tempoh hari, aku ambil cuti. teman tasya uruskan hal di ambank kuala lumpur. selesai urusan, macam biasalah. kami bersiar - siar. sebab dah lama tidak menghabiskan masa berdua. mesti semuaorang macam pelik. tak habis - habis aku masih dengan orang yang sama je kan? hahha. weyh tasya je yang sudi dengan aku. orang lain tak sudi. selain tu ada yang dah berumah tangga. tidak ada lagi aku dalam hidup mereka. sebab tu aku nak cari seseorang yang sudi jadikan aku kawan baik sampai mati dan suami yang akan setia disisi. eh. terluah kan perasaan pulak. atau mungkin aku tidak akan merasa hal ini.
ini lah kali pertama kami food hunting berdua. selalunya hanya makan ala kadar, gosip sehingga mahu bertemu jalan pulang dan membeli barang yang bukan keperluan. kahkah. kali ini beza betul.
murah rezeki tasya. aku doakan nur natasya akan selalu dimurah kan rezeki. minta maaf awal - awal sekiranya kalian semua muak dan jelik dengan bilangan gambar yang lebih kurang. aku simpan disini kerana blog ini sudah aku jadikan tempat tinggal kebanyakkan kenangan aku. mungkin suatu hari nanti aku akan 'pulang'. aku yakin, pasti mungkin akan ada yang sudi rindu aku kan? cari aku disini. mungkin aku pernah menuliskan cerita tentang kalian disini. setidaknya tulisan aku akan mengubati rindu. mungkin ~
Lepak MyTown
kami tiba di mytown dalam jam 11-12 tengahari macam itulah. jadi terus kami singgah di the chicken rice shop sebagai hidangan makan tengahari. aku tak sangka, yang hari sebelumnya keinginan aku mahu makan meatball ikea akan terlaksana. heee. terima kasih sya. tapi aku tak makan pun, sebab aku sudah makan dengan emak. jadi aku request untuk makan di the chicken rice shop sahaja memandangkan aku sedang lapar nasi. selepas itu kami keluar pusing diluar untuk mengambil beberapa kepingan gambar.
yeay boleh update status baru dimedia sosial memandangkan aku sudah tidak ada lagi gambar terbaru! hahha. gigih weyh. demi gambar yang baru.
Kakigori Mykori dan IKEA Café
waktu petang pun tiba. aku dan tasya memilih mykori sebagai hidangan pencuci mulut walaupun sudah beberapa jam makan tengahari berlalu. ah janji makan! tasya memilih Chocoreo
Kakigori rm 12 (saiz mini) + aku memilih Strawberry Cheesecake Kakigori rm14 (saiz mini). ini mungkin kali ketiga aku menjamah mykori. HAHAHH. noob nya hidup. benda - benda macam ni hanya akan aku jamah bila aku dengan kawan yang betul - betul kawan! terima kasih sya. menyempurnakan hidup aku walau dengan hal - hal kecil.
chocoreo agak manis namun strawberry cheesecake agak sedap bagi aku. tidak terlalu manis dan melalui tekak dengan sempurna. licin makan. nasib saiz mini. kalau terlampau banyak, aku khuatir aku akan melakukan pembaziran besar. aku tahu perut aku bagaimana.
jadi selepas kami berbual tentang hal - hal yang tidak akan pernah habis, kami minum petang di Ikea Cafe. kalau ikut, aku masih kenyang. kenyang lagi. namun atas dasar kami ke sini atas tujuan food hunting, kami lenjan! hhahah.
menu yang menjadi pilihan aku ialah mac and cheese bersama secawan latte. tasya pula memilih air kosong bersama salad ayam. perut aku macam nak meletup. gabak juga saiz latte tu. hampir hampir saja aku mengeluarkan semuanya semula.
terima kasih tasya, meluangkan banyak masa untuk kawan kau yang seorang ni. menyambut hal - hal penting bersama, masih sudi meniti dewasa berdua. kita membesar menjadi dua puluh dalam timeline yang sama. terima kasih sya lagi sekali. kerana sudi dalam banyak hal meletak aku dalam hidup kamu.
doakan aku dan tasya akan kekal menjadi kawan sampai bila bila, sampai aku tutup mata. semoga tuhan akan selalu merestui persahabatan ini.
“Friendship is the hardest thing in the world to explain. It’s not something you learn in school. But if you haven’t learned the meaning of friendship, you really haven’t learned anything.” – Muhammad Ali
2 Comments
menariknya mikori tu
ReplyDeleteMakin menginjak usia, kawan memang akan jadi makin sikit. Hargai lah siapa yang ada di sisi.
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.