assalamualaikum pembaca KD.
sebenarnya kan. dah lama sangat aku simpan entri ini. M memang menguasai diri, malas. tak tahu lah kenapa. aku harap adsense aku kekal masuk walaupun cuma 0.01 huhu. entri ni kalau ikutkan real time dia ialah beberapa hari selepas aku bernikah. bukan ditulis atau dipublish beberapa bulan lepas nikah. doakan aku selalu rajin.
tulis tu rajin, cuma nak mula tu. haishhh. views aku drop, revenue aku pun drop, semua drop lah. hmm
HaniMun
sebenarnya gambar atas ni diambil sebelum nikah. hahahhahha. time ni kitorang jalan2. tapi ini je gambar berdua yang ada pun. masa ni 'boyfriend' nak bawa pergi rumah nenek. sebab cikjue, ayah ada dekat sana. aku cuba lah cari gambar tu. malangnya tak jumpa. sedih. okay tiba - tiba dah jumpa.
aneh je ye guna perkataan hanimun. hahhaha. maleh nak taip yang full. macam geli - geli pula. aku cuba lah cari gambar
tadaaaaaa...
aku terpaksa tampal gambar ayah dengan gambar batu, sebab terlalu seksi. hahahah. sorry ayah. okay jap. aku lapar. teringat dekat sana makan daging masak lemak. sedap weyh, berair hidung aku sebab pedas. telur masin. ya allah lapar. okay bye.
sebab kan malu - malu miau, aku duduk jauh sikit dari cikjue. huhu. padahal mula - mula tak nak makan. tapi sebab cikjue dah letak nasi banyak kau. aku kenyang weyh. sedap. nasib baik aku makan. kalau tak, aku lapar. hmmm
Melaka Destinasi Pilihan
entah lah. kenapa melaka eh? kan bosan. dengan habiskan masa dekat jalan je (sebab jammed). padahal nak makan je, nak drive ke sana ambil masa. jadi kitorang takde jalan mana pun. senang cerita, ini bukan hanimun. HAHAHHA. aku nak claim dekat husband, hanimun yang official next time.
ini cuma macam bersiar - siar mengenali melaka sambil berkenalan dengan pakcik - makcik. tapi aku enjoy the trip. pakcik makcik dia semua easy going. eh tiba speaking pula. hahaha tak apa lah ye. dekat sini je acah. dekat luar, nak sebut easy going pun fikir 100 kali. terasa macam bunyi jawa. kahkah.
1825 Gallery Hotel
gambar hotel semua aku cilok di google. aku macam noob gila sebab tak ada ambil gambar yang menarik. yang sedih, gambar aku pun hawau gila. aku tak tahu lah kenapa trip ke melaka sangat menyakitkan hati aku. gambar aku semua tak lawa, termasuk baju aku. hmmm
husband aku ambil gambar pula menyedihkan. hahahha. hasilnya tak macam aku nak. padahal aku da ejaskan kamera, tapi lepas je kamera sampai dekat dia. gambar aku dah beralih kedudukan. tak sama macam aku nak. sebabkan takut kena marah sebab bagi arahan, aku 'okay' kan jela gambar aku -_-
aku moody dan putuskan aku taknak bergambar dekat mana - mana. dengan baju tah apa - apa. rasa nak lempang diri sendiri. dengan gemoks nya. alahai. sakit hati betul.
okay berbalik semula pasal hotel. kitorang stay dekat 1825 gallery hotel untuk 3 hari 2 malam pada 27 oktober - 29 oktober. bayangkan dah sampai melaka baru book hotel >.< . harga total yang perlu dibayar ialah rm287.26 sen termasuk tax.
sampai dekat hotel, kena bayar depo rm300. 😕 pishang mat. terasa cam "weyh, duit habis." nak batalkan tempahan pun tak boleh sebab dah masuk tarikh aku check in hotel kan.
hotel tu betul - betul sebelah sungai melaka.best suasananya. cuma entahlah.
Info 1825 Gallery Hotel
Alamat:
27,29 & 31, Jalan Bunga Raya, Melaka 75100.
