Sunway Pyramid Perkenal Sistem Internet Tandas (IoT)

 

Sunway Pyramid Perkenal Sistem Internet Tandas (IoT)

Sunway Pyramid bakal memperkenalkan sistem Internet Tandas atau Internet of Toilet (IoT) yang akan menyaksikan pusat beli-belah ini beralih daripada sistem bilik air konvensional kepada sistem pengurusan yang lebih efisien.

Langkah Transformasi 

Sunway Pyramid Perkenal Sistem Internet Tandas (IoT)

Usaha ini merupakan sebahagian daripada langkah Sunway Pyramid untuk mentransformasikan pelbagai aspek pusat beli-belah secara digital. Sebelum ini, Sunway merupakan yang pertama di Lembah Klang memperkenalkan Parkir Pintar Sunway (Sunway Smart Parking) bagi mendorong penerimagunaan sistem tanpa tiket dan tanpa tunai di kawasan parkir, serta Hab Jalinan Pengguna (Customer Engagement Hub) untuk menangani keperluan pengguna masa kini.

Menerusi kerjasama dengan pakar prasarana yang berpangkalan di Singapura, Rigel Technology, sistem tandas pintar yang baharu ini akan membantu mengoptimumkan prestasi dan efisiensi tandas komersial dengan memanfaatkan sistem IoT menerusi pengumpulan data. 

Masalah dapat diatasi dengan IoT

Sunway Pyramid Perkenal Sistem Internet Tandas (IoT)

IoT akan memberi manfaat dari segi pengalaman pengguna, kelestarian, selain menjimatkan kos.  Sunway giat mencari kaedah inovatif yang baharu seperti ini untuk melahirkan pengalaman bertaraf tingi buat para pelanggan – lantas mereka mengambil bahagian dalam pelaksanaan teknologi baharu tersebut yang akan mula digunakan di Sunway Pyramid pada bulan ini.
Jason Chin, Pengurus Besar Sunway Pyramid berkongsi, “Sunway sejak sekian lama menjulang konsep bandar pintar serta perbandaran lestari. Langkah kami ke sistem IoT memenuhi konsep ini yang mencakupi sebuah visi holistik, turut melangkaui kepentingan yang bukan sahaja berpaksikan kemesraan alam semata-mata. Lagi satu aspek terletak dalam penaiktarafan pengalaman buat para pelanggan, yang diterjemahkan kepada pembekalan kemudahan yang terbaik serta pengurusan fasiliti berprestasi tertinggi. Itulah harapan kami dengan IoT.”
Pengenalan IoT ini membolehkan tenaga pengurusan pusat beli-belah ini menyingkap fungsi dan prestasi tandas melalui sensor dan monitor khas yang dipasang pada barangan seperti tong sampah, dispenser sabun dan tisu; termasuk kelengkapan air yang utama seperti pili, ruang urinari, dan injap tekan; serta pemantauan persekitaran seperti kualiti udara, kelembapan suhu, kaunter individu dan panel maklum balas interaktif. Juga terdapat sensor ammonia yang akan mengesan kewujudan ammonia untuk mencegah bau busuk di bilik air.


Pengrusan Tandas Lebih Efektif

Sunway Pyramid Perkenal Sistem Internet Tandas (IoT)

Maklumat yang dikumpul ini akan dihantar ke pelayan awan yang boleh diakses melalui platform web dan aplikasi pintar mudah alih untuk memudahkan pengurusan dan penjejakan. Sebagai contoh, tenaga pengurusan dapat memantau dengan lebih jelas prestasi bilik air, penggunaan air serta data penting lain yang membolehkan mereka mengesan sebarang anomali atau kerosakan untuk ditangani dengan segera sebelum situasi berkenaan menjadi lebih teruk, lantas mengurangkan tempoh gendala dan kos, selain menjimatkan air demi output yang lebih lestari.

Dengan mengambil pendekatan pintar ini, Sunway Pyramid juga bermatlamat untuk mengoptimumkan tenaga kerjanya untuk memaksimumkan produktiviti. Menerusi aplikasi mudah alih IoT misalnya, tukang cuci akan dimaklumkan tentang bilik tandas yang memerlukan perhatian segera dari segi kebersihan atau mengenai bahan-bahan tertentu yang perlu diisi semula, serta diberi penugasan dengan serta-merta.

Post a Comment

0 Comments