kasih suami
memilih aku sebagai penghuni hati. terima kasih sudi menyebut nama aku dalam akad dan menggalas tanggungjawab sepenuhnya dengan hidup dan diri ini. terima kasih sudi menjadikan aku sebagai orang yang akan melalui hidup bersama - sama untuk jatuh dan bangun. terima kasih kerana sudi bina kenangan tentang kita. terima kasih kerana menerima seluruh tentang aku. terima kasih untuk semuanya.
Doakan Kami.
maaf banyak kurang.
buat semua, terima kasih kerana membaca. doakan kami akan selamanya sampai syurga <3.
- November 24, 2021
- 2 Comments
Pernahkah kamu merasakan cinta
Membuat lelah bila kau dengannya
Bagaikan langit kian dirundung awan yang muram
Manis kata bisakah terubat
Dan juga nanti kan di sangga waktu
Dibiar dingin hingga kan tidak tertahan lagi
Cinta khayalan denganmu
Seperti berbisik
Tak ingin ia berlalu
Dan jika masih kau menyakiti diriku
Tidak kan dapat ku ulangi lagi
Resah hadir kian kau diamkan
Terhimpit rasa membelahkan jiwa
Aku yang dingin adakah mampu bertahan lagi
Cinta khayalan denganmu
Seperti berbisik
Tak inginkan ia berlalu
Dan jika kau masih menyakiti diriku
Tidak kan dapat ku ulangi lagi
Cinta khayalan denganmu
Seperti berbisik
Tak inginkan ia berlalu
Dan jika masih kau menyakiti diriku
Tidak kan dapat ku ulangi lagi
Cinta (Khayalan denganmu)
Seperti berbisik
(Tak ingin ia berlalu)
Tak ingin ia berlalu
(Dan jika masih kau menyakiti diriku)
Tidak kan dapat ku ulangi lagi
Tidak kan dapat ku ulangi
- November 23, 2021
- 0 Comments