Emosi Berkecai


Emosi Berkecai

entahlah. tadi pulang lewat ke rumah. sekitar jam enam setengah. kereta mengerumuni jalan untuk pulang ke rumah masing - masing. air hujan yang membasahi permukaan jalan tar memercik ke sekitar badan kenderaan yang aku naiki.

aku selamat sampai dirumah. rumah kosong. ayah ku di depan menguruskan hal apa entah. adik pula selalu jam segini belum pulang, bersiar siar keliling kampung menunggu maghrib mendekati baru tiba di depan pintu. 

pintu berkunci namun suara dari corong radio jelas kedengaran. itu kerja ayahku. membuka radio supaya rumah tidak kelihatan sunyi. 

selepas masuk ke kamar dan meletakkan beg yang ku galas di belakang aku menuju ke dapur. aduhh. patah terus hati aku. pinggan terbiar di dua singki. aku basuh semuanya dan lap singki yang masih basah. 

aku ke depan memeriksa meja makan. aduh. sarapan pagi tadi masih berbaki. cawan cawan bergelimpangan dahaga kan air di atas dulang. aku ambil dan bawanya ke singki dan pulangkan semuanya ke tempat asal. 

pagi tadi sebelum berangkat pulang ke kampung emak ada meninggalkan pesan. nasi ada lebih, dimasak di dapur noxa. bukan periuk elektrik seperti kebiasaan. aku sudah memaki hamun diri sendiri dan kepada adik yang hanya menjadi patung dirumah. 

perut ku sudah meminta disedekahkan nasi. jarum sudah hampir mengenai tujuh. aku sepatutnya sudah kenyang. namun jam segini masih sedang membersih lagi. aku bersihkan periuk noxa dan pindahkan semua butiran nasi ke dapur elektrik untuk dipanaskan. 

selesai semuanya aku mandi. dan kepala sudah tidak lagi runsing. 

oh aku terlupa satu hal. selepas meletakkan beg, aku ke dapur meninjau keadaan rumah. dan kembali semula ke kamar dengan perasaan yang sangat memberat. aku tak tahu apa yang mengganggu jiwa. 

sejurus itu, terus aku mendail nombor youkai menggunakan aplikasi whatsapp. lama aku dail namun tak berangkat. aku makin sesak. akhirnya aku mendail nombor oney. tidak sampai beberapa saat oney menjawab panggilan tersebut. aku lega. 

aku tanya oney, apa yang sedang dilakukan waktu itu. katanya sedang menonton lagu di televisyen bersambungan dengan telefon bimbit. aku tanya kan lagi, dengan siapa. katanya bersama keluarga. aduh. terasa seperti sedang mencuri waktu orang tanpa izin. 

hati aku dipamit rasa bersalah. entah. aku tergagap kadang laju macam keretapi. katanya dia bukan artis, jadi jangan gopoh berbual. aduh malu. 

tiga minit berbual, aku putuskan untuk menamatkan perbualan. entah kenapa selepas talian dimatikan, aku menangis. taktahu kenapa. emosi aku berkecai dan berserakan di atas lantai berpelukan mesra bersama baki rambut gugur yang tertinggal tak sempat mencapai kepala adik. 

sedih betul. aku masih tak mendapatkan jawapan, apakah punca aku menangis tiba - tiba? adakah kerana beban yang tergantung melihat rumah pecah dicampur tolak tambah perut lapar sekaligus lelah pulang lewat dari pejabat atau aku menangis kerana jiwa kacau yang sengaja diwujudkan? atau sedih memikirkan aku ini cuma dinding tempat menconteng meluah rasa sedih orang sekeliling? bahagianya sendiri, bila sepi datang mencari aku yang sudi? entah. 

lelah. 

Post a Comment

2 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.