Layanan 'Mesra' di The Third Letter Cafe

   

Keluar Dari Cafe The Third Letter

semalam aku bawa mak aku ke the third letter cafe. kenapa bangang sangat tajuk the third letter tapi gambar pertama adalah one serambi cafe? 

The Third Letter Cafe

cerita nya begini ya. aku nak menggembirakan emak. jadi aku nak bawa la emak aku ke cafe lepak. tapi itulah. aku ada satu masalah dimana kalau aku masuk kedai macam ni, persoalan pertama aku ialah: nak kena buat pesanan dulu atau pelayan akan ambil pesanan aku selepas aku mengambil tempat? 

jadi semalam, aku dengan teruja ke the third cafe selepas ia mendapat banyak retweet oleh kebanyakkan penggemar cafe. google juga memberi kan rating 4.2. rata - rata memberikan komen positif. mungkin akan ada satu komen negatif dari aku? 

aku cuba membaca review melalui google yang memberikan lowest rating. rupanya tidak hanya aku berdepan dengan situasi janggal. hahahha. kepala hotak dia. patutla, kedai mamak laku keras. aku tak sempat nak duduk, aney tanpa gagal akan bertanyakan aku mahu makan apa. nak bandingkan dengan kedai melayu. seboleh - bolehnya dia nak larikan pandangan mata supaya tidak bertaut. kalau bertaut dah sudah dia kena melayan pelanggan pula kan? 

aku tak tahu bagaimana keadaan sebenar jika aku dilayan baik. namun pada hari itu, yang aku nak fokuskan ialah; pelayan yang tidak mesra pelanggan. semua buat - buat sibuk. halaa. 

Lowest Rating di Cafe The Third Letter


Keluar Dari Cafe The Third Letter

Keluar Dari Cafe The Third Letter

Keluar Dari Cafe The Third Letter

Keluar Dari Cafe The Third Letter

Keluar Dari Cafe The Third Letter


aku sertakan sekali bukti bahawa tidak hanya aku merasakan kafe ini perlu mengajar staf nya bagaimana meraikan pelanggan yang mahu menjamu disini. 

cerita nya begini. aku check in di kafe tersebut jam 7.28pm. aku memilih untuk duduk di penjuru kedai. aku ada sedikit masalah dimana jika masuk ke kafe, aku perlu membuat pesanan terlebih dahulu atau duduk mencari tempat kemudian akan ada pelayan yang melayan aku. jadinya waktu itu, selepas aku duduk tidak ada seorang pun yang melayan aku. aku senantiasa meliarkan mata dengan harapan ada yang sudi memandang ke arah aku. ternyata tidak ada kerana semua staf buat - buat kerja. 

sehinggalah ada seorang staf perempuan yang mungkin baru perasan kehadiran aku, mengangkat tangan menunjukkan isyarat tangan 'sebentar' kemudian menyambung semula kerja dan tiba - tiba dia ghaib. aku tak tahu dia kemana. aku sekali lagi meliar kan mata ternyata tidak ada yang sudi memandang aku. sehinggalah seorang pelanggan yang duduk selang sebuah meja dari aku, telah memanggil pelayan entah untuk apa. kemudian pelayan tersebut telah mengutip pinggan mangkuk di meja tersebut termasuk di meja sebelahnya. sumpah langsung, pelayan itu tak hingin memandang ke kiri kanan. 

selesai mengangkat pinggan mangkuk dan meletakkan nya ditempat sepatutnya, dia kembali berdiri di sudut kedai.  memerhati kalau kalau ada pinggan yang perlu dikosongkan di meja. aneh betul, padahal selang sebuah je. kami halimunan kali. kali ketiga aku angkat tangan pada seorang staf yang tak henti mengelap sudi garfu yang duduk di depan kaunter. aku yakin dia nampak. kerana dia mengangguk dan kemudian rasa bersalah seolah - olah 'maaf kakak. kerja sy bukan mengambil pesanan. saya cuma pengelap sudu dan garfu di kaunter'. 

aku kembali menunggu. tidak ada seorang pun yang datang memberi kami menu. aku bukannya tiba tiba duduk disitu. semua staf nampak aku masuk dan duduk. jadi mereka tahu ada pelannggan yang baru tiba. andai kata lah, aku salah. aku perlu mengambil pesanan sebelum duduk dimeja. jadi khabarkan sahaja ya. "hey bitch, you can take order first before you sit here.'" / 'kakak, kakak boleh membuat pesanan dikaunter ya.' jadi aku akan bangun dengan gembira untuk membuat pesanan. masalahnya, tidak ada seorang pun yang ingin mengatakan itu ke aku. 

akhirnya aku mengambil keputusan untuk keluar dari kedai selepas sepuluh minit lebih tidak dilayan. yang paling aneh dan menyeramkan, ketika aku bangun dari kerusi dan mahu ke pintu. ada beberapa staf yang memandang ke arah aku, dan aku mendengar ada yang mengatakan 'terima kasih cik, datang lagi'. WHATTHEFUCK! sekarang kau nampak aku pulak???


Terima Kasih One Serambi Cafe 

Keluar Dari Cafe The Third Letter

setelah meng google. aku membawa pula emak ke One Serambi Cafe yang terletak beberapa kilometer sahaja dari cafe tadi. satu pujian dan tepukan gemuruh kepada semua staf yang terdapat disana kerana melayan pelanggan dengan rasa terhormat. terima kasih atas layanan mesranya. aku rasa bilangan pelanggan lebih kurang sama, paling best, pesanan sampai dengan cepat tanpa perlu menunggu lama. pelayan juga tidak perlu 'menghalau' pelanggan dengan cara mengutip pinggan - pinggan di atas meja pelanggan yang masih sedang berbual macam the third letter cafe. huh! 

aku memesan: meatball with cranberry sauce rm22.90 + hazelnut latte RM12.90, grilled chicken (best seller) juicy grilled chicken served with baked potatoes, broccoli, green peas and lemon butter sauce RM21.90 + mak aku minum apa tah. lupa. cream of mushroom served with homemade toasted bread rm13.90. jumlah keseluruhan ialah 80++.

Keluar Dari Cafe The Third Letter

standard harga cafe ye. makanan not bad. kalau ada 100menu, bukan semua sedap. mungkin sedap tapi bergantung kepada penerima dan tekak masing - masing. heee. okay done! terima kasih sekali lagi one serambi cafe kerana melayan pelanggan anda dengan rasa terhormat :) semoga semua murah rezeki!

aku kan sebenarnya dah pakai santek - santek nak lah ootd. tapi malu HAHHAH. menyesal! maafkan aku lantaran menggunakan kata - kata kesat pada setiap perenggan sehingga meremukkan hati para pembaca budiman sekalian. maaf sekali lagi kerana tutur kata yang tidak manis.

One Serambi Cafe Info
Emel: oneserambi@gmail.com
No tel: 03-7734 7700
Alamat: 1-G, D'bayu Commercial Centre, Jalan Serambi U8/21, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor
Laman web: http://oneserambi.com/
Facebook: https://www.facebook.com/OneSerambiCafe
Instagram: https://www.instagram.com/oneserambicafe/
Youtube: https://www.youtube.com/channel/UC8vnPVqnDbZvLlv-zGUiWYQ

Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.