October 2020 - Mieza S

15 October 2020

Jalan My Town dengan Tasya (Gambar)

October 15, 2020 2
Jalan My Town dengan Tasya (Gambar)


Jalan My Town dengan Tasya (Gambar)

tempoh hari, aku ambil cuti. teman tasya uruskan hal di ambank kuala lumpur. selesai urusan, macam biasalah. kami bersiar - siar. sebab dah lama tidak menghabiskan masa berdua. mesti semuaorang macam pelik. tak habis - habis aku masih dengan orang yang sama je kan? hahha. weyh tasya je yang sudi dengan aku. orang lain tak sudi.  selain tu ada yang dah berumah tangga. tidak ada lagi aku dalam hidup mereka. sebab tu aku nak cari seseorang yang sudi jadikan aku kawan baik sampai mati dan suami yang akan setia disisi. eh. terluah kan perasaan pulak. atau mungkin aku tidak akan merasa hal ini. 

Jalan My Town dengan Tasya (Gambar)


ini lah kali pertama kami food hunting berdua. selalunya hanya makan ala kadar, gosip sehingga mahu bertemu jalan pulang dan membeli barang yang bukan keperluan. kahkah. kali ini beza betul.

murah rezeki tasya. aku doakan nur natasya akan selalu dimurah kan rezeki. minta maaf awal - awal sekiranya kalian semua muak dan jelik dengan bilangan gambar yang lebih kurang. aku simpan disini kerana blog ini sudah aku jadikan tempat tinggal kebanyakkan kenangan aku. mungkin suatu hari nanti aku akan 'pulang'. aku yakin, pasti mungkin akan ada yang sudi rindu aku kan? cari aku disini. mungkin aku pernah menuliskan cerita tentang  kalian disini. setidaknya tulisan aku akan mengubati rindu. mungkin ~ 

Lepak MyTown 

kami tiba di mytown dalam jam 11-12 tengahari macam itulah. jadi terus kami singgah di the chicken rice shop sebagai hidangan makan tengahari. aku tak sangka, yang hari sebelumnya keinginan aku mahu makan meatball ikea akan terlaksana. heee. terima kasih sya. tapi aku tak makan pun, sebab aku sudah makan dengan emak. jadi aku request untuk makan di the chicken rice shop sahaja memandangkan aku sedang lapar nasi. selepas itu kami keluar pusing diluar untuk mengambil beberapa kepingan gambar. 

yeay boleh update status baru dimedia sosial memandangkan aku sudah tidak ada lagi gambar terbaru! hahha. gigih weyh. demi gambar yang baru. 

Jalan My Town dengan Tasya (Gambar)

Jalan My Town dengan Tasya (Gambar)

Jalan My Town dengan Tasya (Gambar)

Jalan My Town dengan Tasya (Gambar)


Kakigori Mykori dan IKEA Café 

Jalan My Town dengan Tasya (Gambar)

waktu petang pun tiba. aku dan tasya memilih mykori sebagai hidangan pencuci mulut walaupun sudah beberapa jam makan tengahari berlalu. ah janji makan! tasya memilih Chocoreo Kakigori rm 12 (saiz mini) + aku memilih Strawberry Cheesecake Kakigori rm14 (saiz mini). ini mungkin kali ketiga aku menjamah mykori. HAHAHH. noob nya hidup. benda - benda macam ni hanya akan aku jamah bila aku dengan kawan yang betul - betul kawan! terima kasih sya. menyempurnakan hidup aku walau dengan hal - hal kecil. 

chocoreo agak manis namun strawberry cheesecake agak sedap bagi aku. tidak terlalu manis dan melalui tekak dengan sempurna. licin makan. nasib saiz mini. kalau terlampau banyak, aku khuatir aku akan melakukan pembaziran besar. aku tahu perut aku bagaimana. 

jadi selepas kami berbual tentang hal - hal yang tidak akan pernah habis, kami minum petang di Ikea Cafe. kalau ikut, aku masih kenyang. kenyang lagi. namun atas dasar kami ke sini atas tujuan food hunting, kami lenjan! hhahah. 

Jalan My Town dengan Tasya (Gambar)

menu yang menjadi pilihan aku ialah mac and cheese bersama secawan latte. tasya pula memilih air kosong bersama salad ayam. perut aku macam nak meletup. gabak juga saiz latte tu. hampir hampir saja aku mengeluarkan semuanya semula.


Jalan My Town dengan Tasya (Gambar)

Jalan My Town dengan Tasya (Gambar)

terima kasih tasya, meluangkan banyak masa untuk kawan kau yang seorang ni. menyambut hal - hal penting bersama, masih sudi meniti dewasa berdua. kita membesar menjadi dua puluh dalam timeline yang sama. terima kasih sya lagi sekali. kerana sudi dalam banyak hal meletak aku dalam hidup kamu. 

