Sejak dilancarkan dan ditubuhkan pada tahun 2019 di Malaysia, Enya (sebuah syarikat berasaskan teknologi) telah mendahului industri penjagaan peribadi wanita. Syarikat ini memberikan pengalaman yang selesa kepada penggunanya semasa datang bulan. Produk ini dijamin diperbuat daripada bahan organik. Terbaharu, mereka telah melancarkan produk yang diperbuat daripada kapas organik dan ditawarkan secara PERCUMA kepada penggunanya.
“Kaum wanita kini lebih berhati-hati dengan produk yang digunakan pada badan mereka khususnya apabila melibatkan penjagaan peribadi. Mereka membuat kajian sendiri untuk memastikan produk yang menjanjikan hasil yang terbaik dan syarikat pengeluar yang mempunyai nilai-nilai yang sama,” kata Elaine Hong.
Buat masa ini, Enya menawarkan dua produk yang boleh dibeli secara dalam talian yang menepati inisiatif mereka untuk menyokong dan menawarkan tuala wanita berasaskan bahan organik kepada kaum wanita.
Melanggan Enya
Apabila kalian melanggan Enya, pemotongan kad akan dibuat secara automatik mengikut kekerapan yang dipilih sama ada 15 hari, 30 hari atau 45 hari. Pihak Enya akan menghantar email peringatan sebelum menghantar produk. Kalian juga boleh menjarakkan atau membatalkan langganan tanpa mengira masa atau tempat.
Pek pertama adalah percuma dan pelanggan hanya perlu membayar kos penghantaran sebanyak RM10.00. Kos penghantaran tambahan RM8.00 akan dikenakan bagi pek kedua dan seterusnya.
Enya Premium
Kapas organik menawarkan pengudaraan yang lebih baik dan mesra terhadap kulit untuk bahagian tubuh yang sensitif. Sebab itu tuala wanita Enya menjadi pilihan wanita yang menitik beratkan keselesaan. Harga biasa adalah RM18.00, manakala pelanggan bulanan boleh mendapatkan potongan harga 17%, dengan harga RM14.90. berbaloi juga jika melanggan Enya!
Tuala wanita kapas organik Enya menampilkan lapisan luar yang diperbuat daripada kapas organik yang mesra terhadap kulit tanpa penggunaan pewangi dan bahan kimia. Dengan ciri-ciri amat tipis dan cepat serap yang ada, kalian pasti terlupa seketika yang kalian sedang menggunakan tuala wanita ini sepanjang hari.
Dapatkan Enya Secara Percuma
Sejajar dengan ‘Perintah Kawalan Pergerakan’ (PKP) di Malaysia, syarikat ini mempergiatkan penggunaan platform dalam talian mereka untuk menguar-uarkan tentang tuala wanita yang boleh didapatkan secara percuma.
Dengan bekalan tuala wanita yang berkurangan di kedai-kedai dan semua orang mengehadkan pergerakan meeka, Enya mahu kaum wanita tahu bahawa jenama ini akan terus memenuhi keperluan peribadi mereka setiap hari.
Dapatkan Enya secara percuma pada hari ini di www.enya.my. kongsikan juga kepada rakan - rakan kalian!
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.