Carian Semula

Carian Semula

harini aku nak menulis tentang orang yang buat carian aku kembali. jadi sebelumnya, aku beritahu kau satu perkara tentang aku. bukan aku sedang mendabik dada, tidak. tapi orang sekeliling aku lah yang melabel aku tentang itu. bukan seorang dua. ramai. sebab aku suka tanya orang apa yang ada pada aku. 

aku seorang pendengar yang baik. itu kelebihan aku. aku boleh mendengar masalah orang berjam - jam lamanya dan memberi pandangan positif negatif berdasarkan pengalaman dan juga secara random. aku tak mahu melukakan orang yang sedang dalam masalah, jadi aku memberi dua kata yang membolehkan dia tidak perlu merasa sedih sepenuhnya. 

Pendengar Yang Baik

disebabkan hal ini, ada beberapa orang yang selesa berkawan dengan aku. entah. aku cuma ada bakat yang itu. tidak ada yang lain. jika aku berkenalan dengan entah siapa - siapa pun, orang selesa jika meluah rasa dengan aku. aku sudi bagi pinjam bahu melepas sakit. 

okay berbalik kepada tajuk asal aku. 

sejak akhir - akhir ini ada beberapa orang yang mencari aku. ya. lelaki - lelaki yang pernah hidup dalam kenangan aku di masa silam. aku tak tahu bagaimana nak memberi reaksi kepada mereka. aku pernah hidup dalam kenangan mereka, dan mereka juga pernah hidup dalam kenangan aku. 

ada yang masih mengharap. mengharap aku ada. ya aku tahu, yang mengharap itu kerana selalu merasa aku memberi layanan yang baik tidak seperti kebanyakkan perempuan. aku takut sebenarnya. aku takut untuk sekali lagi duduk dalam satu hubungan serious yang akhirnya mengembalikan semula hati aku yang sudah terpecah dua. mungkin akan terus sakit dihiris. aku rasa aku cumalah orang yang menjadi pilihan apabila tidak ada lagi pilihan yang ada. faham tak? 

lagi pula aku adalah pendengar yang baik. jadi mereka selesa untuk bersama aku. 

Hubungan Serious

barusan tadi, kawan lelaki aku. ya kawan. tapi pernah aku suka dia. sebab dia baik, dan menerima aku apa adanya. aku menghargai dia. aku pernah tuliskan tentang dia didalam blog ini. aku selalu 'mendalami' orang - orang yang duduk dengan aku. aku belajar tentang manusia secara selurunya. yang aku tahu, dia sangat menghargai perempuan. beruntunglah siapa yang mendapatkannya.

cuma satu hal yang kelakar. dia nak masukan nama aku dalam senarai kawan - kawan perempuan yang dia ada, untuk dikenalkan kepada emaknya. untuk dijadikan calon masa depan. ah bodoh. taknak aku. aku tak pernah terbayang itu dengan dia. aku cuma pernah suka dia. kebetulan waktu aku mula menyukai dia, ada hal - hal yang menyebabkan aku macam annoy. ya side aku je. aku memilih. hiks. sebab aku tahu, itu akan membawa kelukaan. 

yang kedua adalah ex aku. 2016. dia masih simpan aku dalam hidup dia. dia terlalu baik. cuma aku tinggalkan dia waktu itu, sebab aku tak dapat jawapan yang pasti untuk masa depan. aku memang tak akan berjuang untuk orang - orang begini. aku lebih rela menyakiti hati aku sendiri dari berterusan kekal dengan orang yang tak menghagai dan tidak meletak aku di masa depan nanti. 

dia dah pun jelaskan ke aku, kenapa dulu dia memberikan aku jawapan yang tak pasti. sebab benda pun dah lepas, aku taknak berulang lagi. aku jadi awkward untuk mula semula. lagipun dia bukan orang yang baru datang, dia cuma datang berulang. aku tak pandai nak mula semula dengan orang sama. 

untuk dia, aku sangat menghargai usaha dia. aku suka orang cari aku. aku nampak yang dia bersungguh. dia lelaki yang suka berkorban. sepanjang aku dengan dia, aku nampak dia seorang yang boleh sama  - sama susah dengan aku. masa aku dengan dia, aku pernah membayangkan masa depan aku dengan dia. aku duduk dalam pelukan dia waktu hujan turun. aku membayangkan akulah orang yang akan melihat dia sentiasa didepan mata. tapi jawapan dia menghancurkan aku. hahahhaa. begitu mudah pun aku tinggalkan dia tanpa memberi peluang apa - apa. 

aku pernah mintak ke tuhan lelaki yang sesuai dengan aku. dalam kebanyakkan lelaki yang datang dan pergi, dia pilihan terbaik untuk aku. cuma, aku takut. aku takut dia sama macam dulu. masih nak merahsia segala benda. cuma ada aku dan dia. seolah olah macam dah takde sesiapa lagi dengan dia. itu yang aku taknak. sekurang - kurangnya aku perlu tahu siapa orang sekeliling yang bersama dia. 

aku pernah tahu, dia melewati hari sukar dulu. itu juga menjadi penyebab aku jauh hati. aku takut aku turut akan jadi mangsa. sebab tu aku lari dari dia. aku rasa cukup lama aku tak tengok muka dia. ada rindu yang aku simpan. ada kenangan yang tak pernah padam. ada waktu yang sentiasa mahu aku mengulang dengan dia. cuma mungkin belum sampai masa. 

dia kata, aku pilihan terbaik yang pernah dia ada. ya ya aku tahu. aku marah dia pun tak pernah. sebab bila aku marah aku akan diam. paling - paling pun bebel sekejap lepas tu aku menangis sebab aku sakit yang tak terluah. itu sahaja. aku tak lepas amarah aku. aku cuma akan kongsi dengan dia, bila aku bersedia. tapi dia harus mendengar aku membebel dan menangis dalam masa yang sama. ya aku ciwek. HAHAHAHA. 

aku clingy dekat orang - orang terdekat. waima kawan baik sendiri. jadi kau faham lah kan, kalau dengan bf apetah lagi. sebab tu aku terlalu menghargai siapa yang pernah ada dengan aku dulu sampai sekarang. 
hmm. entah. semoga tuhan jodohkan aku dengan lelaki yang sudi simpan aku dalam hidup dia sampai aku pejam mata. jaga aku sebaik - baik diri. selalu penuhkan aku dengan kasih sayang tak berbelah bagi. yang sudi pinjamkan seluruh masa untuk hidup sama - sama sampai tua, sampai tak lagi ada didunia. semoga aku juga bersedia hati untuk terima jika dia ada. semoga aku tak salah memilih untuk masa depan aku. semoga aku tak salah pilih lelaki yang akan menyayangi aku seluruhnya. 

Post a Comment

3 Comments

  1. Semoga awak bertemu si jejaka yang baik, yang pandai jaga hati dan perasaan awak suatu hari nanti. Dan paling penting menjadi Imam terbaik untuk kita..

    ReplyDelete
  2. Kalau dah jodoh tak ke mana kan.semoga awak bahagia sentiasa.insyaallah.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum... 😞 Maaf kamu call tadi kita otw balik keje tak dengar sebab atas moto

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.