Telefon:
+606 288 2868
Fax:
+606 288 2869
Emel:
reservation@1825galleryhotel.com
breakfast dihotel. 1 pax rm40 tak silap. rasa macam tak berbaloi hahahhahha. tapi boleh la sedap. cuma macam mahal sangat lah. entahlah. mungkin sebab malas nak fikir "dekat mana ye nak sarapan?"
hari jumaat malam tu paling bosan. kitorang jalan kaki ke sana sini tapi banyak tempat tutup. jadi makan lah dekat entah mana - mana. menunggu makanan sampai begitu lama. sempat perut aku buat dua tiga kali lagu ya. huhu. tapi sedap. harga tak pasti lupa tanya husband. hahaha. kedai ni sebelah sungai melaka.
Waronk Avenue Sucks
malam kedua makan dekat mana tah la. dekat sini memang menyakitkan hati.
bayangkan. untuk mendapatkan nasi sahaja perlu menunggu sehingga 1jam atau lebih. kau gila? sebab pelik orang yang sampai kemudian dah nak balik. rupanya makanan yang kitorang order tak masuk sistem, kepala hot dia weyh. orang dah lapar.
dah kena order kali kedua. yang tadi menunggu tak ada apa yang sampai pun dah sejam. menunggu lagi kali kedua. otak aku jatuh kejap. servis 1/5. padan ukewwww.
Jalan - jalan Rumah Mak Cik
destinasi pertama ialah jumpa mak uda. tak datang rumah, tapi lepak kedai minum - minum je. gambar tak jumpa. hahahhaha. mak uda okay. sebab kali pertama jumpa, aku tak reti berbual. maafin saya. lepak minum dekat depan kedai runcit mak uda. heee. ni hari jumaat kot tak silap. dah petang sangat dah pun. lepastu baru cari hotel.
esoknya pergi rumah ucu dengan rumah maklong.
rumah ucu |
dekat rumah ucu kena 'buli' hahhaa. takdela. ucu niaga nasi ayam kunyit. sedap. macam mak aku masak. HAHAHHHAH. lepastu ucu masakkan udang masak lemak dengan ayam masak kunyit. sedap nyaaaa. laparrr.
kena potong lobak, sambil - sambil tu ucu memasak untuk makan tengahari. ada baby comel yang tak mau dengan orang. aku gigit juga lah budak tu. hahahah sebaik bukan adik aku. kalau adik aku dah kena dah. hahahhaa.
rumah maklong |
lepas makan tengahari tu, kitorang pergi rumah maklong. maklong belah husband ni sama macam maklong aku. kalau orang nak datang, sempat masak/ beli macam -macam untuk tetamu. include bekal dalam kereta untuk dimakan hahahhaa. so sweet.
masa datang ni, rumah banyak kotak. diorang dah nak pindah rumah lain sekitar situ. merasa lah pergi rumah maklong yang lama. kak apa tah tu namanya, aku lupa. pity me😓, sama macam kakak fatin (cousin aku). hahaha. kan aku cakap semua easy going.
sebab kan diorang dah nak pindah rumah, semua mengenang zaman budak - budak. aku dengar jela. sedikit sebanyak aku mengenali kehidupan orang lain. heeee.
lama juga dekat rumah maklong. dah pukul 6.30 petang macam tu, baru kami gerak pulang ke hotel. harap dapat jalan - jalan lagi. aku masih dalam proses nak kenal orang. jadi aku memang dilihat sebagai sombong/ muka berlagak/ suka buat muka. lagi - lagi yang baya - baya ni. kalau dengan makcik - pakcik macam okay sikit sebab orang tua kan banyak benda nak berbual. jadi berbual jela apa pun.
kalau umur sama ni macam lambat sikit prosesnya.
maaflah cousin - cousin husband. sebab saya suka buat muka harom kalau jumpa. saya akan cuba yang terbaik ya. semoga semua orang menerima saya dengan baik.
esoknya pergi rumah ucu & uncle zack lepastu jalan - jalan sekitar melaka. terus balik shah alam.
gambar dekat rumah mak uda & uncle zack |
menyampah kuasa dua betul aku tengok cara aku pakai tudung tak semenggah. eiiiiiiiiiiiiiiii. bulat - bulat nak pergi mana! haishh.
okay dah habis dah. nanti aku tulis entri lain hahahhaa. chau dulu, nak buat kerja.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.