Jalan My Town dengan Tasya (Gambar)

doakan aku dan tasya akan kekal menjadi kawan sampai bila bila, sampai aku tutup mata. semoga tuhan akan selalu merestui persahabatan ini. 

“Friendship is the hardest thing in the world to explain. It’s not something you learn in school. But if you haven’t learned the meaning of friendship, you really haven’t learned anything.” – Muhammad Ali

05 October 2020

Layanan 'Mesra' di The Third Letter Cafe

October 05, 2020 1
Layanan 'Mesra' di The Third Letter Cafe

   

Keluar Dari Cafe The Third Letter

semalam aku bawa mak aku ke the third letter cafe. kenapa bangang sangat tajuk the third letter tapi gambar pertama adalah one serambi cafe? 

The Third Letter Cafe

cerita nya begini ya. aku nak menggembirakan emak. jadi aku nak bawa la emak aku ke cafe lepak. tapi itulah. aku ada satu masalah dimana kalau aku masuk kedai macam ni, persoalan pertama aku ialah: nak kena buat pesanan dulu atau pelayan akan ambil pesanan aku selepas aku mengambil tempat? 

jadi semalam, aku dengan teruja ke the third cafe selepas ia mendapat banyak retweet oleh kebanyakkan penggemar cafe. google juga memberi kan rating 4.2. rata - rata memberikan komen positif. mungkin akan ada satu komen negatif dari aku? 

aku cuba membaca review melalui google yang memberikan lowest rating. rupanya tidak hanya aku berdepan dengan situasi janggal. hahahha. kepala hotak dia. patutla, kedai mamak laku keras. aku tak sempat nak duduk, aney tanpa gagal akan bertanyakan aku mahu makan apa. nak bandingkan dengan kedai melayu. seboleh - bolehnya dia nak larikan pandangan mata supaya tidak bertaut. kalau bertaut dah sudah dia kena melayan pelanggan pula kan? 

aku tak tahu bagaimana keadaan sebenar jika aku dilayan baik. namun pada hari itu, yang aku nak fokuskan ialah; pelayan yang tidak mesra pelanggan. semua buat - buat sibuk. halaa. 

Lowest Rating di Cafe The Third Letter


Keluar Dari Cafe The Third Letter

Keluar Dari Cafe The Third Letter

Keluar Dari Cafe The Third Letter

Keluar Dari Cafe The Third Letter

Keluar Dari Cafe The Third Letter


aku sertakan sekali bukti bahawa tidak hanya aku merasakan kafe ini perlu mengajar staf nya bagaimana meraikan pelanggan yang mahu menjamu disini. 

cerita nya begini. aku check in di kafe tersebut jam 7.28pm. aku memilih untuk duduk di penjuru kedai. aku ada sedikit masalah dimana jika masuk ke kafe, aku perlu membuat pesanan terlebih dahulu atau duduk mencari tempat kemudian akan ada pelayan yang melayan aku. jadinya waktu itu, selepas aku duduk tidak ada seorang pun yang melayan aku. aku senantiasa meliarkan mata dengan harapan ada yang sudi memandang ke arah aku. ternyata tidak ada kerana semua staf buat - buat kerja. 

sehinggalah ada seorang staf perempuan yang mungkin baru perasan kehadiran aku, mengangkat tangan menunjukkan isyarat tangan 'sebentar' kemudian menyambung semula kerja dan tiba - tiba dia ghaib. aku tak tahu dia kemana. aku sekali lagi meliar kan mata ternyata tidak ada yang sudi memandang aku. sehinggalah seorang pelanggan yang duduk selang sebuah meja dari aku, telah memanggil pelayan entah untuk apa. kemudian pelayan tersebut telah mengutip pinggan mangkuk di meja tersebut termasuk di meja sebelahnya. sumpah langsung, pelayan itu tak hingin memandang ke kiri kanan. 

selesai mengangkat pinggan mangkuk dan meletakkan nya ditempat sepatutnya, dia kembali berdiri di sudut kedai.  memerhati kalau kalau ada pinggan yang perlu dikosongkan di meja. aneh betul, padahal selang sebuah je. kami halimunan kali. kali ketiga aku angkat tangan pada seorang staf yang tak henti mengelap sudi garfu yang duduk di depan kaunter. aku yakin dia nampak. kerana dia mengangguk dan kemudian rasa bersalah seolah - olah 'maaf kakak. kerja sy bukan mengambil pesanan. saya cuma pengelap sudu dan garfu di kaunter'. 

