Patutkah Rasa?

Patutkah Rasa?

aku sedang mencemburui seseorang dimasa lalu. patutkah? namun dalam masa yang sama aku sedang dilukai berkali kali tanpa dilihat. aku tanpa sengaja melihat potret itu. aku sudah menemui jawapan dari dia, namun jawapan itu adalah jawapan paling selamat untuk mengganggap aku adalah perempuan paling tak guna kerana sering melihat jahat orang. 

selalu hal begini, aku akan tuliskan di blog teratakmimpi. disana tidak ada yang mengenali aku. tapi aku belum ada rasa mahu menulis tentang lelaki lagi waktu ini. belum punya rasa. nantilah aku luahkan disana, tunggu sampai masa.

tak ada apa yang dapat ku buat, selain menunggu ada yang menyelamatkan. 

aku selalu bertanya pada diri. jika pada suatu hari nanti, aku memilih untuk hidup dengan seseorang. bagaimana cara untuk aku memilih? aku tahu yang terbaik memang tidak pernah ada. namun aku berhak bukan untuk memilih? setidaknya ada yang akan memayungi aku disaat hujan turun. 

yang menjadi persoalan, jika yang sedang ada itu adalah orang yang sering memarahiku dalam banyak hal, tidak pernah sependapat dengan aku. adakah aku patut meneruskan pencarian ke seterusnya? adakah aku kelihatan seperti tidak mahu menerima kekurangan orang lain, kerana merasakan aku tak pernah ada kekurangan. terlalu memilih?  sehingga ada yang pernah kata;

pilihlah yang paling terbaik. sehingga kau tidak akan menemui sesiapa lagi! 
Patutkah Rasa?

berat. aku sudah tdak tahu bagaimana seseorang itu harus memenuhi kriteria sebagai seorang suami. yang sempurna itu tidak ada. namun adakah aku harus menerima sahaja sesiapa yang datang walau aku tahu lelaki tu adalah lelaki yang akan sering melukai aku pada waktu mahu bermimpi. yang paling tidak akan setuju dengan cadangan - cadangan yang aku kemuka. ah entah. aku tak tahu bagaimana. buntu. 

menjadi seorang dewasa terlalu menyulitkan. seseorang pernah menuduhku tidak yakin dalam banyak hal sehingga membuatkan segala yang berlaku itu menyulitkan diri sendiri. 

atau aku tidak perlu dan tidak patut menunggu sesiapa. kerana perkabaran tuhan tentang cinta itu akan jatuh sendiri dari langit barangkali ya? 

Post a Comment

1 Comments

  1. memang tiada yang sempurna, tapi yang mampu melengkapi itu insyaallah ada

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.