akhirnya aku memilih untuk berjalan pulang. tinggalkan semua yang aku perjuangkan. entah. berat sebenarnya untuk mengatakan aku memilih yang itu. terlalu tidak adil untuk diri sendiri. senang tinggal senang buang.
entah. tidak juga. dalam hidup, aku ada satu prinsip bodoh yang sering aku simpan walau kemana - mana aku menetap. aku akan berjuang hanya untuk orang yang ingin dirinya diperjuangkan. mudah bukan? jika dalam satu tempoh, jika aku tidak melihat apa - apa perjuangan aku akan angkat kaki dan pergi.
aku pernah. seluruhnya bersungguh. kemudian memakan diri. ia memberi kan aku mimpi ngeri yang panjang. siang malam aku dikejar bayang yang mengantui. semuanya tentang kesakitan dan kekecewaan yang orang tidak akan faham. mereka faham jika hati aku pecah, tapi mereka tidak pernah tahu bagaimana ia pecah - pecah.
sakit. aku ambil maasa panjang untuk sembuh dari luka. ah tidak. tidak akan pernah sembuh. luka nya mungkin hilang, tapi parutnya kekal. sampai - sampai aku menganggap aku terlalu paranoid tentang hubungan dan tentang kesungguhan.
jika orang terang - terangan mempamer rasa tidak mahu, aku juga tidak lagi akan bertanya - tanya. walau mungkin dia tidak sengaja, tapi aku tahu. itu yang dia mahu.
aku pernah. terlalu ambil kisah dan terlalu peduli. mungkin ada yang tidak suka. aku sendiri yang akan terasa. akhirnya aku cuma tidak lagi mahu beriya - iya. aku cuma akan mencuba sekali dua sahaja. tidak mungkin berulang - ulang tanya.
aku tak peduli kalau orang kata aku tak bersungguh. aku penat. aku tak kisah kalau orang tak pernah nampak ikhlas aku kerana terlalu sementara aku bersungguh. biar. biar mata hati mereka menilai aku.
maaf jika saya terlalu pemilih untuk
mengajak seseorang berjuang.
sebab saya sudah pernah merasakan
betapa pedihnya terbuang.
dan saya hanya tak ingin
rasa sakit itu kembali terulang.
- p.perasaan
malam ini akan menjadi malam yang panjang. ada kesedihan yang menyelit di kaki langit. akan meneman hingga siang menjengah. entah. aku harap aku tertidur aman dan tidak diganggu mimpi ngeri berkali - kali.
1 Comments
Nice entry:..
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.