aku kembali menunggu. tidak ada seorang pun yang datang memberi kami menu. aku bukannya tiba tiba duduk disitu. semua staf nampak aku masuk dan duduk. jadi mereka tahu ada pelannggan yang baru tiba. andai kata lah, aku salah. aku perlu mengambil pesanan sebelum duduk dimeja. jadi khabarkan sahaja ya. "hey bitch, you can take order first before you sit here.'" / 'kakak, kakak boleh membuat pesanan dikaunter ya.' jadi aku akan bangun dengan gembira untuk membuat pesanan. masalahnya, tidak ada seorang pun yang ingin mengatakan itu ke aku. 

akhirnya aku mengambil keputusan untuk keluar dari kedai selepas sepuluh minit lebih tidak dilayan. yang paling aneh dan menyeramkan, ketika aku bangun dari kerusi dan mahu ke pintu. ada beberapa staf yang memandang ke arah aku, dan aku mendengar ada yang mengatakan 'terima kasih cik, datang lagi'. WHATTHEFUCK! sekarang kau nampak aku pulak???


Terima Kasih One Serambi Cafe 

Keluar Dari Cafe The Third Letter

setelah meng google. aku membawa pula emak ke One Serambi Cafe yang terletak beberapa kilometer sahaja dari cafe tadi. satu pujian dan tepukan gemuruh kepada semua staf yang terdapat disana kerana melayan pelanggan dengan rasa terhormat. terima kasih atas layanan mesranya. aku rasa bilangan pelanggan lebih kurang sama, paling best, pesanan sampai dengan cepat tanpa perlu menunggu lama. pelayan juga tidak perlu 'menghalau' pelanggan dengan cara mengutip pinggan - pinggan di atas meja pelanggan yang masih sedang berbual macam the third letter cafe. huh! 

aku memesan: meatball with cranberry sauce rm22.90 + hazelnut latte RM12.90, grilled chicken (best seller) juicy grilled chicken served with baked potatoes, broccoli, green peas and lemon butter sauce RM21.90 + mak aku minum apa tah. lupa. cream of mushroom served with homemade toasted bread rm13.90. jumlah keseluruhan ialah 80++.

Keluar Dari Cafe The Third Letter

standard harga cafe ye. makanan not bad. kalau ada 100menu, bukan semua sedap. mungkin sedap tapi bergantung kepada penerima dan tekak masing - masing. heee. okay done! terima kasih sekali lagi one serambi cafe kerana melayan pelanggan anda dengan rasa terhormat :) semoga semua murah rezeki!

aku kan sebenarnya dah pakai santek - santek nak lah ootd. tapi malu HAHHAH. menyesal! maafkan aku lantaran menggunakan kata - kata kesat pada setiap perenggan sehingga meremukkan hati para pembaca budiman sekalian. maaf sekali lagi kerana tutur kata yang tidak manis.

One Serambi Cafe Info
Emel: oneserambi@gmail.com
No tel: 03-7734 7700
Alamat: 1-G, D'bayu Commercial Centre, Jalan Serambi U8/21, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor
Laman web: http://oneserambi.com/
Facebook: https://www.facebook.com/OneSerambiCafe
Instagram: https://www.instagram.com/oneserambicafe/
Youtube: https://www.youtube.com/channel/UC8vnPVqnDbZvLlv-zGUiWYQ

02 October 2020

Patutkah Rasa?

October 02, 2020 1
Patutkah Rasa?
Patutkah Rasa?

aku sedang mencemburui seseorang dimasa lalu. patutkah? namun dalam masa yang sama aku sedang dilukai berkali kali tanpa dilihat. aku tanpa sengaja melihat potret itu. aku sudah menemui jawapan dari dia, namun jawapan itu adalah jawapan paling selamat untuk mengganggap aku adalah perempuan paling tak guna kerana sering melihat jahat orang. 

selalu hal begini, aku akan tuliskan di blog teratakmimpi. disana tidak ada yang mengenali aku. tapi aku belum ada rasa mahu menulis tentang lelaki lagi waktu ini. belum punya rasa. nantilah aku luahkan disana, tunggu sampai masa.

tak ada apa yang dapat ku buat, selain menunggu ada yang menyelamatkan. 

aku selalu bertanya pada diri. jika pada suatu hari nanti, aku memilih untuk hidup dengan seseorang. bagaimana cara untuk aku memilih? aku tahu yang terbaik memang tidak pernah ada. namun aku berhak bukan untuk memilih? setidaknya ada yang akan memayungi aku disaat hujan turun. 

yang menjadi persoalan, jika yang sedang ada itu adalah orang yang sering memarahiku dalam banyak hal, tidak pernah sependapat dengan aku. adakah aku patut meneruskan pencarian ke seterusnya? adakah aku kelihatan seperti tidak mahu menerima kekurangan orang lain, kerana merasakan aku tak pernah ada kekurangan. terlalu memilih?  sehingga ada yang pernah kata;

pilihlah yang paling terbaik. sehingga kau tidak akan menemui sesiapa lagi! 
Patutkah Rasa?

berat. aku sudah tdak tahu bagaimana seseorang itu harus memenuhi kriteria sebagai seorang suami. yang sempurna itu tidak ada. namun adakah aku harus menerima sahaja sesiapa yang datang walau aku tahu lelaki tu adalah lelaki yang akan sering melukai aku pada waktu mahu bermimpi. yang paling tidak akan setuju dengan cadangan - cadangan yang aku kemuka. ah entah. aku tak tahu bagaimana. buntu. 

menjadi seorang dewasa terlalu menyulitkan. seseorang pernah menuduhku tidak yakin dalam banyak hal sehingga membuatkan segala yang berlaku itu menyulitkan diri sendiri. 

atau aku tidak perlu dan tidak patut menunggu sesiapa. kerana perkabaran tuhan tentang cinta itu akan jatuh sendiri dari langit barangkali ya? 

Lirik Lagu Boleh Blah YonnyBoii

October 02, 2020 0
Lirik Lagu Boleh Blah YonnyBoii
Lirik Lagu Boleh Blah YonnyBoi

Banyak semak-samun yang ku cuba untuk sapu
Sampah merata masyrakat tak boleh maju
I got low self-esteem but now im out of my box
Not a rapper
Not a singer
Im the voice in the box

*You aint gotta be that way (no way)
‘Gila babi’ that’s a phrase
To keep me going on my grind
I’m always on my feet
And if you dislike it
Kau boleh boleh boleh boleh bla
Boleh bla kau boleh boleh bla
Boleh bla kau boleh boleh bla
Boleh bla kau boleh boleh bla
Boleh boleh bla
Kau boleh boleh bla
(korang boleh bla)

siapa…mengapa…taktahu…mengapa
Tak suruh kau suka pon
Dan kalau benci
Aku lagi benci diri aku ini
Aku lagi tahu apa yang kau tahu
Gelak ha ha ha ha ha ha ha

*You aint gotta be that way (no way)
‘Gila babi’ that’s a phrase
To keep me going on my grind
I’m always on my feet
And if you dislike it
Kau boleh boleh boleh boleh bla
Boleh bla kau boleh boleh bla
Boleh bla kau boleh boleh bla
Boleh bla kau boleh boleh
Boleh boleh bla
Kau boleh boleh bla
(korang boleh bla)

Kau siapa?
Nak suruh itu ini
Kau siapa?
Nak suruh bunuh diri
Pergi mati
Taknaklah
Ku nak hidup lagi
Jagan jealous sebab ku buat sampai jadi

Live in my shoes
Life made you good as you think
At least I’m something
I’m something to proof
I am the king of my kingdom
I am the wisdom
I am a prison
I’m free
Fck what you mean
We’re aint the same
I fight for my freedom
I fight for my dream
KING

01 October 2020

Lirik Lagu Aku Masih Di Sini Klangit

October 01, 2020 0
Lirik Lagu Aku Masih Di Sini Klangit
Lirik Lagu Aku Masih Di Sini Klangit

Sekiranya kamu terbuka hatimu,
Aku di tempat dulu yang pernah engkau tahu,
Masih di situ masih menunggu,
Masih adakah rasa cinta?

Kau tak pernah mengerti
apa yang ku rasa,
Ku selalu mengalah..
Kalau ikutkan hati
dah lama kutinggalkan
tapi utuh nya hatiku
ingin tetap bersamamu,
Dalam hati ini
penuh bunga-bunga
hiasan untuk mu..

Lirik Lagu Ada Cara Ismail Izzani

October 01, 2020 0
Lirik Lagu Ada Cara Ismail Izzani
Lirik Lagu Ada Cara Ismail Izzani

Jika ada cara
Kau akan ku jaga
Selamanya mampu ku bersabar
Selamanya tetap bersama

Jika ada cara
Kau takkan ku sangkar
Selamanya mampu ku bersabar
Selamanya tetap bersama

Aku, aku tahu kau siapa
Haluan kamu berbeza
Dia kan atur semua
Tak perlu kau curiga

Life is hard to face it all
i'll be ur guide to change reality
I know you can’t have it all
But you're the only one for me

Ku pegang tali Nya hingga saat ku dikuburi
Dipasak enam pancang lilitan kawat berduri
Kita berbeza, lain cara garapan
Tetapi tetap ada cara, kan kita masih ada harapan

Niatkan hati
Yang takkan dipersia
Selama mungkin bersama
Selamat selamanya tapi

Andai rencana kita
Berkubur di antara
Curahkan mu rahmat Nya
Pintaku pada yang Esa... Jadi